Memaparkan catatan dengan label terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label terengganu. Papar semua catatan

DUN Terengganu - Ajil, Hulu Terengganu majoriti terendah

 


FAKTA DUN TERENGGANU
Majoriti paling rendah dicatatkan semasa PRU 14 pada tahun 2018 ialah di DUN AJIL. Pas menang dengan majoriti 4 undi.

Pandangan saya, DUN Ajil ini sengit sebab ia salah satu kubu kuat BN di Parlimen Hulu Terengganu. Akar umbi PAS tak banyak di sini berbanding kawasan lain di Terengganu. Kalau PAS atau BN menang pun majoritinya kecil kecuali kalau ada gelombang besar yang betul-betul Gelombang Hijau.
Untuk rekod : BN menang DUN ini semasa PRU 13 (2013) dengan majoriti 2,782.


Terengganu umum cuti am pada 20 Nov 2022

 


Kerajaan negeri mengumumkan Ahad ini sebagai cuti am sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia berikutan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan Jumaat dan Sabtu ini sebagai hari kelepasan am di seluruh negara bagi memudahkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk keluar mengundi pada Sabtu ini.

Beliau berkata, cuti am diumumkan PM itu jatuh pada hari kelepasan mingguan bagi Terengganu iaitu pada Jumaat dan Sabtu sekali gus menyebabkan cuti pada Sabtu digantikan pada hari berikutnya iaitu Ahad.

Katanya, keputusan itu adalah selaras dengan Seksyen 3 Akta Hari Kelepasan 1951.

"Sebagaimana yang diumumkan PM bahawa pada hari Jumaat dan Sabtu adalah cuti umum dan keadaan di Terengganu, saya sudahsemak bahawa secara automatiknya di negeri Terengganu pada Ahad juga adalah cuti.

"Oleh kerana pada Sabtu adalah cuti (mingguan) di Terengganu, (jadi) bila diisytiharkan cuti maka (cuti itu) dibawa ke hari Ahad," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan slot Dialog Awam (Town Hall) Mahasiswa Terengganu 2022 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri mengumumkan cuti am pada 18 dan 19 November ini bagi memudahkan rakyat Malaysia pulang mengundi sempena PRU15.

Selain pengumuman cuti, kerajaan turut mengumumkan tawaran tol percuma oleh 30 syarikat konsesi lebuh raya pada hari sama.

Sumber : Berita Harian

Terengganu Islamic Festival (TIF) 2022

 





Terengganu Islamic Festival (TIF) 2022
📍 29 Sept - 1 Oktober 2022
📍 Taman Tamadun Islam (TTI) Terengganu
Apa acara menarik untuk TIF kali ini?
- Persembahan istimewa oleh Nada Murni (Hijjaz & Rabbani)
- Bicara Hati bersama Ustazah Isfadiah
- Pameran dan jualan dari seluruh Malaysia
- Pertandingan Melukis 'Tanah Darul Iman'
- Pertandingan Mewarna Kanak-kanak bersama A&W
- Pertandingan memasak, memanah & memancing


Resort dan Chalet Tepi Pantai di Terengganu

 



Apabila bercuti di Terengganu, sudah pasti kita tercari-cari tempat penginapan yang terletak berhampiran dengan pantai. Berikut adalah senarai resort dan chalet (bukan hotel) yang mungkin boleh dimasukkan ke dalam list percutian anda.

Marang Village Resort And Spa

Resort ini mempunyai pantainya sendiri dan anda pasti teruja dapat menikmati pemandangan matahari naik dan terbenam di tepi laut ketika menginap di sini.

Marang Village Resort And Spa
4177 KM24 Kampung Kelulut, 
21600 Marang


D'Lavender Beach Resort Marang

Resort tepi pantai berstatus dua bintang yang menawarkan harga berpatutan serendah RM120 semalam untuk bilik standard.

Lot. 418, Jalan Dungun, Kampung Kijing, 
21600 Marang


Chalet Teratak SamuderaKita


Ketika menginap di sini, anda boleh menikmati hidangan popular ikan goreng tepung di Warung Celup Sotong Pak Nong (Ikan Celup Tepung).

Lot 2868-C, Jalan Pantai Batu Rakit, 
21020 Batu Rakit, Kuala Nerus.


Sutra Beach Resort

Sutra Beach Resort adalah resort berstatus tiga bintang  mempunyai pemandangan laut dan taman yang cukup indah dan sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin dan ingin berbulan madu.

Kampung Rhu Tapai, Jalan Pantai K.Terengganu - K.Bharu,
21010 Setiu.


Pandan Laut Beach Resort

Resort ini menyediakan kemudahan yang lengkap untuk percutian keluarga, acara family day, ataupun bersuka ria dengan rakan-rakan.

Lot 390, Pantai Rhu Sepuluh, Jalan Pantai K.Terengganu - K.Bharu,
21010 Kampung Penarik, Setiu.


Intan Beach Resort


Intan Beach Resort juga adalah salah satu resort best yang menawarkan pemandangan indah tepi pantai Batu Buruk dan berhampiran dengan Pusat Bandaraya Kuala Terengganu.

898N, Lorong Dato Jaya, 
Jalan Haji Busu, Batu Buruk, 
20400 Kuala Terengganu.


The Manor Beach Resort Besut

Jika anda ingin ke daerah Besut, The Manor Beach Resort boleh dijadikan pilihan. Ia menyediakan tempat penginapan ala kotej yang berkonsepkan kayu dan tradisional. Walaupun tradisional, namun kelengkapan dalamannya adalah kemas dan cukup lengkap.

Lot 23 Tanjong Demong , Jalan Bukit Kluang , 
22200 Kampung Kuala Besut.


Anjung Pantai Seberang

Selain terletak dekat dengan pantai, Anjung Pantai Seberang juga menyediakan taman kanak-kanak dan basikal untuk aktiviti riadah anak-anak anda. Bilik di sini juga berkonsepkan kayu dan kampung Melayu.

Jalan Fikri, Kampung Baru, Seberang Takir, 
20000 Kuala Terengganu.


Redang Paradise Resort


Pemandangan air laut yang jernih dan membiru serta pasir pantai yang halus dan putih, sudah pasti anda ingin menginap di Redang Paradise Resort. Ia akan membuatkan anda seperti sedang menginap di pulau luar negara.

GM41, Lot No. 92, Tempat Pasir Panjang Besar, 
21090 Pulau Redang.


White Sand Beach Resort

Bagi yang ingin melawat Rantau Abang, anda boleh memilih White Sand Beach Resort Marang. 

Km 46 Kampung Pasir Putih Merchang, 
21610 Marang.


Bayu Beach Penarek


Bayu Beach Penarek merupakan lagi satu pusat penginapan tepi pantai yang sesuai untuk percutian dengan rakan-rakan atau keluarga. 

Lot 6572, Kg Penarek Baru, 
22100 Kampung Penarik, Setiu.


Anggun Beach Guest House


Terletak di Dungun, Angun Beach Guest House adalah satu tempat penginapan menarik di Terengganu yang memberikan pemandangan laut terus dari tingkap bilik anda.

 PT 13440, Jalan Pantai, Taman Seri Bayu, Sura Tengah, 
23000 Dungun.


Kijalena Beach BnB

Jika anda ingin menginap di Kemaman, Kijalena Beach menawarkan pemandangan tepi pantai yang indah dan kolam renang yang selesa.

Lot 316, Pantai Penunjuk, 
24100 Kijal, Kemaman.


Teluk Lipat Seaview Inn

Resort ini tidak jauh dari bandar Dungun, Medan Ikan Bakar Dungun, Pantai Tanjung Jara dan  Rantau Abang.

53, Jalan Pantai Sura, 23000 Dungun.