Hampir 3,000 Rakyat Marang Meriahkan Jamuan Teh Sultan Mizan

Mei 02, 2024

 



Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat sempena Hari Keputeraan baginda, di Perkarangan Pasar Binjai Rendah, Marang pada 2 Mei 2024.

Sultan Mizan yang diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, tiba tepat jam 3 petang.
Turut berangkat mengiringi baginda berdua, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu serta Yang Amat Mulia Paduka anakanda-anakanda Sultan Terengganu; Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja, dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja. 

Turut hadir mengiringi baginda ialah Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman serta Ahli Dewan Pangkuan Diraja Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail dan isteri Toh Puan Azizah Aziz.

Keberangkatan baginda disambut dengan suasana meriah selain diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan.

Sementara itu, Norzila Ismail, 45, dari Kampung Binjai Rendah yang pertama kali hadir ke majlis berkenaan, berasa teruja melihat sambutan rakyat terhadap baginda. 


Dia yang turut ditemani suami, Mohd Azmi Mat Hassan, 54, turun seawal jam 1 tengah hari menyifatkan hari tersebut akan menjadi kenangan terindah buat mereka dan rakyat Marang.

Menjunjung kasih Tuanku Sultan Mizan kerana menjemput kami, rakyat ke majlis ini. 

"Sesunguhnya patik amat bertuah kerana dapat melihat Tuanku secara dekat sebab selama ini hanya menyaksikan Tuanku dan Sultanah di televisyen dan media cetak.

"Sesungguhnya baginda  adalah seorang Sultan yang amat dekat di hati rakyat dan semoga Tuanku Sultan dipanjangkan umur serta sentiasa dikurniakan kesihatan baik," katanya.

Sumber : TRDI.my


You Might Also Like

0 Comments

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.