Memaparkan catatan dengan label orang minyak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label orang minyak. Papar semua catatan

Ketukan misteri hantui penduduk Kuala Pilah

Seolah 'memprotes' kisahnya yang disiarkan di akhbar ini, gangguan ketukan pintu di Kampung Kepis Ulu, dekat sini, mengganas malam tadi apabila sebanyak 12 rumah menjadi mangsa gangguan.

Berbanding malam sebelumnya hanya tiga rumah yang mengalami gangguan pada satu-satu malam, suasana di kampung berkenaan agak kelam-kabut malam tadi sehingga ke subuh.

Menurut wakil penduduk, Mohd Arshat Yusof, 66, setakat jam 12 tengah malam tadi sahaja, sebanyak enam rumah dilaporkan diganggu ketukan misteri berkenaan.

Katanya, keadaan itu menyebabkan ada keluarga yang minta dipindahkan ke rumah sepupu selepas diganggu bunyi ketukan misteri itu.

Beliau berkata, ketukan misteri itu mula mengganggu penduduk seawal jam 10.48 malam pada Selasa dan berakhir sebelum azan Subuh kira-kira jam 6 pagi.

"Sebelum ini antara dua dan tiga rumah saja, tapi malam tadi nampaknya makin mengganas apabila 12 rumah yang diganggu.

Arshat berkata, sebuah rumah penduduk yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati pintu rumahnya diketuk sebanyak 15 kali kira-kira jam 3 pagi dan apabila ditinjau memang tidak nampak apa-apa kelibat.

Keadaan itu, katanya, membuatkan mereka semakin yakin yang kejadian berlaku mempunyai kaitan dengan ilmu hitam.

"Saya pun ada tanya dengan seorang penduduk kampung yang mengamalkan perubatan tradisional dan dia memaklumkan besar kemungkinan ada kaitan dengan ilmu hitam," katanya.

Sumber : Berita Harian, Metro