Memaparkan catatan dengan label pengkalan chepa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengkalan chepa. Papar semua catatan

Sabri Yunus dan Pengkalan Chepa



Pelakon dan pengarah Sabri Yunus lahir dan dibesarkan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Beliau berasal dari Kampung Landak, sekarang dikenali sebagai Padang Tembak. Pernah bersekolah sama dengan kakak saya di SMK Pengkalan Chepa semasa Tingkatan 1-3 dari tahun 1974-1976. Tahun 1982 beliau berhijrah ke Kuala Lumpur dan bermulalah kehidupannya sebagai anak seni.
Sabri Yunus banyak terlibat dengan drama, filem dan persembahan sketsa yang berkisar kehidupan orang Kelantan. Itulah kekuatan yang beliau ada.
PENGKALAN CHEPA bermaksud Pengkalan Orang Champa. Orang Kelantan panggil Kale Chepo. Sebuah mukim yang besar dan luas di dalam Jajahan (Daerah) Kota Bharu. Ia sebuah kawasan yang maju dan penuh dengan sejarah. Pantai Sabak di mana Tentera Jepun mula-mula mendarat di Tanah Melayu juga berada dalam Pengkalan Chepa. Di situ ada Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Petra - lapangan terbang yang paling sibuk di Pantai Timur, Kem Tentera sejak zaman sebelum merdeka, Penjara Kelantan, Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Institut Perguruan Guru (IPG), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Kawasan Perindustrian yang terbesar di Kelantan.
Saya pula lahir tahun 1976 dan membesar di Pengkalan Chepa sampai umur 5 tahun (1981). Selepas itu arwah ayah bersara dan kami berhijrah balik ke Terengganu. Pengalaman manis di Pengkalan Chepa, orang Pengkalan Chepa baik-baik orangnya. Samalah juga dengan Sabri Yunus, mungkin sebab itu Angelina Tan jatuh hati dengannya. 😃