Memaparkan catatan dengan label balai marang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label balai marang. Papar semua catatan

Misteri Balai Polis Lama Marang

 


Pembinaan sebuah jambatan di Marang, Terengganu didakwa tertunda akibat seorang bomoh pemuja jin yang pernah tinggal berhampiran sebuah balai polis lama daerah tersebut sebelum ini.

Menurut penceramah bebas, Ustaz Ariffin Ayob dalam satu klip video yang dimuatnaik di Tik Tok semalam menjelaskan, perkara itu diketahui selepas kontraktor yang dilantik untuk membina jambatan tersebut menjemputnya selepas projek terbabit gagal untuk dibina.

Dakwanya, tiang jambatan tersebut telah dibina di dua penghubung telah disiapkan namun di kawasan tengah jambatan terbabit masih tergendala akibat beberapa perkara mistik berlaku kepada pekerja kontrak terlibat.

“Saya dijemput ke sana, mereka (pekerja) cerita dua tiang telah dibina namun kawasan tengah yang adanya balai polis lama masih tertunda keran proses merobohnya tidak berjaya.

“Banyak jentera yang digunakan rosak, nak robohkan balai tersebut juga bermasalah serta atap balai terbabit yang telah diturunkan di sebelah siang kemudiannya berada di atas balai balik pada sebelah esoknya.

“Rupanya-rupa ada cerita disebalik itu, seorang bomoh pemuja jin yang hebat pernah berada di sebelah balai itu sebelum ini. Dia ada tengkorang kepala manusia yang dibungkus kain kuning bersamanya dahulu,” ujarnya.

Tambah Ariffin lagi, tengkorak kepala tersebut telah ditampal di pagar balai polis lama itu untuk mengawal kawasan tersebut selama ini.

“Selepas saya baca surah al-Quran, jin tersebut bagitahu yang dia jaga kawasan itu. Tuan dia seorang bomoh yang hebat ramai yang pernah gunakan khidmat dia selama ini, namun dia telah meninggal dunia.

“Di sini apa yang berlaku, jika ada manusia yang menggunakan ilmu khurafat ini kesannya sehingga ke zaman ini dan telah menyusahkan orang ramai,” katanya.

Difahamkan, proses pembinaan tersebut ketika ini telah kembali dibina dan proses meroboh balai terbabit juga telah berjaya.

Sumber  dari KOSMO!