Memaparkan catatan dengan label cuti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuti. Papar semua catatan

Khamis, November 17, 2022

Terengganu umum cuti am pada 20 Nov 2022

 


Kerajaan negeri mengumumkan Ahad ini sebagai cuti am sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia berikutan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan Jumaat dan Sabtu ini sebagai hari kelepasan am di seluruh negara bagi memudahkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk keluar mengundi pada Sabtu ini.

Beliau berkata, cuti am diumumkan PM itu jatuh pada hari kelepasan mingguan bagi Terengganu iaitu pada Jumaat dan Sabtu sekali gus menyebabkan cuti pada Sabtu digantikan pada hari berikutnya iaitu Ahad.

Katanya, keputusan itu adalah selaras dengan Seksyen 3 Akta Hari Kelepasan 1951.

"Sebagaimana yang diumumkan PM bahawa pada hari Jumaat dan Sabtu adalah cuti umum dan keadaan di Terengganu, saya sudahsemak bahawa secara automatiknya di negeri Terengganu pada Ahad juga adalah cuti.

"Oleh kerana pada Sabtu adalah cuti (mingguan) di Terengganu, (jadi) bila diisytiharkan cuti maka (cuti itu) dibawa ke hari Ahad," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan slot Dialog Awam (Town Hall) Mahasiswa Terengganu 2022 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri mengumumkan cuti am pada 18 dan 19 November ini bagi memudahkan rakyat Malaysia pulang mengundi sempena PRU15.

Selain pengumuman cuti, kerajaan turut mengumumkan tawaran tol percuma oleh 30 syarikat konsesi lebuh raya pada hari sama.

Sumber : Berita Harian

Recent Posts