Memaparkan catatan dengan label dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dunia. Papar semua catatan

Serangan mengejut Palestin ke atas Israel


 Palestin kembali melancarkan serangan sama secara besar-besaran.

Serangan yang tidak dijangka itu dilakukan pada hari sambutan perayaan Yahudi ketika ketegangan semakin meningkat antara Hamas dan Israel di Semenanjung Gaza.

Berikutan peningkatan itu, Hamas dilihat merancang operasi canggih dan terkoordinasi yang mana pada awal pagi semalam serangan roket sengit dilancarkan sehingga mencapai sejauh Baitulmaqdis dan Tel Aviv menyaksikan pejuang Palestin memasuki selatan Israel melalui laut, darat dan udara.

Mereka menawan bandar dan pos tentera Israel di bawah kepungan selama berjam-jam.

Insiden itu dimainkan secara langsung di media sosial dan arus perdana ketika ribuan rakyat Israel keluar mengadakan sambutan di padang berhampiran Gaza sebelum diserang.

Rakaman yang dikongsi di saluran Hamas turut menunjukkan askar di pos tentera Israel dan dalam kereta kebal juga ditahan, malah kelihatan gambar kenderaan tentera Israel dirampas, dipandu ketika perayaan itu berlangsung.

Memetik laporan akhbar Israel HaYom, penduduk Kibbutz Be'eri, Ella menyatakan ketakutannya selepas mendengar siren amaran mengenai tembakan roket.

"Bapa menulis kepada saya di Telegram dari dalam Gaza. Saya masih mendengar letupan tembakan," katanya.

Berikutan serangan itu, ramai rakyat Israel terkejut kerana pasukan keselamatan Israel tidak datang dengan cepat untuk membantu mereka.

Sementara itu, seorang penduduk Gaza, menyatakan kegembiraan dengan tindakan Hamas membalas dendam terhadap Israel.

Ini berikutan terdapat peningkatan pelawat Yahudi baru-baru ini di pekarangan di Baitulmaqdis Timur yang diduduki Israel pada cuti perayaan.

Masjid Al-Aqsa adalah tapak ketiga paling suci dalam Islam dan juga tempat paling suci bagi orang Yahudi, yang dikenali sebagai Temple Mount.

Namun, dia turut bimbang dan memberi amaran tentera Israel akan menyerang balas dengan lebih hebat.

"Kami bimbang kerana sebelum ini saya kehilangan kedai apabila Menara Shorouk diserang Israel dalam perang 2021.

"Tindakan Hamas kali ini adalah lebih besar, jadi akan ada tindak balas Israel yang lebih besar lagi," katanya kepada BBC.

Semenanjung Gaza yang menempatkan kira-kira 2.3 juta penduduk Palestin, diambil alih oleh Hamas pada 2007, setahun selepas ia memenangi pilihan raya Parlimen.

Israel dan Mesir kemudian mengetatkan sekatan mereka terhadap wilayah itu sehingga menyebabkan ia kekal miskin dengan pengangguran sekitar 50 peratus.

Selepas konflik serius antara Israel dan Hamas pada 2021, rundingan tidak langsung melalui pihak ketiga iaitu Mesir, Qatar dan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), ribuan permit diperoleh untuk warga Gaza bekerja di Israel dan melonggarkan sekatan lain sebagai balasan kepada ketenangan yang relatif.

Bulan lalu, ratusan rakyat Palestin mula menyertai protes yang disokong oleh Hamas dengan tujuan memperoleh lebih banyak konsesi daripada Israel dan wang bantuan dari Qatar.

Bagaimanapun spekulasi menyatakan demonstrasi dilakukan itu adalah strategi Hamas untuk mereka meninjau pagar sebelum menyusup.

Bercakap pada permulaan serangan, komander pejuang Hamas, Mohammed Deif menggesa rakyat Palestin dan orang Arab lain untuk menyertai tindakan itu untuk menghalau terus penduduk Israel.

Persoalan utama sekarang ialah sama ada rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur yang diduduki atau tempat lain di rantau itu akan menyahut seruannya.

Israel pula sudah pasti melihat potensi untuk melakukan peperangan dan senario terburuk ialah ia boleh menarik kumpulan Lubnan yang berkuasa, Hizbullah.

Sementara itu, tentera Israel sudah mengarahkan pasukan tenteranya bersedia dan merancang operasi darat selepas serangan udara yang sengit ke atas Gaza berlaku.

Penahanan tentera Israel dan orang awam sebagai tebusan oleh pejuang Palestin, adalah satu komplikasi yang serius.

"Kami kini sibuk untuk mengawal semula kawasan itu, menyerang secara meluas dan menjaga kawasan sekitar Semenanjung Gaza," kata jurucakap IDF, Laksamana Muda, Daniel Hagari. 

Sumber dari AGENSI


Lelaki tertinggi dunia bimbang terpijak lelaki paling pendek

 


Lelaki tertinggi dunia, Sultan Kosen pernah meminta pegawai Guinness World Records untuk menjauhkan dirinya daripada lelaki paling pendek apabila mereka bertemu kerana bimbang akan memijaknya, lapor akhbar New York Post semalam.

Kosen yang memiliki ketinggian 2.51 meter (8 kaki 2.82 inci) dari Turkiye bertemu lelaki terpendek, Chandra Bahadur Dangi di London pada 2014.

Dangi yang berasal dari India, memiliki ketinggian 0.53 meter sebelum meninggal dunia pada 2015.

“Saya meminta pegawai Guinness supaya menjauhkan Bahadur daripada saya. Saya sangat takut terpijak Bahadur secara tidak sengaja dan mematahkan badannya,” kata Kosen kepada YouTuber Turkiye, Ruhi Cenet.

Bagaimanapun, Kosen berkata bahawa mereka berjaya bertemu pada 2014.

Kosen, 40, juga bertemu wanita terpendek di dunia iaitu pelakon India, Jyoti Kisanji Amge, yang tingginya hanya 0.60 meter semasa berada di Mesir pada 2018.

Kosen yang masih memegang gelaran lelaki paling tinggi di dunia, mendedahkan bahawa apabila dia bertemu dengan manusia terkecil, dia sebenarnya tidak dapat mendengar apa  yang mereka katakan kerana dia sangat tinggi.

Kosen hampir kehilangan gelarannya pada 2022 apabila Sulemana Abdul Samed, 29, dari Ghana mendakwa bahawa dia berketinggian 2.89 meter.

Bagaimanapun, peralatan pengukur Sulemana didapati rosak, sekali gus membolehkan Kosen mengekalkan gelarannya. 

Sumber : Agensi

Kelaparan ketika dunia semakin panas

 


Negara yang menjadi titik panas iklim terburuk di dunia kini sedang menyaksikan krisis kelaparan yang teruk.

Situasi membimbangkan itu didedahkan badan amal antarabangsa, Oxfam menerusi analisis ‘Kelaparan Dalam Dunia Yang Semakin Memanas’ yang mendapati kelaparan akut telah meningkat 123 peratus sejak lebih enam tahun lalu di 10 negara paling terjejas.

Laporan itu menunjukkan negara yang sering berdepan fenomena cuaca ekstrem sejak lebih dua dekad lalu ialah Somalia, Haiti, Djibouti, Kenya, Niger, Afghanistan, Guatemala, Madagascar, Burkina Faso dan Zimbabwe.

Sementara itu, data yang dikumpulkan Program Makanan Sedunia (WFP) menganggarkan 48 juta penduduk di kesemua negara berkenaan mengalami kelaparan akut yang membahayakan nyawa.

“Angka itu menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding 21 juta yang direkodkan pada 2016. Selain itu, kira-kira 18 juta penduduk berada di ambang kebuluran,” jelas laporan agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tersebut.

Kajian yang dilakukan Oxfam itu juga mendapati krisis kelaparan itu diburukkan lagi dengan konflik dalaman dan masalah ekonomi termasuk pandemik Covid-19.

“Cuaca ekstrem yang semakin teruk telah menjejaskan keupayaan negara berpendapatan rendah untuk menangani krisis kelaparan akut dan menghadapi kejutan seterusnya,” ujarnya yang merujuk kepada fenomena perubahan iklim yang mengakibatkan gelombang haba melampau di beberapa negara dan banjir yang dahsyat yang kini menenggelamkan satu pertiga Pakistan.

Sumber : Sinar Harian

Kembar seiras miliki nama sama

 


Sepasang bayi kembar lelaki di Amerika Syarikat (AS) menjadi perhatian di media sosial kerana memiliki nama yang sama, lapor akhbar Mirror UK.

Keluarga bayi kembar seiras itu menamakan anak mereka Brendan.

Seorang bayi kembar itu dinamakan Brendan Junior,  manakala seorang lagi Brendan III.

Keunikan nama mereka mengundang kecaman netizen yang menganggap ia sangat mengelirukan dan akan menyusahkan pasangan kembar itu apabila dewasa.

“Menamakan dua anak dengan nama sama patut diharamkan,” komen seorang pengguna media sosial.

“Memiliki nama sama sangat comel ketika kecil tetapi kedua-duanya akan tetap membesar menjadi dua individu berbeza,” kata netizen lain.

Sumber Berita Agensi

Awan tsunami muncul di England

 


Satu rakaman menunjukkan pembentukan awan tsunami di Plymouth Sound, England menjadi tular di media sosial, lapor akhbar Mirror UK.

Fenomena cuaca itu disedari penduduk setempat sebelum ia melanda bandar itu sekali gus membuatkan orang ramai terpukau.

Awan tsunami berlaku apabila pemeluwapan daripada udara panas bergabung dengan air laut yang sejuk lalu menghasilkan kesan selimut awan yang bergerak pantas.

Seorang penduduk, Sam Whitfield menyifatkan pemandangan tersebut sebagai sesuatu yang mengagumkan.

“Pada asasnya ia hanyalah pengumpulan sejumlah besar kabus.

“Apabila keadaan tepat pada akhir musim bunga atau awal musim panas, pemeluwapan daripada udara hangat yang bergabung dengan air laut yang sejuk boleh mencipta kesan dramatik seperti yang dilihat sekarang,” katanya. 

Sumber dari Berita Agensi