Contoh Soalan Exam Penolong Pegawai Tadbir N29 Terengganu



Kepada calon yang dipanggil ke exam PENOLONG PEGAWAI TADBIR TERENGGANU N29 pada 5 MEI 2019, dapatkan pakej rujukan Infokerjaya ini : http://jvsecurepay.com/affiliates/ppt/28




Gejala Hidung Berdarah

 



Hidung berdarah dalam kalangan kanak-kanak berlaku secara tiba-tiba membimbangkan. Lazim menganggap mungkin disebabkan kecederaan dalaman yang teruk atau menghidap penyakit kronik.

Kekerapan hidung berdarah adalah normal dan biasanya disebabkan trauma luka pada bahagian dalam hidung sensitif, memandangkan tempat itu menjadi pusat pembentukan salur darah.

Pakar Pediatrik Hospital Pakar Avisena, Dr Roliza Ibrahim, berkata situasi ini disebabkan tabiat kanak-kanak yang gemar mengorek hidung.

Ini menyebabkan kecederaan pada salur darah dan lapisan mukosa hidung.

“Hidung terhantuk juga boleh menyebabkan perdarahan, disebabkan luka dan sangat jarang berlaku seperti patah batang hidung,” katanya.

Jika kanak-kanak menghembus hidung terlalu kuat atau termasuk benda asing juga boleh menyebabkan kecederaan pada salur darah pada bahagian berkenaan.

Bagi kanak-kanak mengalami alahan dan tidak boleh berada dalam keadaan terlalu sejuk, tabiat suka memicit atau menggosok hidung menyebabkan lapisan mukosa atau salur hidung mengalami kesan luka.

“Apabila cuaca sejuk, hidung menjadi jadi kering dan cepat terluka. Hidung yang selalu berair juga senang berdarah. Ini berlaku apabila rembesan hidung kering, menjadi tahi hidung, kemudian mengeras, luka dan seterusnya menyebabkan pendarahan,” katanya.

Dr Roliza berkata, ada kejadian darah tidak keluar daripada hidung tetapi menerusi tekak dan mulut, namun jangan khuatir kerana ini adalah gejala sama berlaku pada hidung terluka.

“Darah dari hidung mungkin ditelan dan menyebabkan mereka muntah keluar darah. Kesan luka dari salur darah mengalir ke belakang dan memasuki salur tekak,” katanya.

Walaupun hidung berdarah, status kebanyakan kanak-kanak ini adalah normal, namun begitu, perdarahan hidung boleh menjadi petanda masalah lain walaupun sangat jarang berlaku.

Antara faktor lain adalah dinding tengah hidung serget dan tidak normal, ketumbuhan dalam hidung seperti polip atau penyakit lain yang mungkin menyebabkan masalah perdarahan sebagai antara komplikasinya.

“Misalnya, kanak-kanak yang mengalami masalah pembekuan darah seperti penyakit buah pinggang kronik, hemophilia (penyakit disebabkan faktor pembekuan darah tidak normal) dan thrombocytopenia ( ini adalah bilangan platelet rendah yang disebabkan penyakit tertentu).

Dr Roliza berkata, ada beberapa teknik kecemasan boleh dilakukan ibu bapa jika anak mengalami pendarahan hidung.

“Kanak kanak perlu duduk tegak dan kepala ditundukkan selain badan membongkok sedikit ke hadapan. Arahkan kanak-kanak bernafas dengan mulut, picit hidung selama lima hingga 10 minit.

“Jika perdarahan masih belum berhenti, picit hidung lagi untuk lima hingga 10 minit.

“Letak kiub ais pada batang hidung kerana suhu sejuk mengecutkan salur darah dan ini menghentikan perdarahan,” katanya.

Sekiranya hidung masih berdarah selepas 30 minit, ibu bapa perlu bawa anak ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan ujian untuk memastikan tiada penyakit atau masalah lain.

Beliau berkata, bagi kanak kanak yang mengalami alahan, ubat mungkin diperlukan untuk memastikan hidung bebas dari hingus dan rembesan hidung.

“Anak boleh menggunakan semburan air garam, bertujuan memastikan hidung sentiasa bersih, elakkan mengorek hidung, ubah tabiat suka menghembus hidung terlalu kuat.

“Mereka perlu mengelak terkena bahan kimia seperti cecair pencuci tandas, kesan bau yang kuat bahan kimia tadi juga boleh menyebabkan berlaku pendarahan pada hidung,” katanya.

Sumber dari Berita Harian

 

 

 

 

Saksikan MYTV Myfreeview Secara Percuma



Saksikan TV DIGITAL MYFREEVIEW Secara Percuma

- Nikmati Siaran TV Digital yang jelas
- Tiada gangguan hujan
- Tidak perlu internet
- Tanpa bayaran bulanan
- Tanpa kontrak

* Siaran Digital Berdefinisi Tinggi (SD/HD)
Saluran TV :

TV1, TV2, TV3 (HD), NTV7, TV8, TV9, AL-HIJRAH (HD), TV Okey, BernamaTV, Channel W, RTM NEWS (HD) dan RTM SPORT (HD)

Radio : Ai FM, Nas FM, Traxx FM, Minnal FM.
Harga dekoder hanya RM90 sahaja

Whatsapp : 013 979 0000
👉 wasap.my/60139790000/mytv

 

 

Buka Akaun Semasa Perniagaan CIMB Percuma BizChannel



Hari ini buka Akaun Semasa Perniagaan untuk ADHA ZAIN NETWORK di CIMB Bank. Buka akaun perniagaan di CIMB sekarang lebih mudah dan cepat. Hanya perlu isi borang secara online dan pergi ke bank untuk sahkan dokumen. Tak perlu introducer dan tunggu 3-4 hari seperti Maybank. Tapi dalam kes saya, permohonan online keluar error dan terpaksa isi borang secara manual. Kebetulan pegawai bank yang uruskan akaun semasa ni follower blog saya. Dia hanya ambil masa 20 minit untuk buka akaun baru termasuk siapkan dengan kad. CIMB sudah permudahkan pembukaan akaun, cepat-cepat buka akaun semasa untuk perniagaan anda. www.cimbislamic.com.my/onlinebcai

BizChannel

Jika anda buka Business Current Account dengan CIMB, anda akan dapat pakej BizChannel iaitu sistem Internet Banking untuk perniagaan / syarikat secara percuma tanpa caj bulanan. Dengan BizChannel ini anda boleh bayar gaji pekerja terus ke akaun pekerja secara bulanan, buat caruman KWSP, PERKESO, demand draf, pindahan wang, dan sebagainya tanpa perlu ke kaunter bank. Berbisnes kini lebih mudah dan cepat.

 

 

Buka Akaun Semasa Perniagaan Maybank




Alhamdulillah, berjaya membuka Akaun Semasa Perniagaan di Maybank Islamic (MIB) Kuala Terengganu di Jalan Air Jernih setelah mendaftar entiti baru di SSM pada minggu lepas. Membuka Akaun Semasa Perniagaan di Maybank sedikit cerewet berbanding bank-bank lain. Namun kesusahan itu berbaloi kerana kebanyakan pelanggan lebih gemar membayar menggunakan perkhidmatan Maybank. 

Selepas menghantar borang pada tengahari hari rabu, pada petang itu juga pegawai bank menelefon dan beritahu supaya datang pada pagi khamis kerana pihak bank sudah memberi lampu hijau. Biasanya semakan pembukaan akaun semasa mengambil masa 3-4 hari bekerja. Ada kalanya melebihi seminggu jika cawangan itu sibuk.

Saya sudah mempunyai Akaun Semasa Peribadi lebih 20 tahun dengan Maybank (dahulunya Pacific Bank di Jalan Banggol). Jadi, saya menjadi 'introducer' untuk diri sendiri, tidak perlu mencari introducer dari kalangan syarikat. Namun begitu, Maybank sudah tidak terima pemegang Akaun Semasa Peribadi sebagai introducer untuk buka akaun perniagaan / syarikat lain. Tapi jika kita sendiri sudah ada Akaun Semasa Peribadi lebih setahun, bank terima untuk menjadi introducer syarikat sendiri.

Semasa proses membuka akaun, pegawai bank akan bertanya pelbagai soalan mengenai perniagaan kita. Ini untuk memastikan akaun bank kita tidak digunakan untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang. Jika anda terlibat dengan perniagaan yang melibatkan duit keluar masuk yang banyak, bukalah Akaun Semasa Perniagaan (SME First Islamic Current Account). Datanglah ke cawangan MIB di Jalan Air Jernih. Anda tidak digalakkan ke Maybank Cawangan Utama di Jalan Sultan Ismail kerana mereka lebih selektif dan biasanya akan meletakkan syarat yang bukan-bukan. Ada kalanya mereka akan meletakkan syarat supaya anda membeli produk kewangan dengan mereka.

Semoga entiti baru ini akan memberikan lebih kejayaan dan motivasi baru untuk lebih maju di masa depan, InsyaAllah. Selamat berniaga buat para usahawan. Wassap 013 979 0000 jika ada sebarang kemusykilan, pertanyaan atau peluang perniagaan produk anda untuk kami pasarkan.


Giliran negeri mana untuk jadi Agong?



Peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong akan disusuli dengan pemilihan ketua negara baru buat Persekutuan Malaysia.

Majlis Raja-raja akan bermesyuarat untuk membincangkan perkara itu, tetapi tidak jelas sama ada keputusan akan dibuat secara segera.

Pada masa ini, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah - yang juga timbalan Yang di-Pertuan Agong - akan menjadi pemangku Yang di-Pertuan Agong. Agong dipilih berdasarkan sistem penggiliran setiap lima tahun.

Menurut senarai, giliran seterusnya adalah Pahang. Namun Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah tidak sihat dan takhta kini dipangku anaknya Tengku Abdullah.

Situasi ini mempunyai persamaan ketika giliran Kelantan. Pada masa itu, bapa Sultan Muhammad V, Sultan Ismail Petra juga tidak sihat. Namun perbezaan utama adalah ketika giliran Kelantan, Sultan Muhammad V sudah pun menjadi sultan Kelantan.

Sultan Ismail Petra mengalami serangan jantung pada 2009 dan Sultan Muhammad V diangkat menjadi sultan.

Tengku Abdullah pula hanyalah pemangku dan bukan sultan secara rasmi.

Jika Majlis Raja-raja memutuskan ia tidak boleh memilih Yang di-Pertuan Agong baru dari Pahang, giliran seterusnya adalah Johor yang diperintah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Negeri selepas Johor adalah Perak.

Walaubagaimanapun,  undian secara rahsia akan dijalankan di kalangan sembilan Raja Melayu bagi menentukan siapa bakal Yang di-Pertuan Agong seterusnya. Ia tidak semestinya mengikut giliran.

Jika proses pemilihan berjalan lancar, Yang di-Pertuan Agong baru akan ditabalkan pada April 2019.

Yang di-Pertuan Agong letak jawatan




Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Januari 2019 (Ahad).

Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Wan Ahmad Dahlan Abd Aziz melalui kenyataan media Istana Negara hari ini.

Dalam kenyataan itu, turut dinyatakan bahawa baginda berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi kerjasama mentadbir negara dan berharap rakyat Malaysia terus mengekalkan perpaduan.

Sultan Muhammad V yang merupakan Sultan Kelantan ke-29 ditabal menjadi Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2016.

Baginda menggantikan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dari Kedah.

Jawatan Yang di-Pertuan Agong yang juga merupakan ketua negara menggunakan sistem penggiliran yang diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

Sultan Muhammad V bercuti sejak Nov lalu dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua bulan yang berakhir 31 Dis lalu.

Perkembangan terbaru ini mengesahkan khabar angin yang mula tersebar minggu lalu.

Berikut merupakan kenyataan penuh Istana Negara:

"Bagi menjujung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V, dengan ini lstana Negara memaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuatkuasa 6 Januari 2019 (Ahad) bersamaan 29 Rabiulakhir 1440H selaras dengan Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan.

"Baginda telah memaklumkan perkara ini secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang telah diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-raja.

"Sepanjang menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong, Baginda telah berusaha untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah selaku Ketua Negara, berperanan sebagai tunggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan di kalangan rakyat.


"KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku menzahirkan ucapan terima kasih kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja yang telah memilih Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XV bermula 13 Disember 2016.

"Baginda juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan yang telah memberi kerjasama dalam mentadbir negara. Selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Baginda amat berbangga dengan pengorbanan serta taat setia yang telah dicurahkan kepada Baginda dan negara selama ini.

"Kepada rakyat Malaysia, KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku bertitah supaya rakyat Malaysia terus bersatu mengekalkan perpaduan, bertolak ansur dan bersepakat dalam memikul tanggungjawab terhadap negara yang berdaufat ini supaya Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan harmoni."