Selasa, April 16, 2024

Kitab mengenai berkongsi makanan


Abu Hurairah  meriwayatkan bahawa Rasulullah  bersabda, “Makanan untuk dua orang mencukupi untuk tiga orang, dan makanan untuk tiga orang mencukupi untuk empat orang.” (Bukhari dan Muslim)

وَعَنْهُ قَالَ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " «طَعَامُ الِاثْنَيْنِ كَافِي الثَّلَاثَةِ، وَطَعَامُ الثَّلَاثَةِ كَافِي الْأَرْبَعَةِ» ". مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.

Status:Sahih Bukhari dan Muslim
Syarh al-Hadith:


Ini adalah dorongan daripadanya, sallallahu alaihi wasallam, untuk berbuat ihsan, bermakna jika kamu membawa makanan yang kamu rasa mencukupi untukmu, dan datang seorang lelaki lain, janganlah kedekut. Janganlah kedekut padanya dan berkata: "Ini makanan saya sendiri," sebaliknya, berikanlah kepadanya sehingga mencukupi untuk kedua-duanya.

Juga, jika dua orang datang dengan makanan mereka, kemudian datang dua orang lagi, janganlah kedua-duanya kedekut dan berkata: "Ini makanan kami," sebaliknya, berilah kepada kedua-duanya; kerana makanan mereka mencukupi untuk kedua-dua pasangan, dan begitu juga empat orang bersama lapan orang.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menyebutkan ini supaya manusia memberi keutamaan dengan kelebihan makanannya kepada saudaranya.


Juga, hadis Abu Sa'id tentang kisah seorang lelaki yang datang kepada Nabi sallallahu alaihi wasallam dengan unta, kemudian dia memandang ke kanan dan kiri, seolah-olah Nabi sallallahu alaihi wasallam memahami bahawa lelaki itu memerlukan, maka beliau sallallahu alaihi wasallam berkata:

((من كان له فضلُ ظَهرٍ، فليعُدْ به على من لا ظهر له، ومن كان له فضل زاد، فليعُد به على من لا زاد له)).

Ertinya: "Barangsiapa memiliki kelebihan belakang unta yang kosong, hendaklah dia mengembalikan kebaikan itu kepada orang yang tidak mempunyai kenderaan, dan barangsiapa memiliki kelebihan bekal makanan, hendaklah dia mengembalikan kebaikan itu kepada orang yang tidak mempunyai bekal makanan."

Dan Al-Muhallab berkata,

لمراد بهذه الأحاديث الحض على المكارم والتقنع بالكفاية ، يعني وليس المراد الحصر في مقدار الكفاية ، وإنما المراد المواساة وأنه ينبغي للاثنين إدخال ثالث لطعامهما وإدخال رابع أيضا بحسب من يحضر

Ertinya : Apa yang dimaksudkan dengan hadis-hadis ini adalah untuk mendorong kebaikan dan rasa kecukupan dengan dengan yang jumlah yang sekadarnya. Bukanlah maksudnya untuk menetapkan jumlah yang mencukupi, tetapi apa yang dimaksudkan adalah untuk saling memberi sokongan dan belas ihsan (kepada yang kurang makanan khususnya), dan sepatutnya bagi dua orang untuk memasukkan orang ketiga untuk makan bersama mereka, dan juga bagi orang yang keempat mengikut jumlah yang hadir.


Ibn hajar berkata 

أن الكفاية تنشأ عن بركة الاجتماع ، وأن الجمع كلما كثر ازدادت البركة

Ertinya : Bahawa kecukupan diri datangnya dari keberkatan berkumpul bersama, dan semakin ramai berkumpul, semakin bertambah berkatnya.


PENGAJARAN HADIS 

1. Menggalakkan berkumpul untuk makan bersama, dan seseorang tidak sepatutnya makan sendirian. Justeru, amat digalakan berkongsi makanan (ketika tiada masalah penyakit berjangkit). Di zaman ini seperti berkongsi hidangan yang mana boleh setiap seorang menceduk dan mengambil sedikit berbanding membeli secara berasingan tanpa dapat dikongsi.
2. Berkat akan bertambah dengan banyaknya dan berkumpul untuk makan bersama.
3. Mendorong kebaikan dan kepuasan dengan mencukupkan diri dengan yang secukupnya.
4. Menggalakkan memberi makan, walaupun sedikit.
5. Mengelakkan tamak dan pembaziran dalam makanan dan makan lebih dari keperluan.  
6. Islam adalah sebuah agama yang mementingkan hal kemasyarakatan dan mengalakkan interaksi di antara satu sama lain dan sokong menyokong dan membantu.

Rujukan
:Mishkat Al-Masabih
Halaman
:Halaman 16, Hadith 4177

 

MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)

This is a short biography of the post author. Maecenas nec odio et ante tincidunt tempus donec vitae sapien ut libero venenatis faucibus nullam quis ante maecenas nec odio et ante tincidunt tempus donec.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.