Memaparkan catatan dengan label pembelian elektrik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pembelian elektrik. Papar semua catatan

Bantuan Banjir Keluarga Malaysia : Pembelian Peralatan Elektrik


Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia : Pembelian Peralatan Elektrik Domestik

Baru-baru ini YAB PM telah mengumumkan bantuan untuk membantu mangsa-mangsa yang terkesan dengan kejadian banjir yang telah menenggelamkan rumah dan merosakkan peralatan elektrik. 

Bantuan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu mangsa-mangsa banjir melalui pemberian rebat (bukan tunai) sehingga RM500 kepada setiap isi rumah yang terkesan dengan bencana banjir untuk membeli peralatan elektrik kegunaan harian di Kedai Berdaftar atau platform e-dagang yang mengambil bahagian.   

Pemberian rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik ini akan menggunakan platform sistem dalam talian Program SAVE (Sistem yang diurus oleh SEDA Malaysia dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan badan swasta).

Kriteria kelayakan Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia : Pembelian Peralatan Elektrik Domestik

Pemohon mestilah:
 

-  Mangsa banjir yang telah disenaraikan oleh pihak Kerajaan Malaysia.
-  Membeli peralatan elektrik kegunaan harian utama yang mempunyai label keselamatan oleh SIRIM – Suruhanjaya Tenaga.

Cara untuk memohon dan menebus Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia : Pembelian Peralatan Elektrik Domestik ?

Terdapat 2 kaedah tersedia untuk pengguna iaitu:

    Kaedah 1: Pembelian dan penebusan di Kedai atau Pasar Raya Berdaftar; atau
    Kaedah 2 : Pembelian secara dalam talian.


* Kedua-dua kaedah ini beroperasi menggunakan platform SAVE oleh pekedai termasuk yang di dalam talian.

 
Maklumat dan dokumen yang diperlukan untuk permohonan dan menebus Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia : Pembelian Peralatan Elektrik Domestik?

Pemohon hanya perlu mempunyai atau membawa tiga (3) dokumen berikut:

    Salinan kad pengenalan;
    Akaun bil elektrik domestik TNB yang sah; dan
    Dokumen sokongan berkaitan mangsa banjir (salah satu salinan asal laporan daripada agensi berikut):

– Polis;
– NADMA;
– Pegawai Daerah;
– Surat sokongan dari Ketua komuniti (JKKK, JMB / JMC, Persatuan Penduduk, dll); atau
– Agensi kerajaan yang terlibat dengan penyelarasan bantuan mangsa banjir.


Semak Kelayakan : https://semak.seda.gov.my/