Memaparkan catatan dengan label qabul. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label qabul. Papar semua catatan

Rukun Nikah

 


RUKUN NIKAH

Nikah mempunyai lima rukun iaitu:

1. Sighah
2. Isteri
3. Suami
4. Wali
5. Dua orang saksi

Rukun Pertama: Sighah

Sighah  ialah lafaz ijab qabul. Lafaz ijab adalah daripada wali seperti dia berkata: “Aku nikahkan engkau,” atau “aku nikahkan engkau dengan anak perempuan aku.”

Lafaz qabul adalah daripada pengantin lelaki seperti dia berkata: “Aku terima nikahnya,” atau “aku terima nikah anak perempuan engkau.” Sah jika pengantin lelaki mendahului lafaz wali kerana lafaz itu jika didahulukan atau dikemudiankan, ia memberikan maksud yang sama.

Hikmat Disyariatkan Sighah

Perkahwinan adalah di antara akad yang mernerlukan kerelaan kedua-dua belah pihak yang melakukan akad. Kerelaan adalah perkara yang tersembunyi dan tidak boleh dilihat. Syariah menganggap bahawa sighah iaitu ijab dan qabul adalah dalil zahir yang menunjukkan kerelaaan kedua-dua belah pihak yang melakukan akad tersebut. ‘

Syarat Sighah

Syarat-syarat sighah ialah :

1. Hendaklah Menggunakan Lafaz Nikah atau Kahwin

Syariat mensyaratkan penggunaan lafaz nikah atau kahwin kerana ia adalah lafaz yang paling tepat dalam penggunaan bahasa dan syarat untuk menunjukkan kepada akad nikah. Kedua-dua lafaz tersebut digunakan oleh al-Quran dan hadis. Firman Allah di dalam al-Quran:

Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan hati daripada perempuan-perempuan (yang tidak yatim), dua, tiga atau empat orang.
(An-Nisa‘: 3)

Kemudian setelah Zaid selesai kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau (wahai Muhammad) dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak angkat mereka. ‘
(A1-Ahzab: 37)

Sabda Rasulullah s.a.w. pula:

Wahai golongan pemuda, sesiapa di antara kamu yang ada kemampuan, hendaklah dia berkahwin.

2. Lafaz Ijab dan Qabul Hendaklah Disebut secara Jelas dan Terang

Sekiranya wali berkata: “Aku nikahkan engkau dengan anak perempuanku,” dan pengantin lelaki menj awab: “Aku terima,” maka akad masih belum berlaku. Sekiranya pengantin lelaki berkata kepada wali: “Kahwinkanlah aku dengan anak perempuanmu,” lalu wali menjawab: “Aku terima,” maka akad masih belum berlaku. Ini kerana kedua-duanya tidak menggunakan lafaz nikah secara jelas dan terang.

Akad nikah tanpa menggunakan bahasa Arab

Sah hukumnya menggunakan bahasa asing (bukan bahasa Arab) untuk akad nikah. Sekiranya ijab dan qabul menggunakan bahasa asing, sah akad nikahnya sekalipun wali dan pengantin mengetahui Bahasa Arab. Ini kerana perkara yang diambil kira ialah maknanya yang sama. Sebabnya ialah lafaz akad nikah dalam Bahasa Arab tidak mengandungi pengertian yang luar biasa. Oleh itu mernadailah dengan terjemahannya.

Akad nikah dengan cara kiasan (kinayah)

Akad nikah yang menggunakan bahasa kinayah (kiasan) dalam apa-apa bahasa adalah tidak sah.

Lafaz kinayah ialah lafaz yang membawa maksud kahwin atau tidak seperti: “Aku halalkan anak perempuanku kepada kamu,” atau “aku serahkan anak perempuanku kepadamu.”

Hukumnya tidak sah kerana lafaz kiasan memerlukan kepada niat dan niat tempatnya ialah hati. Akad nikah memerlukan saksi. Saksi pula tidak boleh melihat apa yang ada di dalam hati sedangkan dia perlu menyaksikan kedua-dua pihak benar-benar berniat nikah atau sebaliknya.

Akad nikah menggunakan tulisan

Akad nikah juga tidak berlaku dengan menggunakan tulisan sama ada kedua-dua pihak yang melakukan akad ada dalam rnajlis tersebut ataupun tidak.

Sekiranya wali menulis kepada pengantin lelaki yang ada di hadapannya atau tiada di hadapannya: “Aku kahwinkan engkau dengan anak perempuanku,” tulisan itu diserahkan kepada lelaki tersebut dan dia membacanya, kemudian berkata: “Aku terima. perkahwinan anak perempuanrnu,” maka hukumnya tidak sah. Ini kerana tulisan menyamai kiasan dan nikah secara kiasan adalah tidak sah.

Isyarat orang bisu yang difahami

Akad orang bisu menggunakan bahasa isyarat yang difaham; oleh orang ramai (bukan hanya difahami oleh golongan mahir dan terpelajar sahaja) adalah sah kerana ia sama dengan lafaz sorih (jelas). ”

Tetapi jika isyarat tersebut tidak jelas dan hanya difahami olehgolongan  mahir dan terpelajar sahaja, akad nikahnya tidak berlaku kerana kedudukannya seperti kedudukan lafaz kiasan. Akad dengan lafaz kiasan adalah tidak sah dan akad nikah tidak berlaku.

3. Ijab dan Qabul Bersambung

Di antara syarat sighah ialah lafaz ijab daripada wali dan qabul daripada pengantin lelaki mestilah bersambung. Sekiranya wali berkata: “Aku nikahkan engkau dengan anak perempuanku,” lalu lelaki itu senyap dalam satu jangka masa yang lama, kemudian selepas itu barulah dia menjawab: “Aku terima akan nikahnya,” maka akad tersebut tidak sah kerana wujudnya pemisah yang panjang di antara ijab dan qabul.

lni kerana kemungkinan wali menarik balik akad yang telah dilafazkan dalam jangka masa tersebut adalah perkara yang mungkin berlaku. Sekiranya senyapnya adalah sekejap seperti untuk bernafas atau bersin, ia tidak mencacatkan kesahihan akad.

4. Wali dan Pengantin Lelaki Waras sehingga Selesai Akad

Sekiranya wali berkata: “Aku nikahkan engkau dengan anak perempuanku tetapi sebelum pengantin lelaki sempat menerima ijab tersebut, tiba-tiba Wali menjadi gila atau pengsan, selepas itu barulah pengantin lelaki menerima ijab tadi, maka pernikahan tidak sah.

Begitu juga sekiranya pengantin lelaki berkata kepada wali: Kahwinkanlah aku dengan anak perempuanmu,” kemudian dia pengsan sebelum wali sempat berkata: “Aku kahwinkan kamu,” maka akadnya batal serta tidak sah, walaupun berlakunya qabul.

Hukum tidak sah dalam masalah di atas kerana salah seorang daripada kedua belah pihak telah hilang keahlian untuk mengadakan akad sebelum selesainya akad.

5. Sighah Menunjukkan Akad Berlaku Ketika Itu Juga

Tidak sah kita mengaitkan s1ghah dengan masa depan atau meletakkan syarat-syarat tertentu.

Oleh itu sekiranya wali berkata: “Sekiranya datang bulan ramadhan, aku nikahkan engkau dengan anak perempuanku, lelaki itu menjawab: “Aku terima akan nikahnya itu,” maka akad tersebut tidak sah.

Sekiranya wali berkata: “Sekiranya anak perempuanku lulus dalam peperiksaan, aku kahwinkan engkau dengannya,” lelaki itu menjawab: “Aku terima akan nikahnya itu,” perkahwinan itu juga tidak sah. Ini kerana akad nikah mestilah berlaku ketika itu juga dan kesannya terus menyusul sebaik sahaja akad selesai.

Jika akad dikaitkan dengan masa depan atau diletakkan syarat tertentu, maka ia akan menyebabkan perkara yang berkaitan dengan akad tertangguh ke suatu masa yang lain, atau sehingga syarat telah dipenuhi. Keadaan ini bertentangan dengan kehendak akad.

6. Sighah Mestilah Mutlak

Tidak sah menentukan jangkamasa pernikahan seperti sebulan, setahun atauuntuk satu jangka waktu yang tidak diketahui seperti sehingga kembalinya orang yang hilang.

Jika wali berkata: “Aku nikahkan engkau dengan anak perempuanku sebulan, atau setahun, atau sehingga si polan kembali,” lalu pengantin lelaki berkata: “Aku terima akan nikahnya itu,” maka pernikahan tersebut tidak sah, kerana nikah mut’ah diharamkan.

Sabrah al-Juhani r.a. menceritakan bahawd beliau berada bersama Rasulullah s.a.w., lalu Baginda bersabda:

Wahai manusia sesungguhnya aku sebelum ini telah mengizinkan kamu bernikah mut’ah. Sesungguhnya (mulai
saat ini) Allah telah mengharamkannya sehingga hari kiamat. Sesiapa yang mempunyai perempuan yang seperti itu, hendaklah dia menceraikannya. Janganlah kamu mengambil sedikitpun daripada apa yang kamu telah berikan kepada mereka.’

1 Riwayat Muslim dalam kitab nikah, bab nikah mut‘ah diharuskan kemudian dimansuhkan no. 1406; dan lain-lain.

Nikah Syighar

Hukum nikah syighar ialah tidak sah. Nikah syighar ialah wali berkata kepada pengantin lelaki: “Aku nikahkan engkau dengan anak perempuanku, dengan syarat engkau menikahkan aku dengan anak perempuan engkau, dan kehormatan rnereka menjadi mas kahwin antara satu sama lain.” Lelaki itu menjawab: “Aku terima nikah anak engkau, dan aku kahwinkan engkau dengan anakku berdasarkan apa yang engkau sebutkan tadi.” ‘

Nikah syighar tidak sah kerana perkahwinan tersebut bergantung kepada syarat yang disebutkan dalam akad. Menggantungkan akad dengan syarat boleh merosakkan akad sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini. Nabi s.a.w. juga melarang nikah syighar ini.

Ilmu Umar r.huma. berkata: “Nabi s.a. w. melarang melakukan nikah syighar. Maksud nikah syighar ialah seorang wali mengahwinkan anak perempuannya dengan syarat pengantin lelaki mengahwinkannya dengan anak perempuannya, serta tidak ada di antara kedua-duanya mas kahwin.

Rukun Kedua: Perempuan yang Akan Berkahwin

Perempuan yang akan berkahwin disyaratkan beberapa perkara untuk menjadikan sesuatu perkahwinan sah. Syarat-syarat tersebut ialah:

1. Tidak mempunyai halangan-halangan untuk berkahwin seperti yang disebutkan ketika membincangkan mengenai perempuan-perempuan yang haram dikahwini dan dipinang.
2. Ditentukan. Jika wali berkata kepada pengantin lelaki: Aku nikahkan engkau dengan salah seorang daripada anak perempuanku,” maka tidak sah akadnya, kerana dia tidak menentukan anak yang mana satu yang akan dikahwini.
3. Tidak dalam ihram haji atau umrah.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Orang yang berihram (lelaki dan perempuan) tidak boleh berkahwin, tidak boleh dikahwinkan, dan tidak boleh meminang.‘

Maksudnya: lelaki yang berihram tidak boleh berkahwin, begitu juga perempuan yang berihram dan tidak boleh dikahwinkan oleh orang lain dengan mana-mana perempuan yang berihram ataupun tidak berihram, sama ada yang mengahwinkannya itu seorang wali ataupun wakilnya. Lelaki yang berihram juga tidak boleh meminang mana-mana perempuan untuk berkahwin.

1 Riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab syighar, no. 4822; Muslim dalam kitab nikah,bab pengharaman nikah syighar, no. 1415; dan lain-lain.

Rukun Ketiga: Lelaki yang Akan Berkahwin

Syarat bagi lelaki yang akan berkahwin ialah:
1. Bukan mahram kepada perempuan yang ingin dikahwini.
2. Lelaki tertentu. Jika Wali berkata: “Aku kahwinkan anak perempuan aku dengan salah seorang daripada kamu berdua,” maka perkahwinan tersebut tidak sah, kerana tidak ditentukan lelaki mana yang akan dikahwinkan.
3. Tidak berada dalam ihram haji atau umrah kerana berpandukan hadis sebelum ini:

Orang yang berihram (lelaki dan perempnan) tidak boleh berkahwin, tidak boleh dikahwinkan, dan tidak boleh meminang.

Rukun Keempat: Wali

Maksud al-Wilayah ( ).
Al-Wilayah dari segi bahasa bermaksud kasih-sayang dan pertolongan. Firman Allah Taala:

Dan sesiapa yang menjadikan Allah, Rasul-Nya dan 0rang-orang yang beriman sebagai wali (penolong)nya, (maka dapatlah dia kemenangan), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah itulah yang tetap rnenang.
(A1-Maidah: 56)

1 Riwayat Muslim dalam kitab nikah, bab orang yang berihram haram bernikah dan makruh meminang. no. 1409: dan lain~lain. daripada Utsman r.a..

Al-Wilayah dari segi syarak ialah melaksanakan kata-katanya terhadap orang lain dan mengawasi urusan mereka.
Maksud “orang lain” ialah orang yang tidak mampu mengurus dirinya dan orang gila serta perempuan baligh yang berada di bawah jagaan wali ikhtiar (wali biasa bukan wali mujbir). .

Sesetengah ulama mentakrifkan al-wilayah sebagai melaksanakan kata-katanya terhadap orang lain sama ada dia suka atau tidak. Termasuk dalam pengertian ini wilayah al-ijbar.

Syariat menamakan orang yang mempunyai hak al-wilayah sebagai wali. Firman Allah Taala:

Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau dia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi surat itu) maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil (benar).
(Al-Baqarah: 282)

Hikmat Disyariatkan al-Wilayah

Hikmat disyariatkan al-wilayah kepada kanak-kanak yang masih kecil (belum baligh) dan orang yang tidak mampu mengurus dirinya adalah untuk menjaga kepentingan mereka supaya tidak hilang, menjaga hak mereka dan mengurus urusan hidup mereka.

Kewujudan Wali dalam Perkahwinan adalah Wajib

Wali mesti wujud dalam pernikahan seorang perempuan, sama ada perempuan tersebut masih kecil atau sudah baligh, janda atau dara untuk mengendalikan akad perkahwinannya.

Seseorang perempuan tidak diharuskan mengahwinkan dirinya sendiri atau mengahwinkan orang lain sama ada dengan keizinan wali atau tidak. Hukum ini meliputi sama ada dia mengijab atau mengqabulkan perkahwinan tersebut. Dalilnya ialah hadis daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah s.a.w.:’

Seorang perempuan, tidak boleh mengahwinkan seseorang perempuan yang lain, dan tidak boleh mengahwinkan dirinya sendiri. (Abu Hurairah, r.a. berkata) “(Pada zaman Nabi s.a.w.), kami menganggap perempuan yang mengahwinkan dirinya sendiri sebagai perempuan jahat.” Dalam satu riwayat disebut: ”…..sebagai perempuan yang berzina. ‘”

Hikmat Disyariatkan Wali dalam Perkahwinan Seseorang Perempuan

Hikmat wali disyariatkan ialah adat yang baik mengatakan perempuan tidak sesuai untuk terlibat secara langsung dalam urusan akad perkahwinan. Ini kerana perempuan mesti bersifat dengan sifat malu.

Dalil Wajib Wujudnya Wali Sewaktu Seseorang Perempuan Berkahwin

Hukum wajib wujudnya Wali sewaktu seseorang perempuan berkahwin adalah berpandukan kepada ayat al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.. Firman Allah Taalaz

Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri karnu, lalu habis masa edah mereka, maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka (lelaki dan perempuan itu) bersetuju sama sendiri dengan cara yang baik (yang dibenarkan oleh syarak). ‘
(A1-Baqarah: 232)

Imam Syafie rahimahullah berkata: “Ayat ini adalah bukti paling kukuh dalam mengambil kira kedudukan wali. Jika kedudukan wali tidak diambil kira, tentulah dia tiada kuasa menghalang perkahwinan.”

Sunnah juga menjelaskan perkara itu. Nabi s.a.w. bersabda

Tidak sah, pernikahan melainkan dengan adanya seorang wali dan dua orang saksi yang adil. Mana-mana pernikahan tanpa kehadiran mereka adalah batil?

Tidak sah nikah melainkan dengan seorang wali.’
1 Riwayat Daraquthni dalam kitab nikah, 3/227 daripada Abu Hurairah r.a..
2 Riwayat lbnu Hibban. Lihat: Mawarid az-Zhom’an ila Zawaid lbni Hibban; kitab nika bab hadis-hadis mengenai wali dan saksi.

Hukum Berkahwin Tanpa Wali dan Perkara yang Menyusul Selepasnya

Apabila seorang perempuan mengahwinkan dirinya sendiri tanpa wali, nikahnya dikira batal. Jika berlaku persetubuhan perkahwinan, kedua-dua pasangan wajib dipisahkan kerana akad itu batal. Perempuan berhak (wajib) mendapat mahar misil sama ada disebut dalam akad ataupun tidak.

Dalil hukum tersebut ialah hadis Nabi s.a.w.:

“Mana-mana perempuan yang berkahwin tanpa kebenaran walinya, maka nikahnya batal.”Nabi s.a.w. mengulangnya sebanyak tiga kali. “Kemudian, jika berlaku persetubuhan, maka baginya mahar misil dengan sebab dia menghalalkan farajnya. Jika mereka berselisih faham, maka sultan menjadi wali bagi sesiapa yang tidak ada wali.

Mereka yang bersetubuh hasil daripada pernikahan yang ini (purkahwinan tanpa Wali) tidak dikenakan hukuman hudud kesalahan zina kerana adanya syubhah. Syubhah tersebut ialah ulama berselisih pendapat tentang kesahihan nikah tanpa keizinan wali. Hukum hudud digantung perlaksanaannya ketika ada syubhat. Walau bagaimanapun, mereka dikenakan hukuman ta’zir.

Takzir ialah hukuman yang tidak termasuk dalam hukum hudud. Qadi menentukan bentuk hukuman yang mampu menghalang daripada berlaku dan memberi pengajaran kepada pelakunya.

1 Riwayat Abu Daud dalam kitab nikah, bab wali, no. 2085; dan Tirmizi dalam kitab nikah dan tidak sah nikah tanpa wali, no. 1101, daripada Abu Musa al-Asy‘ari r.a.
2 Riwayat Abu Daud dalam kitab nikah, bab mengenai wali, no. 2083; lbnu Majah dalam kitab nikah, bab tidak sah pernikahan melainkan dengan wali, no. 1881; dan Tnrmizi dalam kitab bab tidak sah pernikahan melainkan dengan wali, no. 1102, daripada Aisyah r.ha

Kedudukan Wali Menurut Susunan

Wali-Wali dalam perkahwinan adalah mengikut susunan seperti berikut:

1. Bapa.
2. Ayah kepada bapa (datuk).
3. Adik-beradik lelaki seibu sebapa.
4. Adik-beradik lelaki sebapa.
5. Anak saudara (anak kepada adik-beradik lelaki seibu sebapa).
6. Anak saudara (anak kepada adik-beradik lelaki sebapa).
7. Bapa saudara seibu sebapa (adik beradik lelaki kepada bapa yang seibu sebapa).
8. Bapa saudara sebapa (adik-beradik lelaki kepada bapa yang sebapa).
9. Sepupu (anak lelaki kepada bapa saudara yang seibu sebapa).
10. Sepupu (anak lelaki kepada bapa saudara yang sebapa).

Jika kesemua Wali di atas tidak ada, maka Wali adalah wali sultan, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:

Maka sultan (pemerintah) menjadi wali bagi sesiapa yang tidak ada wali.

Anak Lelaki Tidak Boleh Menjadi Wali kepada Ibunya

Anak lelaki dan cucu lelaki tidak boleh menjadi wali kepada ibu atau neneknya. Anak tidak boleh menjadi Wali untuk mengahwinkan ibunya kerana kedua-duanya tidak mempunyai perkongsian dalam keturunan. Ini kerana ibu dan anak lelakinya dinasabkan kepada bapa masing-masing, kecuali anak lelaki kepada bapa saudara ibu.

Oleh itu jika terdapat anak lelaki kepada anak lelaki bapa suadara ibu (cucu bapa saudara ibu), dan tidak ada Wali lain yang lebih hampir, dia boleh mengahwinkannya.

Syarat Wali .

Wali, sama ada bapa ataupun bukan, disyaratkan dengan syarat-syarat berikut:

1. Islam

Orang kafir tidak boleh mengahwinkan perempuan Islam kerana tidak ada al-wilayah (kekuasaan) orang kafir terhadap orang islam. Firman Al1ah Taala:

Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman.
(An-Nisa‘: 141)

Juga kerana al-wilayah dalam perkahwinan merujuk kepada asobah dalam masalah harta pusaka. Dalam masalah
ini, orang Islam dan orang kafir tidak boleh saling mewarisi harta pusaka antara satu sama lain.

Walau bagaimanapun, orang kafir boleh mengahwinkan orang kafir lain walaupun rnereka berbeza agama seperti seorang yahudi mengahwinkan seorang kristian atau sebaliknya. Ini kerana semua kafir adalah sama taraf. Firman Alllah Taala:

Dan orang-orang kafir sesetengahnya menjadi wali kepada yang lain.
(Al-Anfal: 72)

2. Adil

Maksud adil (tidak fasik) ialah wali tidak melakukan dosa-dosa besar tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil dan tidak melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah seperti kencing di jalan raya, berjalan dengan berkaki ayam dan sebagainya.

Oleh itu orang fasik tidak boleh mengahwinkan perempuan beriman bahkan hak menjadi wali berpindah kepada wali selepasnya jika dia seorang yang adil.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Tidak sah pernikahan melainkan dengan wali yang mursyid.’

1 Riwayat Imam Syafie dalam musnadnya dengan sanad yang sahih.

Imam Syafie berkata: “Maksud mursyid dalam hadis di atas ialah adil.”

Juga kerana fasik adalah kekurangan yang boleh merosakkan persaksian. Oleh itu orang fasik dilarang menjadi wali dalam perkahwinan.

Dalam satu qaul lain (satu pandangan Imam Syafie juga) dinyatakan bahawa keadilan tidak menjadi syarat dalam
perkahwinan kerana hak menjadi wali berdasarkan hak asobah. Para asobah didorong oleh sifat kasihan belas yang banyak untuk memberikan kebaikan kepada orang yang dijaganya. Sifat kasihan belas ini tiada bezanya di antara wali yang adil dengan yang lain.

Juga kerana, mensyaratkan adil kadang~kadang menimbulkam kesulitan yang besar. Ini diysebabkan kurangnya bilangan orang yang adil terutamanya pada masa ini. Tidak pernah diketahui orang-orang fasik dilarang mengahwinkan anak-anak perempuan mereka pada mana-mana zaman. ,

3. Baligh

Kanak-kanak tidak boleh menjadi wali kerana dia tidak b0leh menguruskan dirinya sendiri. Oleh itu, dia tidak boleh menjadi wali kepada orang lain adalah lebih utama.

4. Berakal

Orang gila tidak boleh menjadi wali kerana dia tidak boleh menguruskan dirinya. Oleh itu, dia tidak boleh menjadi wali kepada orang lain adalah lebih utama. .

5. Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menjejaskan pandangan

Sese0rang yang tidak jelas pandangannya disebabkan terlalu tua atau cacat akal tidak boleh menjadi wali kerana tidak mampu memilih pasangan yang sekufu. Jika wali sakit dan pengsan disebabkan sakit, perlu menunggu sehingga dia sedar kerana pengsan yang dihadapi hanya sekejap. Ia umpama tidur.

6. Wali bukan orang yang dilarang oleh syarak membelanjakan hartanya disebabkan safih

Maksud orang yang dilalang oleh syarak membelanjakan hartanya disebabkan safih ialah mereka yang membazirkan hartanya. Mereka tidak boleh menguruskan dirinya, tentulah lebih utamalagi mereka tidak boleh mengurus orang lain.

7. Bukan orang yang berihram

Orang yang sedang berihram haji atau umrah tidak boleh dikahwinkan orang lain sebagaimana yang difahami daripada hadis sebelum ini yang bermaksud:

Orang yang berihram (lelaki dan perempuan) tidak boleh berkahwin dan tidak boleh dikahwinkan (dengan perempuan yang berihram ataupun tidak)’

1 Muslim dalam kitab nikah, bab pengharaman nikah orang yang berihram dan makruh dia meminang, no. 1409.

Peringatan

Jika syarat di atas tidak ada pada wali terdekat, hak sebagai wali berpindah kepada Wali selepasnya yang memiliki syarat-syarat yang sempurna, kecuali dalam masalah wali yang berihram. Ia tidak berpindah kepada wali selepasnya kerana berihram tidak membatalkan hak-hak wali selagi dia masih adil dan boleh melihat. Cuma dilarang ialah mengahwinkan sahaja.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan wali berihram, hak mengahwinkan berpindah kepada sultan.

Bahagian-bahagian Wali

Wali terbahagi kepada dua.
1. Wali mujbir
2. Wali tidak mujbir (wali ikhtiar / Wali biasa)

1. Wali Mujbir

Wali mujbir hanya terhad kepada bapa dan datuk (bapa kepada bapa) sahaja.

Wali mujbir berlaku hanya kepada perkahwinan anak dara sahaja sama ada ia masih kecil atau sudah besar, berakal atau gila.

Oleh itu, seseorang bapa atau datuk dibenarkan mengahwinkan anak perempuannya walaupun tanpa kebenaran dan keredaannya kerana bapa lebih mengetahui kebaikan untuk anaknya. Oleh kerana kasih sayang yang mendalam seorang bapa terhadap anaknya, ia hanya akan memilih suami yang baik sahaja untuk anak perempuannya.

Mereka berhujah menggunakan hadis Nabi s.a.w.:

Janda lebih berhak ke atas dirinya daripada walinya.’

Melalui hadis ini kita dapat memahami bahawa wali lebih berhak ke atas anak perempuan yang masih dara daripada hak anak perempuan itu terhadap dirinya sendiri.

Walau bagaimanapun, terdapat tiga syarat wali mujbir:

i. Tidak ada permusuhan ketara di antara Wali dengan perempuan tersebut.

ii. Perkahwinan itu hendaklah sekufu. .
iii. Bakal suami mempunyai mampu menyegerakan bayaran mas kahwin.

Meminta izin anak dara adalah digalakkan.

Bapa dan datuk boleh memaksa anak perempuannya berkahwin tetapi tindakan tidak mendapatkan pendapatnya bukanlah suatu tindakan yang afdal (lebih baik). Yang lebih baik dan sunat ialah wali meminta izin untuk mengahwinkannya, menghormati serta menyenangkan hatinya. , ‘

Nabi s.a.W. bersabda:

“Janda tidak boleh dikahwinkan, melainkan setelah diminta keputusannya. Anak dara pula tidak boleh dikahwinkan melainkan setelah diminta izinya. ”Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimanakah keizinannya?” Baginda menjawab: “Dengan dia diam.”

1 Takhrijnya akan disebutkan selepas ini. .
2 Riwayat Muslim dalam kitab nikah, bab meminta izin janda secara lisan dan dara berdiam untuk dinikahkan, no. 1419; dan Tirmizi dalam kitab nikah, bab hadis tentang meminta keizinan janda dan dara, no. 2107.

Janda lebih berhak terhadap dirinya daripada walinya. Bagi anak dara pula, kamu hendaklah meminta izinnya dan keizinannya ialah diamnya.’

Kedua-dua hadis di atas menerangkan wali disunatkan meminta keizinan anak gadis yang masih dara untuk mengahwinkannya.

2. Wali yang Tidak Mujbir (wali ikhtiar/wali biasa)

Wali yang tidak mujbir ialah wali selain daripada bapa dan datuk yang telah kita sebutkan sebelum ini. Wali tidak mujbir berlaku ketika mengahwinkan perempuan yang janda. Tidak sah bagi mana-mana wali walaupun bapa untuk
perempuan janda melainkan dengan kebenaran dan keredaannya. Hukum ini berpandukan kepada hadis sebelum ini:

Janda tidak boleh dikahwinkan melainkan setelah mendapat keputusannya.

Janda ialah perempuan yang hilang daranya dengan sebab persetubuhan yang halal atau haram, bukan disebabkan sakit atau dan sebagainya.

Hikmat mendapat persetujuan janda

Hikmat wali hendaklah mendapatkan persetujuan janda dahulu dan tidak mengahwinkan tanpa kebenarannya ialah dia mengetahui maksud perkahwinan. Wali tidak boleh memaksanya kerana pengalamannya dalam perkahwinan menyebabkan dia tidak malu untuk berterus-terang. Ini berbeza dengan anak dara kerana dia malu untuk berterus-terang.

Mengahwinkan janda yang masih kecil

Bapa atau mana-mana Wali tidak diharuskan mengahwinkan perempuan janda yang belum baligh sehinggalah dia baligh. Ini kerana keizinan budak kecil tidak diambil kira. Wali tidak boleh mengahwinkannya sehingga dia baligh kerana keizinannya yang diambil kira ialah keizinan selepas baligh.

1 Muslim dalam kitab nikah, bab meminta izin janda secara lisan dan dara secara berdiam untuk dikahwinkan, no. 1421; dan Tirmizi dalam kitab nikah, bab hadis tentang meminta keizinan janda dan dara, no. 1108, daripada lbnu Abbas r.huma..

Wali Enggan Mengahwinkan Anak Perempuannya

Jika seseorang perempuan yang sudah baligh dan berakal meminta untuk berkahwin dengan lelaki yang setaraf (sekufu) dengannya, wali mesti mengahwinkannya.

Jika wali enggan, sekalipun wali ialah bapanya, maka dia hendaklah dikahwinkan oleh wali sultan. Ini kerana hak mengahwlnkan beliau dengan lelaki yang sekufu adalah hak yang mesti ditunaikan oleh walinya. Jika wali enggan menunaikan pemerintah (wali sultan) akan menunaikannya. Hukum ini berdalilkan kepada sabda Rasulullah s.a.w.:

Sultan menjadi wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai wali.’

Tetapi, jika perempuan tersebut meminta dikahwinkan dengan seorang lelaki yang sekufu dan walinya ingin mengahwinkannya dengan lelaki lain yang juga sekufu, wali boleh melarang anaknya berkahwin dengan lelaki pilihannya dan mengahwinkannya dengan lelaki yang dipilih olehnya jika anak perempuannya masih lagi dara. Ini kerana pandangan wali lebih sempurna daripada pandangan anaknya.

Hukum Jika Wali Tidak Ada

Jika perempuan mempunyai ramai wali dan wali yang paling hampir tidak ada di situ, jika dia berada di tempat yang Jaraknya dua marhalah atau lebih (dua marhalah ialah perjalanan sehari semalam), hak menjadi wali tidak berpindah kepada wali yang lebih jauh tetapi dia hendaklah dikahwinkan oleh wali sultan. Ini disebabkan wali tidak ada di situ sedangkan hak mengahwinkan perempuan adalah haknya. Apabila dia tidak mampu mengahwinkan perempuan disebabkan ketiadaannya, maka wali sultan akan menggantikannya.

1 RiwayatAbu Daud dalam kitab kahwin, bab tentang wali, no. 2083; dan Tirmizi bab hadis tentang tidak sah pernikahan melainkan dengan wali, no. 1102.

Jika wali berada di tempat yang kurang dari dua marhalah, wali sultan tidak boleh mengahwinkan perempuan tersebut melainkan dengan kebenarannya. Ini kerana dia berada tidak jauh dari situ dan dia boleh pulang. Apa yang perlu dilakukan ialah sama ada dia datang mengahwinkan perempuan tersebut atau mewakilkan kepada orang lain.
Hukum ini sama dengan hukum wali yang berada di situ (bermukim).

Terdapat Dua Wali yang Sama Taraf (sama kuat)

Jiku terdapat dua orang wali atau lebih yang sama kuat daripada segi keturunannya seperti terdapat dua beradik seibu-sebapa atau dua beradik sebapa, dia sunat dikahwinkan oleh wali ysng lebih mengetahui selok belok perkahwinan. Ini disebabkan dia mengetahui syarat-syarat perkahwinan.

Seterusnya wali yang lebih warak diberikan keutamaan kerana dia lebih dipercayai untuk memberikan yang terbaik kepada perempuan itu. Seterusnya wali yang lebih tua usianya kerana pengalamannya luas.

Dalam keadaan terdapat ramai wali yang setaraf, wali yang mengahwinkan perempuan itu hendaklah mendapatkan
keredaan wali yang lain supaya mereka boleh bersepakat dan tidak berlaku salah faham. Jika mereka berselisih pendapat dan masing-masing ingin mengahwinkan perempuan itu, undian wajib dilakukan untuk menyelesaikan masalah. Sesiapa yang diundi akan mengahwinkannya

Jika perempuan memberi keizinan kepada mana-mana wali yang setaraf mengahwinkannya, dan dia dikahwinkan oleh wali yang kurang afdal, atau wali yang tidak terpilih melalui undian, sah perkahwinan tersebut disebabkan keizinan yang diberikan. Tetapi jika dia hanya memberikan keizinan kepada salah seorang daripada mereka, kemudian dia dikahwinkan oleh wali lain, akad itu tidak sah kerana akad berlaku tanpa keizinan dan kerelaannya.

Wali tidak Ada

Apabila perempuan tidak mempunyai wali, hak mengahwinkannya berpindah kepada qadi (wali sultan) kerana
untuk memberikan kebaikan kepada orang Islam.

Mengahwinkan perempuan yang tidak mempunyai wali mempunyai kebaikan (maslahah) yang wajib direalisasikan. Sebelum ini kita telah sebutkan hadis Rasulullah s.a.w.:

Sultan (pemerintah) adalah wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai wali.’

1 Riwayat Abu Daud dalam kitab kahwin, bab tentang wali, no. 2083; dan Tirmizi dalam bab hadis tentang tidak sah pernikahan melainkan dengan wali, no. 1102.

Wakil dalam Perkahwinan .

Wali mujbir (bapa dan datuk (bapa kepada bapa)) diharuskan mewakilkan kepada orang lain mengahwinkan anak perempuannya yang masih dara walaupun tanpa keizinannya.

Dalam mewakilkan perkahwinan ini, wali mujbir tidak disyaratkan menentukan lelaki tertentu untuk dikahwinkan dengan anak perempuannya. Ini kerana wali mempunyai hak menentukan wakil dan mempunyai kuasa untuk mewakilkannya secara umum.

Jika wali mewakilkannya secara umum, Wakil wajib menjaga kepentingan pengantin perempuan. Oleh itu wakil tidak boleh mengahwinkannya dengan lelaki yang tidak sekufu kerana perwakilan secara umum berrnaksud mencari pasangan yang sekufu.

Wali yang tidak mujbir pula, mereka tidak boleh mewakilkan perkahwinan itu melainkan dengan izin pengantin perempuan. Ini kerana rnereka tidak memiliki hak mengahwinkannya tanpa kebenarannya. Oleh itu mereka tidak boleh mewakilkan kepada orang lain untuk melakukan akad tanpa kebenarannya adalah lebih utarna. ,

Rukun Kelima: Dua Orang Saksi

Pendahuluan

Walaupun akad nikah sama dengan akad-akad lain yang mensyaratkan keredaan, ijab dan qabul, tetapi Islam am
memuliakan akad nikah. Islam menjadikannya sebahagian daripada agama dan pengabdian diri kepada Allah. Oleh itu, melakukannya dikira sebagai melakukan ketaatan kepada Allah dan mendekatkan diri kepada-Nya serta diberikan pahala.

Oleh kerana akad nikah dan kesannya amat besar dan berat iaitu menghalalkan kehidupan suami isteri, wajibnya mas kahwin, nafkah, jelasnya keturunan anak-anak, hak harta pesaka, kewajiban penjagaan dan ketaatan, semua ini terdedah kepada keengganan suami dan isteri untuk melaksanakannya.

Islam mengambil langkah berjaga-jaga dengan mewajibkan sekurang-kurangnya dua orang saksi untuk menyaksikan nikah tersebut. Di samping meletakkan beberapa syarat yang melayakkannya menjadi tempat kepercayaan untuk memperakui kesan-kesan tersebut apabila diperlukan. Terutamanya ketika berlaku perselisihan/pergaduhan di antara suami isteri atau salah seorang tidak mahu melaksanakan hak-hak akad dan kesan-kesannya.
Dalil Wajib Dua Orang Saksi dalam Akad Nikah

Dalil wajib wujudnya dua orang saksi dalam akad nikah ialah sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Tidak sah perkahwinan tanpa seorang wali dan dua orang saksi yang adil (tidak fasik). Maka-mana perkahwinan yang selain daripada itu adalah batal.’ ‘

1 lbnu Hlbban dalam kitab sahihnya. Sila rujuk Mawarid azh-Zhom’an ila Zawaid Ibni Hibban, kitab nikah, bab apa yang dirlwayatkan tentang wali dan saksi, no. 1247.

Syarat Dua Orang Saksi

Syarat-syarat dua orang saksi adalah seperti berikut:

1. Islam

Akad nikah seorang perempuan yang bersaksikan orang bukan Islam tidak sah kerana akad nikah dianggap urusan agama. Ia mesti disaksikan oleh saksi yang beragama Islam. Juga kerana orang kafir tidak boleh menjadi saksi ke atas orang Islam.

Tambahan pula penyaksian adalah penguasaan (al-wilayah). Oleh itu saksi yang kafir (orang kafir) tidak diterima kerana mereka tidak mempunyai kekuasaan terhadap orang Islam. Firman Allah Taala:

Orang lelaki yang beriman dan orang perempuan yang beriman, sesetengah mereka rnenjadi wali kepada sesetengah yang lain.
(At-Taubah 71)

Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang beriman.
(An-Nisa‘: 141)

2. Lelaki

Akad nikah tidak sah dengan penyaksian saksi perempuan atau seorang saksi lelaki bersama dua orang saksi perempuan. Zuhri rhm. berkata: “Sunnah Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan saksi perempuan dalam hukum hudud, nikah dan talak.”

Zuhri adalah seorang tabiin. Hadis seumpama ini yang diriwayatkan oleh tabiin adalah dikategorikan sebagai hadis marfu’ sebagaimana yang telah dijelaskan oleh ularna.

3. Berakal dan baligh

Tidak sah akad nikah dengan kehadiran orang-orang gila dan kanak-kanak sahaja kerana akad nikah adalah satu akad yang amat besar. Kehadiran orang-orang gila dan kanak-kanak sahhaja meremehkan perkara yang besar itu.

4. Adil walaupun zahirnya sahaja

Kedua-dua orang saksi mestilah adil Walaupun luaran sahaja. Maksudnya kefasikannya dilakukan secara sembunyi-sembunyi dan tidak dizahirkan. ’

Tidak sah akad nikah dengan dua orang saksi yang jelas kefasikannya kerana penyaksiannya tidak diyakini.

5. Mendengar

Akad yang disaksikan oleh saksi pekak atau tidur adalah tidak sah kerana rnatlamat menjadi saksi tidak tercapai. Juga kerana akad yang disaksikan adalah perkataan yang dilafazkan. Oleh itu, saksi mesti mendengarnya.

6′. Melihat

Akad tidak berlaku jika saksi buta kerana perkataan yang dilafazkan tidak boleh diperakui kecuali dengan menentnkan penuturnya (memerlukan saksi yang tidak buta) dan didengari.‘

Menyaksikan Kerelaan Pengantin Perempuan

Sunat menyaksikan kerelaan pengantin perempuan untuk melaksanakan akad. Ini berlaku dengan cara dua orang saksi yang cukup syarat mendengar keizinan dan keredaan pengantin perempuan untuk melaksanakan akad seperti dia berkata: “Aku rela dengan akad ini,” atau “aku mengizinkan akad ini.”

Ini dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga untuk menjamin tidak berlaku pengingkaran selepas akad.

Menjaga Kehormatan Bapa atau Datuk

Anak, sama ada lelaki atau perempuan, muslim ataupun kafir wajib menjnga kehormatan bapa atau datuknya sarna ada dari sebelah ayah atau sebelah ibunya, sama ada bapa atau datuknya seorang Islam atau kafir (supaya tidak terjerumus ke dalam maksiat).

lni berlaku dengan cara dia memberikan mas kahwin yang sama nilai mas kahwin seorang pengantin perempuan yang merdeka, atau dia berkata kepada mereka: “Kahwinlah. Saya akan berikan kamu mas kahwin.”

Walau bagaimanapun, terdapat tiga syarat untuk mewajibkan perkara diatas:

1. anak mampu membayar mas kahwin.

2. Ayah atau datuk tidak mampu membayar mas kahwin.

3. Bapa atau datuk mempunyai keinginan untuk berkahwin.

Termasuk dalam pengertian ini memenuhi keperluan asasi bapa atau datuk seperti nafkah dan pakaian.

Tindakan ini diambil untuk mengelakkan mereka daripada terdedah kepada perzinaan yang merosakkan. Mendedahkan kepada perzinaan adalah bertentangan sama sekali dengan kehormatan seorang bapa dan terkeluar daripada pengertian melayani mereka dengan cara yang baik sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah:

Dan bergaullah dengan mereka (layanilah mereka) di dunia dengan cara yang baik.
(Luqman: 15)

Perkahwinan Orang Kafir
Perkahwinan orang kafir sesama mereka adalah sah. Dalilnya ialah hadis Ghailan r.a. dan lain-lain yang memeluk Islam dan mempunyai lebih daripada empat orang isteri. Nabi s.a.w. menyuruh beliau terus kekal bersama empat orang isteri dan menceraikan bakinya. Nabi s.a.w. tidak bertanya tentang syarat nikah mereka. Kita juga tidak diwajibkan melakukan perkara tersebut.

Jika mereka meminta kita menghakimi perkara itu, kita tidak akan membatalkan perkahwinan mereka. Jika mereka memeluk Islam, perkahwinan mereka diakui oleh Islam. ‘

Memeluk Islam Setelah Berkahwin

Jika seseorang lelaki kafir serta isterinya memeluk Islam bersama-sama, perkahwinan mereka terus kekal. Perceraian hanya berlaku jika berlaku perbezaan agama. Ugama mereka tidak berbebeza jika kedua-duanya kafir atau kedua-duanya memeluk Islam.

Ibnu Abas r.huma. berkata: “Pada zaman Nabi s.a.w., seorang lelaki datang menemui baginda dalam keadaan telah memeluk Islam. Kemudian isterinya pula datang dalam keadaan memeluk Islam. Beliau berkata: ’Wahai Rasulullah, dia adalah isteriku yang telah memeluk Islam bersamaku. Kembalikanlah dia kepadaku. ‘ Maka isterinya dikembalikan kepadanya. ”’

Dalam masalah suami memeluk Islam dan isterinya masih dengan agama asal (kafir), terdapat beberapa keadaan:
Jika isteri adalah ahli kitab, perkahwinan keduanya terus kekal kerana seseorang Islam diharuskan berkahwin dengan perempuan ahli mkitab. ‘

Jika isteri rnenyembah berhala atau mulhid (atheis) dan tidak memeluk Islam semasa edahnya, keduanya hendaklah diceraikan selepas suaminya memeluk Islam. Namun jika perempuan memeluk Islam semasa dalam edah, perkahwinan kedua-dua terus kekal.

Jika isteri memeluk Islam tetapi suaminya terus kafir, kedua-duanya mesti dipisahkan ketika perempuan itu memeluk Islam. Kecuali suami memeluk Islam semasa isterinya masih berada dalam edah, perkahwinan kedua-duanya terus kekal.

Jika suami memeluk Islam selepas habis edah bekas isterinya, dia tidak boleh rujuk melainkan dengan mengadakan akad baru.

Umar bin Syuaib meriwayatkan daripada bapanya, daripadanya:

Rasullullah mengembalikan anaknya Zainab kepada Abi al-As bin ar-Rabi’ dengan mas kahwin yang baru dan
perkahwinan yang baru.’

Tirmizi berkata: “Sanad hadis ini dipertikaikan. Ahli ilmu beramal dengan hadis ini dalam masalah jika seorang isteri memeluk sebelum suaminya, kemudian suaminya memeluk Islam dan isterinya masih lagi dalam edah, suaminya berhak rujuk kepada isterinya.

1 Riwayat Tirmizi dalam kitab nikah, bab hadis-hadis mengenai salah seorang suami yang musyrik memeluk Islam, no. 1144; dan Abu Daud dalam kitab nikah, bab jika seorang daripada suami isteri memeluk Islam, no. 2238.


https://spait2.whatta.org/?p=114