Memaparkan catatan dengan label indeks harga pengguna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label indeks harga pengguna. Papar semua catatan

Apa itu inflasi?


Secara umumnya, inflasi merupakan kenaikan harga yang berlaku bagi barangan dan perkhidmatan dalam satu tempoh masa tertentu. 

Kadar inflasi lazimnya diukur melalui pengiraan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi perubahan harga item-item dalam bakul tetap barangan dan perkhidmatan dalam satu tempoh masa. 

Pemilihan item dalam bakul barangan dan perkhidmatan adalah berasaskan kepada nilai penggunaan yang diperolehi melalui Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah (HES) yang dilaksanakan dua kali dalam tempoh lima tahun. 

Spesifikasi bagi setiap item barangan dan perkhidmatan akan dikelaskan kepada setiap kelas perbelanjaan dan kemudian disusun mengikut subkumpulan barangan dan perkhidmatan. Subkumpulan ini kemudian dikategorikan kepada kumpulan utama.

Wajaran kumpulan

Daripada 12 kumpulan utama IHP, tiga mempunyai wajaran terbesar. Ini bermakna, perubahan harga dalam tiga kumpulan utama itu yang paling banyak mempengaruhi pengiraan inflasi.

Ini bermaksud, kira-kira 68 peratus perbelanjaan isi rumah akan digunakan bagi tujuan ketiga-tiga kumpulan di atas manakala selebihnya akan digunakan untuk lain-lain perbelanjaan. 

Oleh kerana barangan dan perkhidmatan dalam ketiga-tiga kumpulan ini mendominasi keseluruhan perbelanjaan isi rumah, maka ia amat relevan dan signifikan kepada pengguna. 

Dalam hal ini, sebarang kenaikan harga yang berlaku dalam mana-mana barangan dan perkhidmatan di bawah ketiga-tiga kumpulan ini akan memberikan kesan besar kepada perbelanjaan isi rumah pengguna. 

Oleh kerana nilai inflasi ini dibentuk daripada 781 item spesifikasi barangan dan perkhidmatan, maka apabila inflasi pada bulan tertentu mencatatkan peningkatan, tidak bermakna keseluruhan barangan serta perkhidmatan turut mengalami kenaikan harga. 

Hakikatnya, pengguna tidak membeli kesemua item-item dalam kumpulan tersebut, sebaliknya membeli mengikut keperluan individu. 

Jika kita menjurus kepada item-item spesifik dalam kumpulan berkenaan, kita dapati bukan semua item mencatatkan peningkatan harga. 

Ini penting untuk difahami supaya pengguna tidak terkeliru bahawa peningkatan inflasi bermakna peningkatan semua harga barang. Inflasi diukur dengan penelitian terhadap harga banyak barang dan perkiraannya memberikan gambaran tentang situasi keseluruhan harga barang di sesebuah negara.

Sumber : Utusan