Memaparkan catatan dengan label anak menteri pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak menteri pendidikan. Papar semua catatan

Belajar di sekolah kerajaan biasa pun boleh berjaya SPM

 


Saya tertarik untuk kongsikan kisah kejayaan anak Menteri Pendidikan dalam peperiksaan SPM walaupun bersekolah di sekolah kerajaan namun tetap berjaya dengan cemerlang.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, sempat meluangkan masa meraikan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anaknya, Thurayya Fadhilah Mohd Fadzli, di Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Thurayya Fadhilah Mohd Fadzli, 18, yang juga pelajar di sekolah itu meraih keputusan 9A 2B+. Anak sulung dari lima beradik dan amat meminati mata pelajaran Matematik.

Fadhlina berkata, keputusan cemerlang diraih anaknya membuktikan ekosistem di sekolah kerajaan juga baik, ditambah dengan bantuan daripada guru yang terlatih dan cemerlang.

"Alhamdulillah itu sebagai sebahagian kenangan manis pada tahun ini, saya juga ingin memberikan keyakinan kepada ibu bapa dan semua, bahawa anak kita yang bersekolah di aliran perdana sekolah kerajaan juga boleh cipta kejayaan dengan syarat kita bagi sokongan sepenuhnya sebagai ibu bapa."

"Keputusan ini didokong oleh ekosistem yang baik, guru cemerlang dan terlatih yang pastinya sebagai satu saranan kepada ibu bapa untuk meyakini sekolah kerajaan," katanya.

Pada masa sama, Fadhlina yang menyifatkan keputusan SPM 2022 adalah lambang anak, baik, cerdik (ABC) berikutan ia merekodkan peningkatan sangat memberangsangkan dan luar biasa khususnya dalam mata pelajaran Sejarah, berbanding tahun sebelumnya.