Memaparkan catatan dengan label gaji kerajaan raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gaji kerajaan raya. Papar semua catatan

Tarikh gaji penjawat awam dan bantuan khas dibayar awal 14 April 2023


Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri (BKKA) akan diawalkan bermula hari ini dengan pembayaran akhir akan dilakukan selewat-lewatnya pada Jumaat ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, BKKA tersebut akan memberi manfaat kepada hampir sejuta penerima dalam kalangan pesawah, pekebun kecil getah, nelayan dan sukarelawan beruniform.

Antaranya, menurut beliau ialah Jabatan Sukarelawan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, sukarelawan bomba dan sukarelawan polis.

“Kerajaan juga telah memutuskan bayaran BKKA kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk pegawai atau kakitangan lantikan kontrak akan dibuat bersama dengan bayaran emolumen bulan April dan diawalkan ke 14 April 2023 daripada 17 April 2023.

“Bayaran BKKA untuk pesara juga akan diawalkan ke 14 April 2023,” katanya pada sidang akhbar di Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Meru Raya, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melihat proses penunaian Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 (STR2) yang telah diawalkan bermula 5 April lalu bagi meringankan beban sara hidup rakyat.

Sumber : Kosmo!