Memaparkan catatan dengan label maktab rendah sains mara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label maktab rendah sains mara. Papar semua catatan

Tawaran Kemasukan ke MRSM

 

Semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi Tingkatan Satu dan Empat sesi 2022, boleh dibuat mulai 9 Mac 2022 (Rabu).

Calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel yang didaftarkan ketika permohonan.

Pemohon juga boleh membuat semakan menerusi portal rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) di www.mara.gov.my.

Calon yang tidak berjaya masih boleh membuat rayuan secara dalam talian di pautan yang sama bermula 9 hingga 16 Mac ini dan tidak perlu hadir secara fizikal.

Sebarang pertukaran program dan penempatan MRSM adalah tidak dibenarkan dan sekiranya pemohon tidak menerima sebarang makluman tawaran sehingga 31 Mei 2022, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

MRSM menawarkan enam program iaitu MRSM International General Certificate of Secondary Education (IGCSE), MRSM International Baccalaureate-Middle Year Programme (IB-MYP), MRSM Ulul Albab, MRSM Program Bitara, MRSM Premier dan MRSM Teknikal di bawah Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).