Memaparkan catatan dengan label kuota percuma raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kuota percuma raya. Papar semua catatan

Kuota internet tambahan percuma sempena Aidilfitri


 

Pengguna pakej prabayar Maxis, CelcomDigi, Unifi Mobile, Umobile dan YES akan menikmati kuota internet tambahan percuma dan pulangan tunai sempena Aidilfitri bagi tempoh tertentu hingga 31 Mei depan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata inisiatif itu disediakan secara kerjasama strategik antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi berkenaan.

Kemudahan yang disediakan tertakluk kepada terma dan syarat tertentu yang ditetapkan syarikat penyedia perkhidmatan berkenaan.

"Usaha Kerajaan dan semua syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terbabit selari dengan konsep RAHMAH dalam meringankan kos sara hidup sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.

"Diharapkan kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengguna pakej prabayar sempena musim perayaan ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, pengguna pakej prabayar Maxis akan menikmati kuota tambahan 100 gigabait (GB) menerusi pelan Internet HotlinkMU sepanjang tempoh sah laku pas yang dibeli, dan tawaran itu sah sehingga 15 Mei depan.