Tawaran e-kredit tunai sebanyak RM100 sekali bayar buat rakyat Malaysia dengan pendapatan kurang RM100,000 setahun, boleh ditebus mulai Isnin ini, 4 Disember 2023.
E-kredit itu akan memberi manfaat kepada 10 juta individu berumur 21 tahun ke atas dengan nilai kos RM1 bilion.
Pendaftaran dan tuntutan kredit eMadani akan dibuka mulai Isnin 4 Disember hingga 20 Februari 2024 membabitkan empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna.