Memaparkan catatan dengan label buka sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buka sekolah. Papar semua catatan

Pengoperasian Sekolah Sesi 2022/2023

 


.🔹 Sekolah akan dibuka di seluruh negara mulai 21 Mac 2022

MURID SEKOLAH RENDAH

🔹 Murid sekolah rendah yang jumlah murid lebih 600 orang akan bergilir untuk murid Tahun 3, 4 dan 5. Murid lain hadir ke sekolah secara bersemuka

🔹Murid sekolah rendah yang kurang 600 orang murid hadir ke sekolah secara bersemuka

🔹10% murid sekolah rendah perlu jalani ujian saringan kendiri di rumah

MURID SEKOLAH MENENGAH

🔹Semua murid sekolah menengah akan PdPR kecuali sekolah berasrama penuh bermula 21  Mac hingga 3 April 2022

🔹Bermula 4 April 2022, semua murid sekolah menengah akan hadir ke sekolah secara bersemuka

MURID SEKOLAH BERASRAMA PENUH

🔹Sekolah Berasrama Penuh akan masuk ke asrama tanpa penggiliran bermula 4 April 2022 untuk murid Tingkatan 2,3,4 ,5 ,6, Pra Universiti, IBDP, Peperiksaan Antarabangsa Setara.

🔹Murid Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh boleh memilih untuk PdPR ataupun menumpang di sekolah harian yang berdekatan rumah.

KOLEJ VOKASIONAL

🔹Sesi persekolahan akan berlangsung tanpa penggiliran

KOLEJ MATRIKULASI/ INSTITUT PENDIDIKAN GURU

🔹Semua murid akan hadir tanpa penggiliran