Ibu bapa perlu bantu anak capai kecemerlangan

 

Persekitaran masalah pembelajaran malah mungkin harapan ibu bapa yang tinggi kepada anak-anak sebenarnya mampu memberi tekanan perasaan kepada anak-anak.

Hal ini akan lebih mengganggu jika membabitkan murid sekolah rendah yang belum mampu mengendalikan emosi malah ada kala tidak pun berpeluang untuk menyuarakan pandangan.

Dalam mengejar kecemerlangan akademik anak, seharusnya ibu bapa bersikap wajar dan sama-sama membantu mereka.

Bagi Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga dan Organisasi, Dr Azuraida Shahadan, berkata murid dalam lingkungan usia itu seharusnya dibantu bagi mengawal dan mengatasi masalah dihadapi.

"Bagi murid sekolah rendah, kita boleh mengesan masalah tekanan yang dihadapi apabila mula kurang bermotivasi belajar. "Selain itu mereka seakan-akan putus harapan dan hilang semangat.

"Ada banyak faktor yang boleh menyebabkannya dan tentu saja masalah pelajaran adalah satu daripadanya," katanya.

Tegas Azuraida, keadaan semasa hari ini juga boleh membantu masalah tekanan murid. Kaedah pembelajaran dalam talian, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan risiko keselamatan dari sudut pencegahan jangkitan COVID-19 juga boleh menjadi punca tekanan.

Katanya, keadaan negatif ini jika tidak dikawal boleh menyebabkan masalah mental yang mencetuskan masalah kemurungan dan memberontak. Dalam membantu murid belajar katanya, mereka perlu dibimbing bermula dengan mengenalpasti gaya belajar mereka sama ada audio, visual atau kinestatik.

Kaedah begini tambah Azuraida adalah sebahagian program terapi minda iaitu, cara untuk mengawal dan mengatasi tekanan perasaan. Hal ini ada hubung kaitnya dengan minda itu sendiri.

"Gaya belajar audio biasanya, murid gemar sesi pembelajaran dan membuat ulangkaji dengan mendengar semula rakaman berkenaan.

"Kalau gaya visual, murid biasanya lebih mudah menguasai topik dengan membuat peta minda, lakaran dan gambaran apa dipelajari mereka.

"Kinestatik, murid perlu mengelakkan pembelajaran menghadap dinding dan sentiasa mengambil masa untuk berehat," katanya.

Tegas beliau, dalam menjayakan terapi minda ini perlu sokongan ibu bapa disebabkan dalam lingkungan usia meningkat remaja, anak memerlukan mentor dan seseorang dipercayai yang boleh menjadi pendengar luahan mereka.

"Ibu bapa boleh menggunakan formula ABCDE dalam membantu anak melakukan Terapi Minda, iaitu Awasi, Bantu, Cakap, Dengar dan Elak Menilai.

"Bagi menjayakan formula ini, ibu bapa perlu sentiasa; A iaitu awasi perubahan tingkah laku, percakapan dan emosi anak; bantu anak untuk faham bahawa mereka kena terima suatu perkara tersebut sebagai takdir; selain cakap dengan anak apa keputusan terbaik boleh diambil mereka demi kebaikan masa depan.

"Pastikan kita sebagai ibu bapa, dengar penjelasan anak dan E iaitu elak menilai sehingga mereka habis berbicara serta letakkan diri di tempat mereka," katanya.

Katanya, ibu bapa perlu mengakhiri perbualan dengan sebuah senyuman, dakapan dan terapkan di minda anak supaya mereka percaya diri boleh berjaya.

Namun, hal yang penting juga murid perlu menetapkan di fikiran untuk sentiasa positif serta yakin kehebatan diri.

Dipetik dari Berita Harian

 

Nescafe tawar RM1.5j dalam peraduan sempena Ramadan

 

Sempena bulan Ramadan dan juga sambutan pesta menuai Gawai Kaamatan di Sabah dan Sarawak, Nestle menawarkan hadiah lumayan berjumlah RM1.5 juta kepada pengguna khususnya buat pengemar produk Nescafe.

Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Minuman, Othman Chraibi berkata, melalui Peraduan Jom Beli & Raikan Bersama-sama yang sedang berlangsung dari 1 April lalu hingga 31 Mei ini, syarikat menawarkan hadiah utama berupa 10 unit Proton X50.

Hadiah lain adalah motosikal Honda Wave, hadiah sagu hati berupa baucar tunai RM500 dan hadiah cabutan khas dwi-mingguan berupa peralatan rumah Samsung bernilai RM2,000 setiap satu.

Menurut beliau, untuk menyertai peraduan tersebut, pe­langgan perlu membeli produk terpilih Nescafe bernilai RM15 dalam satu resit dan menghantar penyertaan mereka menerusi WhatsApp.

“Dengan hadiah menarik untuk dimenangi setiap ­minggu, lebih daripada 700 rakyat berpeluang untuk muncul sebagai pemenang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Menurut Othman, Peraduan Jom Beli & Raikan Bersama-sama, telah diilhamkan melalui tema berkongsi rezeki dan mengeratkan hubungan de­ngan insan tersa­yang sempena musim pe­rayaan kali ini.

Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

 

Jawatan : Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

  • Kumpulan:Pelaksana
  • Kem/Jab:Jabatan Perkhidmatan Awam/ Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    RM1,493.00 RM5,672.00 RM145.00
  • Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
      2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
      3. diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu tadbir (Perkeranian/ Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu tadbir (kewangan), Pemeriksa Cap jari dan pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
  • Deskripsi Tugas :
    Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

 

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

 

Tahniah kerana anda terpilih menduduki peperiksaan online PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 pada 14-22 April 2021.

Jika ingin mendapatkan Nota dan Contoh Soalan Exam Penolong Pegawai Tadbir N29, sila ke: https://go.semakan.info/pptn29/28

Format Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Format peperiksaan akan melibatkan 2 seksyen berasingan iaitu:-

  • Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah9
  • Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris

Seksyen A Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B akan melibatkan pengiraan dan penyelesaian masalah matematik. Anda dinilai berdasarkan 3 kemahiran iaitu logik, interpretasi data dan konsep matematik.

Dalam seksyen ini, setiap soalan memiliki tahap kesukaran berbeza-beza. Ada soalan mudah dan boleh dijawab dengan pantas. Ada yang perlukan masa berfikir.

Kebanyakan calon mengeluh tidak cukup masa bila berhadapan seksyen ini. Namun, itulah penilaiannya. Anda perlu menjawab soalan dengan cepat dan tepat.

Kita lihat pecahan soalan berdasarkan 3 kemahiran matematik yang mesti dikuasai sebelum menduduki peperiksaan.

(i) Kemahiran Logik

Anda perlu menggunakan kepintaran dalam memerhati dan berfikir untuk menjawab soalan bahagian ini.

Soalan biasanya mengandungi gambarajah atau penyelesaian masalah. Aplikasikan maklumat yang diberi dalam soalan dan pilih jawapan yang tepat.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Anda akan diberikan data seperti graf atau jadual, kemudian soalan akan memerlukan analisis untuk mendapat jawapan. Anda perlu mengira, mencongak dan membuat unjuran data yang diberi.

(iii) Konsep Matematik

Soalan-soalan di bahagian ini lebih kepada asas matematik dan logik yang mencakupi silibus PMR/PT3 sehingga SPM. Anda perlu fahami beberapa konsep dan juga istilah matematik seperti pecahan, peratus, jarak dan masa, pertukaran unit dan banyak lagi.

Seksyen B Kefahaman Bahasa Inggeris

Kefahaman dalam Bahasa Inggeris akan diuji dalam seksyen ini. Anda akan diuji dalam pecahan berikut:

  • Pengertian dan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris
  • Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris

Anda akan diberikan sebuah petikan esei Bahasa Inggeris, soalan kefahaman beserta pilihan jawapan. Petikan mungkin pendek atau panjang dan bilangan soalan antara 5-10 soalan untuk menguji kefahaman anda tentang petikan tersebut.

Anda juga akan diuji penggunaan tatabahasa seperti Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan lain-lain.
 
Untuk mudahkan anda membuat ulangkaji peperiksaan dengan pantas menggunakan sumber rujukan lengkap, pihak Infokerjaya akan mengeluarkan sebuah rujukan khas untuk peperiksaan ini.

Rujukan Khas Penolong Pegawai Tadbir N29 ini dapat menjimatkan masa ulangkaji, berorientasi latihan dan pengukuhan serta membantu anda untuk menguasai soalan dalam exam online.

Dapatkan di: https://go.semakan.info/pptn29/28

 

 

TV Satelit Sirius TV Setahun Percuma

 

Satu lagi cubaan untuk memasuki pasaran TV Satelit akan dilancarkan tidak lama lagi. Perancangan asal sejak dari 2019 lagi tapi tertangguh sehingga tahun ini. Adakah Sirius TV akan berjaya menjadi pesaing Astro? kita tunggu dan lihat. 
 
Sebelum ini MEGATV (anak syarikat TV3) dan ABN Broadcast Network pernah cuba memasuki pasaran TV berbayar namun akhirnya gagal di permulaan operasi. Ditutup kerana kos operasi yang tinggi dan konten (saluran) yang kurang menarik.
 
Untuk Sirius TV, set dekoder dan piring ini ditawarkan pada harga RM299 siap pasang. Untuk pakej basic, saluran percuma selama setahun. Selepas setahun, bayaran bulanan RM20. Cuma yang agak pelik, pelanggan kena bayar dahulu semasa pendaftaran dan bukannya selepas pemasangan. Risikonya, jika syarikat tutup operasi macam MEGATV dan ABN, mungkin duit susah nak dapat balik.
 
Sirius TV menggunakan Satelit SES. Untuk info, lawati laman web : https://siriusmalaysia.tv/
* Ini bukan promo, sekadar share info mengenai Sirius TV.

Temujanji Buka Akaun Bank Islam tanpa perlu ke cawangan

 

Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) terus melaksanakan proses transformasi digital bagi menaik taraf serta mempertingkatkan mutu dan operasi perbankannya dengan memperkenalkan saluran pendaftaran lengkap mudah alih.

Saluran pendaftaran lengkap mudah alih (MOB) ini memberikan perkhidmatan perbankan seperti pembukaan akaun dan pengeluaran kad debit serta-merta, tanpa perlu ke cawangan untuk proses pengesahan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed, berkata kumpulan mencapai satu lagi kejayaan dalam pendigitalan dan menjadi bank pertama di Malaysia yang menggunakan sistem MOB.

Beliau berkata, perkhidmatan perbankan depan pintu (door-step banking) baharu melalui MOB akan mempercepat lagi proses pembukaan akaun sedia ada dan membolehkan pengeluaran nombor akaun serta kad debit dibuat dengan serta-merta.

Katanya, perkhidmatan baharu ini tidak lagi memerlukan pelanggan mengunjungi cawangan bank bagi proses pengesahan.

"Kemudahan digital baharu Bank Islam ini memberikan kemudahan dan fleksibiliti kepada pelanggan di samping memberikan pengalaman perbankan yang mudah, selamat dan cekap, dengan mengambil kira situasi pandemik COVID-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Sebagai sebuah bank yang menekankan inovasi dan keselesaan, kami berhasrat untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan memastikan produk serta perkhidmatan Bank Islam seiring dengan ikutan dan keperluan semasa.

"Pelancaran MOB ini tepat pada masanya kerana situasi yang dialami ketika ini disebabkan COVID-19 membantu meningkatkan keperluan beralih ke perkhidmatan perbankan inovatif yang cekap dan selamat," katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Muazzam berkata, Bank Islam sebelum ini memperkenalkan platform Pembukaan Akaun Maya (VAO) yang membolehkan pelanggan mengisi maklumat secara dalam talian, tetapi masih memerlukan proses pengesahan diselesaikan di cawangan.

Beliau berkata, dengan menggunakan MOB, ia hanya akan mengambil masa enam minit termasuk penyediaan kad debit dan tiada sebarang caj dikenakan.

Perkhidmatan hanya dengan janji temu itu katanya tersedia di seluruh negara dari 9 pagi hingga 10 malam setiap hari, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

"Bagi membuat janji temu, perlu mengisi borang secara atas talian di https://vao.bankislam.com.my/sales/ dan kami akan menghubungi pelanggan untuk mengesahkan permohonan.

"Pelanggan hanya perlu menyediakan MyKad dan dokumen sokongan lain yang berkaitan semasa janji temu," katanya.

 

 

Masih ramai peniaga belum daftar bantuan GKP

 

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mikro perlu mengambil peluang yang disediakan kerajaan seperti Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) untuk membantu meningkatkan kembali perniagaan pasca pandemik COVID-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata masih ramai peniaga mikro dan PKS belum mendaftar mendapatkan bantuan khas GKP walaupun ia sudah dimulakan sejak tahun lalu dan kini memasuki siri ketiga.

"Ketika lawatan turun padang Kementerian Kewangan (MOF) baru-baru ini, ramai yang mengunjungi kaunter sementara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai GKP 3.0.

"Saya ingin maklumkan, permohonan GKP 3.0 masih dibuka sehingga 15 April 2021. Mereka yang belum mendaftar bolehlah berbuat demikian segera," katanya.

Beliau berkata demikian dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-48, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, selain GKP 3.0, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut mengumumkan bahawa nilai ambang keterhutangan bagi syarikat yang dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM50,000, akan diteruskan berkuat kuasa 1 April lalu.

Beliau berkata, ini juga adalah berita gembira untuk peniaga seiring dengan inisiatif kesembilan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) untuk mengurangkan beban syarikat dan memperkasa koperasi.

Inisiatif ini, katanya, adalah susulan keadaan ekonomi global dan dalam negara yang mungkin mengambil masa lebih lama untuk pulih akibat pandemik COVID-19.

"Sebelum ini, inisiatif ini adalah langkah sementara bermula dari 23 April 2020 sehingga 31 Mac 2021 bagi memberikan perlindungan kepada syarikat dengan nilai ambang keterhutangan yang lebih tinggi daripada nilai sedia ada iaitu RM10,000 agar risiko syarikat dikenakan tindakan penggulungan dapat dikurangkan.

"Kesan pelaksanaan inisiatif itu menyaksikan hanya 665 petisyen penggulungan diserah simpan ke SSM bagi tempoh April hingga Disember lalu berbanding 1,760 pada 2019 dan 1,533 tahun sebelumnya," katanya.

Tengku Zafrul berkata, peningkatan nilai ambang keterhutangan syarikat dijangka akan terus dapat mengurangkan jumlah petisyen penggulungan.

Beliau berkata, syarikat juga mampu meneruskan urusan perniagaan dengan yakin serta masih mematuhi undang-undang berdasarkan pelepasan kekal nilai amaun keterhutangan yang diberikan.

Sumber : BH

 

Jualan basikal terpakai popular di Carousell

 

Lebih daripada 2,000 transaksi jualan basikal di Malaysia dicatat di platform dalam talian, Carousell, sejak bulan November lalu dengan 76.04 peratus transaksi melibatkan basikal terpakai.

Menurut Pengurus Negara, Carousell Malaysia, Tang Siew Wai, jenis basikal paling popular ialah basikal jalanan, diikuti basikal lasak manakala jenama dari Amerika, iaitu Specialized adalah jenama paling popular.

“Dengan trend permintaan yang tinggi, harga basikal terpakai di Carousell juga menjadi kompetitif.

“Contohnya, harga jualan bagi model basikal jalan Giant TCR Advanced 1 Disc KOM tahun ini adalah RM13,499, tetapi ia boleh didapati di Carousell pada harga RM9,998,” katanya dalam ­kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Peingkatan trend ini meletakkan Malaysia sebagai pasaran kedua teratas di platform Carousell.

Trend masyarakat terhadap basikal juga berterusan meningkat sehingga dua bulan pertama tahun ini.

Letusan peningkatan pembelian basikal bermula ketika Covid-19 melanda dan fenomena tersebut telah menyaksikan hampir 18,000 basikal dijual di Malaysia sepanjang tahun 2020.

Ketika pandemik merebak ke seluruh dunia permintaan terhadap peralatan kecergasan itu turut bertambah pada bulan Mac lalu sebelum mencapai ke paras puncaknya pada Ogos 2020.

“Permintaan terhadap basikal menjadi satu trend baharu di rantau ini yang mana purata transaksi bulanan meningkat sekitar 44 peratus pada separuh tahun kedua 2020 berbanding separuh tahun pertama, dengan purata lebih 6,000 basikal dijual setiap bulan.

 

Hanya orang berusia guna emoji ibu jari bagus – Kajian

 

 

Satu kajian penggunaan emoji dalam kalangan pengguna telefon bimbit mendapati pengguna yang masih menggunakan emoji ibu jari bagus menandakan mereka sudah berusia dan ketinggalan, lapor akhbar Daily Mail di London..

Dalam satu undian yang dijalankan firma pengumpulan data Britain, Perspectus Global, 24 peratus daripada 2,000 golongan belia berusia antara 16 hingga 29 tahun berpendapat emoji isyarat bagus menandakan penggunanya sudah berusia dan kuno.

Antara emoji lain yang dikatakan hanya digunakan golongan itu termasuk emoji hati merah, simbol tangan OK dan juga emoji ekspresi wajah jijik.

Kajian itu juga menunjukkan secara purata, warga Britain menghantar 76 emoji seminggu yang bersamaan dengan 3,952 emoji setahun.

“Mereka yang masih menggunakan emoji tanda bagus ke atas dalam teks pesanan ringkas secara rasminya dilabel ketinggalan memandangkan ia dipilih sebagai emoji paling tidak menarik oleh golongan belia.

“Simbol hati merah, simbol OK dan juga emoji wajah menangis juga merupakan emoji lapuk yang tidak digunakan oleh golongan muda,” ujar jurucakap Perspectus Global.

Emoji paling popular bagi semua golongan pula ialah emoji ketawa dengan titisan air mata.

Emoji lain yang juga popular dalam kalangan golongan belia ialah simbol wajah ‘zany’ atau wajah lucu dan juga emoji senyum dengan simbol hati pada mata.

Kajian itu juga menunjukkan emoji sebagai medium penting dalam berkomunikasi kerana ia membawa seribu satu makna dan penggunaan beberapa emoji dalam satu teks pesanan ringkas juga menjadikan maklumat yang ingin disampaikan itu lebih jelas.

Saintis percaya ada planet asing dalam Bumi

 

Saintis-saintis di Amerika Syarikat percaya serpihan planet asing dinamakan Theia terkubur di dalam perut Bumi selepas dua planet tersebut berlanggar 4.5 bilion tahun lalu, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Sebilangan saintis berpendapat impak sama di angkasa lepas telah membentuk Bulan. Bagaimanapun, mereka kini mengkaji serpihan akibat pelanggaran itu yang dipercayai tertanam di dalam kerak Bumi.

Pakar geologi Universiti Negeri Arizona, Qian Yuan berpendapat, tompok-tompok padat di dalam perut Bumi yang dianggap misteri merupakan serpihan Planet Theia yang masih terpasak kukuh di dalam bumi.

“Mantel planet Theia mungkin beberapa peratus lebih padat daripada mantel Bumi.

“Keadaan itu mengakibatkan ia tenggelam ke lapisan paling bawah Bumi dan terkumpul di dalam timbunan termokimia,” katanya pada Persidangan Sains Planet dan Bulan yang diadakan secara maya baru-baru ini.

Mantel merujuk kepada lapisan di antara kerak dan teras luaran Bumi

Timbunan termokimia itu boleh menyebabkan seismik iaitu aktiviti batuan bawah tanah yang menyebabkan kejadian seperti gempa dan letusan gunung berapi di kawasan tompokan tersebut.

Saintis-saintis juga mengenal pasti kawasan spesifik di dalam di mana serpihan Theia tersimpan.

Teori pertembungan Planet Theia dan Bumi dikenali sebagai hipotesis impak gergasi.

Menurutnya, Theia telah berlanggar dengan Bumi sekitar 4.5 bilion tahun lalu dan sebilangan saintis berpegang kepada teori tersebut kerana ia dapat menjelaskan kewujudan Bulan dan mengapa teras planet kita lebih besar berbanding saiz Bumi sendiri.

Saintis turut percaya material Theia yang padat dapat bertahan selama berbilion -bilion tahun. 

Sumber : Agensi

Astro tawar kesemua 51 perlawanan langsung Euro 2020 dalam 4K UHD

 

Selepas ditangguhkan selama setahun, kejohanan bola sepak UEFA Euro 2020 bakal membuka tirai secara rasminya pada Jun ini.

Astro selaku penyiar rasmi temasya bola sepak tersebut akan membawakan kesemua 51 perlawanan secara langsung dalam 4K Ultra High-Definition (UHD) menerusi saluran 871 dan 872.
 
Pengarah Komersial Astro, Azlin Arshad berkata pelanggan Pek Sukan akan mendapat akses percuma dan pek berkenaan juga akan dinaik taraf ke Ultra Box.
 
Azlin berkata Astro juga akan menganjurkan aktiviti menonton bersama pelanggan di restoran dan rangkaian hotel yang merupakan rakan-rakan perniagaannya bagi menggalakkan tontonan secara sah.
 
"Kami ingin memastikan bahawa kami menyokong inisiatif di luar. Ia bukan hanya mengenai industri makanan dan minuman dan permainan bola sepak yang cuba menarik pelanggan. Ini juga bagi memastikan bagaimana kami dapat menolong mereka meringankan beban pemasaran.
 
"Jadi kami bercakap mengenai cagaran pemasaran yang kami sediakan seperti menyediakan papan tanda dan lampu supaya kami betul-betul membantu perniagaan itu. Usaha ini bagi memberitahu orang ramai bahawa mereka boleh mendapatkan siaran UEFA Euro 2020.
 
"Oleh itu, kami sangat komited untuk memastikan bahawa mesej itu tersebar dan usaha kami dalam menyokong industri makanan dan minuman serta sektor swasta dan perhotelan," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen bola sepak berkenaan di Sunway Pyramid.
 
Turut hadir pada majlis pelancaran kempen tersebut ialah Ketua Bahagian Sukan Astro, CK Lee dan Pengarah NJOI dan OTT, Mazhairul Jamaludin.
 
Sementara itu, Choong Kay berkata selain perlawanan langsung, Astro juga akan membawakan pelbagai kandungan sampingan sempena kejohanan bola sepak itu.
 
"Dengan pandemik yang berlaku sekarang, tentunya, kami melakukan segala-galanya secara maya.
"Disebabkan wabak ini, kami mendapat akses yang lebih mudah kepada pakar hebat yang sangat bernas yang dapat menyokong program untuk sepanjang musim UEFA Euro ini.
 
"Oleh itu, bukan sahaja perlawanan secara langsung, kami juga menawarkan segalanya buat anda. Kami mempunyai analisis, sorotan, kami mempunyai segalanya," katanya. 
 
Euro 2020 akan membuka tirainya secara rasmi pada 12 Jun ini dengan perlawanan pembukaan antara Turki dan Itali pada jam 3 pagi waktu Malaysia.