Memaparkan catatan dengan label tingkat 1 mrs. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tingkat 1 mrs. Papar semua catatan

Keputusan kemasukan MRSM Sesi 2023


Semakan keputusan bagi tawaran kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 dan 4 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tahun 2023 boleh disemak mulai 7 Mac 2023 (Selasa) jam 8.00 malam.

Calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) atau e-mel didaftarkan semasa permohonan.

Pemohon juga boleh membuat semakan menerusi portal rasmi MARA di www.mara.gov.my

Pemohon atau ibu bapa perlu membuat pengesahan terima atau tolak tawaran kemasukan dalam tempoh tujuh hari. 

Tawaran berkenaan dianggap terbatal, jika calon tidak membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh ditetapkan.