Memaparkan catatan dengan label pengeluaran khas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengeluaran khas. Papar semua catatan

Pengeluaran Khas KWSP dicepatkan bermula 18 April 2022

 


Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 bakal dikreditkan bermula 18 April 2022.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz melalui Facebook rasminya sebentar tadi mengesahkan Pengeluaran Khas KWSP itu yang akan dicepatkan masanya bermula 18 April berbanding 20 April secara berperingkat sebelum ini.

“Ramai yang masej dan komen dalam media sosial saya, “YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?” Saya mendengar suara anda, kata Tengku Zafrul.

“Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Saya harap pengeluaran ini akan lebih menceriakan sambutan Aidilfitri #KeluargaMalaysia, Insya-Allah,” ujarnya.

Sumber dari Kosmo!

Cara Permohonan Pengeluaran Khas RM10,000 KWSP

 




Pencarum yang berhasrat mengeluarkan simpanan RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah kemudahan pengeluaran khas  boleh membuat permohonan melalui portal khas iaitu : https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

Pembayaran akan dibuat dalam satu bayaran sahaja dan dikreditkan ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli yang perlu memastikan akaun bank mereka aktif dan bawah nama ahli sendiri. Akaun bersama atau yang didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan.

Jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 dan minimum RM50. Ahli perlu menggunakan sepenuhnya baki dalam Akaun 2 sebelum mengakses Akaun 1 mereka serta perlu mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun.

Maklumat lanjut mengenai kemudahan pengeluaran khas boleh diperoleh dengan menggunakan kemudahan 'Ask ELYA' dalam laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, Facebook, Twitter dan Instagram KWSP atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848, bermula 1 April 2022.