Memaparkan catatan dengan label terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label terengganu. Papar semua catatan

YPKT sedia RM5 juta pinjaman modal perniagaan tanpa faedah

 


Kerajaan negeri Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) menyediakan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk pinjaman modal perniagaan tanpa faedah pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim, berkata pinjaman di bawah Program Jaya Diri (PJD) itu bagi membantu keluarga berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan mereka menerusi projek ekonomi.

Beliau berkata, pinjaman tanpa faedah dan cagaran itu disediakan bagi permohonan berjumlah antara RM5,000 hingga RM20,000.

"Sejak Januari lalu, YPKT mengeluarkan pinjaman modal perniagaan kepada 227 keluarga membabitkan kos sebanyak RM2.6 juta.

"Kadar pinjaman tanpa cagaran dan faedah itu dikeluarkan kepada 39 peserta di daerah Besut saja dengan jumlah keseluruhan RM408,000," katanya selepas program Hari Bertemu Pelanggan 2024 dan Jalinan Mesra YPKT.

Turut hadir, Pengarah YPKT, Ahmad Faris Abd Razak dan Pengetua Asrama Anak-Anak Yatim Darul Falah (Perkasa), Norina Mohamad.

Mengulas lanjut, Maliaman yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Ajil, berkata jumlah pinjaman dikeluarkan kepada 33 peserta di daerah Setiu pula membabitkan jumlah RM386,000, manakala lapan peserta di daerah Kuala Nerus memperoleh pinjaman berjumlah RM93,000 serta 19 penerima di daerah Kuala Terengganu membabitkan pinjaman RM210,000.

"Selain itu, daerah Marang seramai 47 peserta (RM576,000), Hulu Terengganu 16 peserta (RM220,000), Dungun 28 peserta (RM321,000) dan 37 peserta di daerah Kemaman membabitkan jumlah pinjaman RM376,000," katanya.

Mengulas bayaran balik pinjaman, Maliaman berkata, setakat ini kerajaan negeri berpuas hati dengan bayaran balik oleh semua peserta terbabit.

Sumber : Berita Harian

Rimba Razia Zoo di Terengganu



RIMBA RAZIA - Petting Zoo yang menghimpunkan binatang-binatang yang jinak dan kecil kini boleh dilawati di Kg Dusun di Hulu Terengganu. Terletak kira-kira 50 km dari Pusat Bandaraya Kuala Terengganu.

Jika dari Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2), anda boleh exit di Plaza Tol Ajil. Seterusnya ke bandar Kuala Berang dan selepas sampai di Kuala Berang, ambil laluan ke Kg Buluh (Tempat Batu Bersurat ditemui). Tidak jauh dari Kg Buluh, anda akan sampai ke Kg Dusun.

RIMBA RAZIA dibuka setiap hari kecuali hari SELASA ditutup. Namun sepanjang cuti sekolah, ia dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sampai 6.00 petang. Harga tiket bagi Dewasa adalah RM20.00, Kanak-kanak dan Warga Emas RM15.00. Bagi Kanak-kanak di bawah ketinggian 90 sm, tidak dikenakan tiket.

Sebelum ini Terengganu hanya ada Zoo Kemaman, namun selepas pembukaan RIMBA RAZIA ini, orang Kuala Terengganu sudah tidak perlu pergi jauh untuk membawa anak-anak melihat binatang.





Kedai makan DAPO PATA kini sunyi tanpa pelanggan

 


Kedai atau gerai makanan yang dahulunya dikunjungi ramai pelanggan se­hingga tular di media sosial, namun kini terdapat premis yang semakin suram dan sepi, malah sebahagiannya terpaksa gulung tikar.

Populariti kebanyakan kedai makanan tular tidak bertahan lama ekoran faktor ekonomi yang semakin mencabar dan per­-
sa­i­ngan perniagaan selain keha­diran pelanggan hanya mengikut trend bermusim.

Dapo Pata di Kuala Nerus, Terengganu yang berkonsepkan deretan gerai makanan dalam kon­tena yang pernah tular dan penuh dengan pengunjung pada enam tahun lalu kini semakin ‘sendu’.

Bilangan vendor yang ber­niaga di premis makanan yang terletak di pesisir Pantai Tok Jembal itu yang dahulunya 12 orang, tetapi kini tinggal dua sahaja.

Seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Zubir berkata, sewaktu zaman kegemilangannya dari 2017 hingga 2019, Dapo Pata sentiasa dipenuhi pengu­n­jung termasuk warga asing.

“Waktu itu Dapo Pata yang menawarkan pelbagai makanan tradisional dan moden dianggap antara destinasi pelancongan yang wajib disinggahi setiap kali berkunjung ke Terengganu.

“Namun ia mula merosot ekoran situasi ekonomi yang tidak menentu dan kuasa membeli pengguna semakin mengecil menyukarkan Dapo Pata untuk kembali bangkit selepas Co­vid-19,” katanya

Zubir berkata, satu persatu vendor terpaksa menutup ope­rasi kerana kekurangan pelanggan.

Dia juga mengakui ramai juga menyangkakan Dapo Pata sudah terkubur, sedangkan ia masih lagi beroperasi walaupun dengan dua vendor termasuk dirinya.

“Sambutan pengunjung memang merosot teruk, namun saya optimis kami akan bangkit semula pada suatu hari nanti.

“Penganjur Dapo Pata telah merangka pembangunan baharu termasuk penyediaan fasiliti seperti surau, tandas dan galeri seni bagi menghidupkan semula premis makanan ini,” ujarnya.

Info dari Kosmo!


PRN Terengganu

 


Pentas Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu terus didominasi oleh lelaki dengan 97 peratus adalah calon jantina itu manakala hanya tiga peratus adalah wanita.
Semakan di portal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati daripada 68 calon termasuk calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P0.36 Kuala Terengganu, hanya dua calon wanita dipertaruhkan di negeri itu.
Eka Lisut daripada Pakatan Harapan (PH) dicalonkan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.022 Manir sementara Ketua Pengarah Ameerah Malaysia, Zuraida Md Noor mewakili Pas di DUN N.015 Ladang.
Kali terakhir Pas mempertaruhkan calon wanita adalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) menerusi DUN Kuala Besut.
Napisah Ismail yang bertanding atas tiket Pas bagaimanapun kalah di tangan lawannya, Dr A Rahman Mokhthar daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,434 undi.
Allahyarham Rahman yang meninggal dunia pada Jun 2013 mendapat 8,809 undi manakala Napisah mendapat 6,375 undi.
Sementara itu, 31 DUN Terengganu menyaksikan pertembungan sengit 'satu lawan satu'.
Hanya dua DUN iaitu DUN N,014 Bandar dan N.04 Hulu Besut menyaksikan pertembungan tiga penjuru.
Selain calon parti tradisi daripada BN dan Pas, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) meletakkan calon tunggalnya di Terengganu di DUN Bandar.
MUDA menampilkan Ketua Penerangannya, Luqman Long, 30, bagi menentang penyandang, Ahmad Shah Mohamed, 55, dari Pas.
BN pula mempertaruhkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Armi Irzan Mohd, 43.
Sementara DUN Hulu Besut pula menyaksikan pertembungan antara Datuk Nawi Mohamad (BN), Mie Che Hussin (Pas) dan calon tunggal Bebas di negeri itu, Che Harun Kamariah.
Berikut adalah senarai calon bagi Parlimen Kuala Terengganu dan DUN Terengganu:
P036 Parlimen Kuala Terengganu Azan Ismail (PH/PKR) Datuk Ahmad Amzad Hashim (PN/PAS)
BESUT N01 Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman (BN) Azbi Salleh (PN/PAS)
N02 Kota Putera Datuk Muhammad Pehimi Yusof (BN) Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman (PN/PAS)
N03 Jertih Mohd Rozaini Rasli (BN) Dr Riduan Mohamad Nor (PN/PAS)
N04 Hulu Besut Datuk Nawi Mohamad (BN) Mohd Husaimi Hussin (PN/BERSATU) Dr Che Harun Kamariah (BEBAS)
SETIU N05 Jabi Rosdi Zakaria (BN) Dr Azman Ibrahim (PN/PAS)
N06 Permaisuri Hamdan Hamzah (BN) Mohd Yusop Majid (PN/BERSATU)
N07 Langkap Datuk Sabri Mohd Noor (BN) Azmi Maarof (PN/PAS)
N08 Batu Rakit Bazlan Abd Rahman (BN) Mohd Shafizi Ismail (PN/PAS)
KUALA NERUS N09 Tepuh Muhammad Hanafi Hassan (BN) Hishamuddin Abdul Karim (PN/PAS)
N10 Buluh Gading Omar Adam (BN) Ridzuan Hashim (PN/PAS)
N11 Seberang Takir Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman (BN) Khazan Che Mat (PN/BERSATU)
N12 Bukit Tunggal: Wan Noorislam Wan Hashim (BN) Zaharudin Zahid (PN/PAS)
KUALA TERENGGANU N13 Wakaf Mempelam: Wan Mohd Haikal Wan Ghazali (PH/PKR) Wan Sukairi Wan Abdullah (PN/PAS)
N14 Bandar Armi Irzan Mohd (BN) Ahmad Shah Muhamed (PN/PAS) Luqman Long (MUDA)
N15 Ladang Datuk Mohd Sabri Alwi (BN) Zuraida Md Noor (PN/PAS)
N16 Batu Buruk Mohamad Zamir Ghazali (PH/AMANAH) Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi (PN/PAS)
MARANG N17 Alur Limbat Mohd Yuseri Isa (BN) Ariffin Deraman (PN/PAS)
N18 Bukit Payung Mohd Khim@Mohd Khan Abd Rahman (BN) Mohd Nor Hamzah (PN/PAS)
N19 Ru Redang Suhaimi Sulaiman (PH/Amanah) Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (PN/PAS)
N20 Pengkalan Berangan Datuk Nik Dir Nik Wan Ku (BN) Sulaiman Sulong (PN/PAS)
HULU TERENGGANU N21 Telemung Datuk Rozi Mamat (BN) Mohd Zawawi Ismail (PN/BERSATU)
N22 Manir Eka Lisut (PH/PKR) Hilmi Harun (PN/PAS)
N23 Kuala Berang Jalaludin Ismail (BN) Dr Mamad Putih (PN/PAS)
N24 Ajil Datuk Seri Jailani Johari (BN) Maliaman Kassim (PN/PAS)
DUNGUN N25 Bukit Besi Datuk Din Adam (BN) Ghazali Sulaiman (PN/PAS)
N26 Rantau Abang Mohd Asri Mohamad (BN) Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli (PN/PAS)
N27 Sura Osman Umar (PH/PKR) Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi (PN/PAS)
N28 Paka Ahmad Abdullah Abd Wahab (BN) Datuk Satiful Bahari Mamat (PN/PAS)
KEMAMAN N29 Kemasik Muhammad Khairi Afiq Mohd Yusof (BN) Ir Saiful Azmi Suhaili (PN/PAS)
N30 Kijal Datuk Seri Ahmad Said (BN) Datuk Razali Idris (PN/BERSATU)
N31 Chukai Datuk Seri Mohamed Rahim Hussin (BN) Hanafiah Mat (PN/PAS)
N32 Air Putih Dr Mohd Zaki Salleh (BN) Mohd Hafiz Adam (PN/PAS)
Sumber dari Astro Awani

DUN Seberang Takir - Kuala Nerus, Terengganu


DUN TERENGGANU - SEBERANG TAKIR

Saya membesar dan mengundi kali pertama pada usia 21 tahun di DUN Seberang Takir.

DUN ini boleh dikatakan kawasan selamat BN. Semasa PRU 1999 ketika kerajaan BN tumbang, DUN Seberang Takir masih lagi kekal milik BN. BN kembali memerintah pada 2004.

Pada 2018, apabila sekali lagi kerajaan BN tumbang buat kali kedua, Seberang Takir masih juga kekal milik BN dengan majoriti 1884.

Jangkaan saya pada PRN kali ini, DUN Seberang Takir akan kekal di tangan BN.

Rahsianya? Calon BN Cikgu Razif (Mantan MB) di DUN ini sangat dekat dengan akar umbi dan cakna dengan masalah penduduk.