Memaparkan catatan dengan label bantuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bantuan. Papar semua catatan

Khamis, September 29, 2022

Ustazah koma selepas jantung terhenti 30 minit ketika bersalin anak ketiga

 

Selepas melahirkan anak kami secara pembedahan, isteri saya pengsan dan koma hingga kini, menyebabkan saya terpaksa berhenti kerja demi menjaganya dan anak-anak sepenuh masa," kata Muhammad Shazuan Md Saad, 36.

Bapa kepada tiga anak itu, berkata isterinya, Nurul Azhani Abu Hassan @ Hussain, 35, yang juga guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) memerlukan penjagaan rapi dan perlu diberikan susu melalui tiub setiap tiga jam dan membuang kahak secara kerap.

Beliau berkata, setiap pagi menjadi rutin harian dia menguruskan anak-anak berusia 11, sembilan termasuk anak bongsu mereka yang berusia tiga bulan yang dinamakan Muhammad Zakuan Adha.

Selepas lahirkan anak menerusi pembedahan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, isteri saya pengsan dan jantungnya terhenti selama setengah jam sebelum disahkan koma oleh doktor, dia langsung tidak dapat melihat atau mendukung anak yang dilahirkan.

Doktor beritahu punca isteri saya koma adalah disebabkan air ketuban memasuki saluran darah dan kes itu sangat jarang berlaku, saya difahamkan ia selalunya berakhir dengan kematian," katanya yang bertugas sebagai siak masjid kampung itu.

Muhammad Shazuan yang lebih dikenali sebagai Wan, berkata susulan nasib malang menimpa isterinya, beliau tidak dapat keluar bekerja sebagai tukang rumah kerana perlu memberi perhatian kepada anak-anak dan isterinya.

Katanya, saudara mara serta jiran banyak membantu meringankan kerja-kerja menguruskan anak-anak termasuk mereka sudi menjaga Muhammad Zakuan Adha secara bergilir-gilir.

"Kakak kepada isteri saya banyak membantu saya sekeluarga selepas isteri saya koma, selain itu jiran saya yang dikenali sebagai Mak Lang Jah bersama anaknya turut membantu menjaga anak saya.

"Saya masih menumpang tinggal di rumah mentua saya, ibu mentua saya Maimunah Ahmad, 75, tidak dapat berjalan kerana masalah saraf, saya dan isteri yang menjaganya sebelum ini," katanya.

Wan berkata, isterinya perlu minum susu khas yang berharga RM50 untuk satu tin dan menggunakan lampin pakai buang.

Katanya, elaun sebagai siak sebanyak RM700 sebulan, digunakan untuk persekolahan anak-anak dan membeli susu serta lampin pakai buang untuk anak bongsunya.

Manakala katanya, wang untuk membeli tiub, ubat-ubatan, susu dan lampin pakai buang adalah hasil sumbangan saudara mara dan kenalan.

"Pihak hospital ada bekalkan kira-kira 60 tin susu cukup untuk keperluan dua bulan isteri saya, selepas ini saya perlu beli sendiri, setiap hari sebanyak satu tin susu perlu diberikan kepada isteri saya, ini bermakna untuk susu sahaja saya perlu ada RM1500 sebulan belum termasuk lampin pakai buang sebanyak RM200 sebulan.

"Saya juga perlu menyewa ambulans setiap kali isteri saya ada janji temu dengan doktor di hospital, seperti bulan lepas saya perlu bayar sewa ambulan sebanyak RM400 untuk bawa isteri saya ke HSAH, Sungai Petani, tidak lama lagi ke Hospital Sik dan bulan November ke HSAH semula," katanya.

Wan berkata, dia juga terpaksa melupakan hasrat untuk membina rumah baharu mereka ketika ini kerana hilang sumber pendapatan selain perlu menjaga anak-anak dan isteri.

"Doktor kata sekiranya isteri saya mampu sedar kembali, dia mungkin akan hilang ingatan dan tidak mengenali kami, bagaimanapun saya serahkan semuanya kepada Allah, saya hanya mampu berdoa," katanya.

Bagi orang ramai yang ingin membantu Muhammad Shazuan, dia boleh dihubungi menerusi nombor telefon 0193523308 atau menerusi akaun nombor BSN (0211541000051668)

Sumber dari Berita Harian

Rabu, April 13, 2022

Bayi perlu bantuan RM60,000 jalani pembedahan jantung

 


Seorang bayi berusia 52 hari memerlukan bantuan sejumlah RM60,000 bagi menjalani pembedahan jantung berlubang yang dikesan sejak lahir.

Muhammad Umar Alfarizqi Mohd Khairul Anan dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu mengalami masalah jantung berlubang jenis VSD (Vebtricular Spetal Defect) selain saluran injap tersumbat.

Ibunya, Nur Adilah Zainudin, 26, berkata dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan serius kecuali berat badan berlebihan sepanjang anak sulungnya dalam kandungan.

Katanya, hati ibu mana yang tidak sayu sebaik sahaja menjalankan pembedahan bagi proses kelahiran, doktor mengesan Muhammad Umar Alfarizqi mengalami jangkitan kuman paru-paru pada awalnya.

"Ketika lahir doktor mengesan masalah paru-paru dialami Umar (panggilan anak) apabila bacaan oksigennya menurun dan jangkitan kuman.

"Setelah diberikan ubat dan diletakkan di bawah pengawasan Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU) selama beberapa minggu, doktor sahkan jantung anak kami berlubang dan perlukan pembedahan segera," katanya.

Anak sulung kepada pasangan dari Kampung Baru Gong Merawan, Kemaman, Terengganu itu memerlukan pembedahan segera bagi menutup lubang sebesar 9 milimeter (mm) selain memastikan dia tidak mengalami komplikasi ketika bernafas.

Nur Adilah berkata lagi, sehingga kini dia dapat mendukung anaknya hanya sekali sahaja sejak 52 hari melahirkan Umar.

"Sejak Umar dilahirkan, saya hanya dapat mendukungnya sekali sahaja ketika itu dia sudah berusia sebulan.

"Bayangkan ibu lain dapat mendukung anak sejak lahir, tetapi keadaan Umar tidak mengizinkan untuk kami berdua mendukungnya seperti bayi normal lain,"katanya yang seorang suri rumah.

Sementara itu, Mohd Khairul Anan Md Kesah, 29, yang bekerja sebagai mekanik berkata pendapatan RM1,200 tidak mencukupi

untuk membiayai kos pembedahan anaknya namun dia dan isteri tidak berputus asa berusaha terbaik untuk anak mereka yang dinantikan hampir dua tahun.

Katanya, dia dan isteri hanya mengetahui perkembangan daripada pihak hospital mengenai anaknya melalui panggilan telefon atas sebab Prosedur Standard Operasi (SOP) COVID-19 yang tidak membenarkan penjaga atau ibu bapa berada di NICU.

"Kami juga hanya dapat melihat gambar Umar dan mampu berdoa urusan pembedahannya berjalan lancar.

"Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak berada dalam keadaan lemah dan sakit. Saya juga mahu melihat dia (Umar) aktif seperti kanak-kanak lain.

"Semoga ada sinar harapan untuk Umar dapat kembali ke rumahnya sendiri dan berjumpa ahli keluarga lain," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP melalui akaun Maybank 5141-0532-3170 dengan menyatakan nama pesakit.

Bagi sumbangan menggunakan cek ke tabung sama pula, tulis nama pesakit di belakang cek dan hantar ke alamat Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad, Tingkat Empat, Anjung Riong, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

Jumaat, April 01, 2022

Permohonan Peranti Siswa pada April 2022

 



Permohonan bagi Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia khusus bagi pelajar institut pengajian tinggi (IPT) daripada golongan B40 akan dibuka bermula April 2022.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebanyak 400,000 pelajar seluruh negara dijangka mendapat manfaat daripada program itu meliputi pelajar IPT awam dan swasta, kolej komuniti dan kolej di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, termasuk mereka yang baru mendapat tempat di universiti nanti.

Golongan miskin dan B40 yang pendapatan ibu bapanya tidak melebihi RM4,850 sebulan boleh memohon mendapatkan peranti yang boleh mereka gunakan semasa belajar.

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022 sejajar dengan hasrat kerajaan memastikan rakyat terutamanya pelajar IPT mempunyai peranti dan akses Internet pada kos yang berpatutan.

Ia bagi membantu pelajar IPT menjalankan aktiviti pembelajaran dalam talian, melayari Internet untuk tujuan penyelidikan dan penghantaran mesej kepada keluarga dan rakan-rakan.

Annuar berkata, pelaksanaan program itu akan dikawal selia oleh satu unit di bawah kementerian dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), dengan fasa pertama ‘roll-out’ program itu dijangka seawal Jun 2022 ini.

Permohonan kepada mereka yang layak berasaskan satu pangkalan data telah terkumpul dan sekiranya ada data yang tidak lengkap dan nama tercicir maka satu proses rayuan akan dibenarkan.

Kita berharap ia juga akan mendapat kerjasama untuk dibuat pengesahan dan sokongan oleh Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Undangan Negeri, pegawai daerah dan pegawai universiti bagi memastikan tiada yang tercicir untuk mendapat kemudahan ini.

Jelasnya, peranti yang akan diberikan secara percuma itu juga akan dipastikan berkualiti dan setara dengan beberapa ciri khusus termasuklah kapasiti minimum tidak kurang 4RAM selain dibekalkan bersama aksesori lain seperti papan kekunci.

Sementara itu, bercakap pada sidang akhbar selepas sesi penggulungan itu, Annuar berkata, satu unit akan dibangunkan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mengendalikan pangkalan data berkaitan jumlah pelajar yang layak menerima peranti berkenaan.

Beliau turut mencadangkan 10 peratus daripada jumlah PerantiSiswa Keluarga Malaysia itu diagihkan kepada pelajar mengikut kes tertentu.

Sekiranya ada kapasiti dan ada lebihan (peranti), kita akan simpan untuk kes-kes yang tertentu, misalnya pelajar miskin dan pelajar amat miskin tapi tidak termasuk dalam kategori program Ijazah, Diploma dan sebagainya.

Kes lain pelajar lepas ijazah, ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang tidak mampu atau dia pelajar program pensijilan tertentu tapi benar-benar datang daripada keluarga miskin. Selain itu, kategori pelajar yang dia tak miskin tapi terjejas akibat bencana, itu boleh juga dipertimbangkan,” katanya.

Permohonan boleh dibuat di : https://perantisiswa.kkmm.gov.my



Selasa, Januari 25, 2022

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

 

Apakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ?

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diumumkan melalui Bajet 2022 sebentar tadi dan bantuan tunai ini ditambahbaik berbanding bantuan kewangan sebelum ini agar ia merangkumi lebih ramai penerima yang layak.

Berikut adalah jumlah bantuan yang diperuntukkan:

KATEGORI 1

  • Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah
  • Lebih 3 anak
  • Bantuan RM2000

KATEGORI 2

  • Pendapatan Isi rumah RM2500 ke atas sebulan
  • 1-2 anak : Bantuan RM1500
  • Tiada anak: RM1,000

KATEGORI 3

  • Ibu bapa tunggal dengan tanggungan
  • Pendapatan Isi Rumah sehingga RM5000 sebulan
  • Bantuan RM500

KATEGORI 4

  • Bantuan RM300 untuk warga emas
  • Bujang RM350 bagi Pendapatan kurang RM2500
Info Lanjut Permohonan dan Semakan KLIK SINI | Login Permohonan BKM 2022 -> https://bkm.hasil.gov.my

Ahad, Oktober 11, 2020

Bayi jantung berlubang perlukan bantuan

 

Seorang bayi lelaki berusia lima bulan yang mempunyai penyakit jantung berlubang dan masalah paru-paru sejak dilahirkan memerlukan sumbangan bagi menampung kos rawatan susulan.

Muhammad Haziq Nazmi Anorazmi yang juga menghidap sindrom down perlu membuat rawatan susulan di Hospital Pulau Pinang dari semasa ke semasa bagi merawat masalah kesihatannya.

Bapanya, Anorazmi Saad, 37, yang hanya bekerja kampung dan ibunya, Nor Hasliza Hashim, 35, pula seorang suri rumah tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi bagi membiayai kos rawatan anak keempat mereka itu.

Nor Hasliza memberitahu, pendapatan bulanan suaminya yang tidak menentu memberi tekanan kepada mereka untuk berulang-alik membawa anak mereka itu mendapatkan rawatan di Pulau Pinang.

“Kami terpaksa menyediakan pembelanjaan kira-kira RM500 untuk tujuan sewa kereta, minyak, tol dan makan setiap kali membawa bayi kami ke Hospital Pulau Pinang.

“Dengan pendapatan suami yang tidak sampai RM1,000 sebulan, memang kami terpaksa berjimat-cermat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Keda Wang, Padang Sera, Kodiang di sini semalam.

Nor Hasliza berkata, bayinya itu mempunyai temu janji dengan doktor di Hospital Pulau Pinang pada 14 Oktober ini.

Selain itu, tambahnya, Muhammad Haziq Nazmi juga perlu diberikan susu melalui tiub setiap tiga jam mengikut sukatan yang ditetapkan doktor.

“Alhamdullilah, bayi saya itu baru menerima bantuan wang zakat sebanyak RM300 pada bulan lepas dan boleh dibelanjakan untuk membeli keperluan seperti susu,” ujarnya.

Anak sulung pasangan itu, Muhammad Danial Fahmi Hakim, 13, juga seorang kurang upaya masalah pembelajaran dan dua lagi anaknya ialah Muhammad Faiz Hakimi, 7, dan Nur Syazana Nuraini, 3.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga tersebut boleh menghubungi Nor Hasliza di talian 012-4504134 atau menyalurkan sumbangan di akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), 0299541100367877. 

 Sumber : Utusan

Recent Posts