HONOR X9b 5G tahan lasak

Oktober 24, 2023

 



Jenama telefon pintar HONOR bakal melancarkan HONOR X9b 5G di Malaysia pada 1 November 2023 ini.

Bakal hadir dengan Predecessor HONOR X9a yang terkenal dengan Paparan Melengkung OLED Ultra Tough, ia dijangkakan menjadi telefon kelas pertengahan paling laris di Malaysia.

Rentetan pengumuman berkenaan, tular di media sosial dan internet dikatakan HONOR X9b 5G kalis peluru dan seterusnya menjadi topik popular dan bualan hangat dalam kalangan warganet.

Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Malaysia, Justin Li, berkata buat masa ini, tiada telefon kalis peluru, dan pengguna tidak mempunyai permintaan sedemikian pada telefon pintar.

Katanya, pihaknya juga tidak mengesyorkan orang ramai menjalankan ujian berbahaya, sebaliknya menawarkan waranti terbaik buat pengguna.

"Kami sememangnya mendahului pesaing kami daripada segi kualiti produk, tetapi ini tidak bermaksud telefon kami boleh kalis peluru.

"Mana-mana produk perindustrian mempunyai kemungkinan kerosakan.

"Apa yang HONOR buat adalah kami menyediakan waranti terbaik kepada pengguna HONOR X9b di pasaran iaitu Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari pertama dalam industri yang meliputi kedua-dua skrin hadapan dan panel belakang telefon," katanya.

Li berkata, penawaran waranti ini telah menyelesaikan 'pain point' pengguna dalam kehidupan seharian iaitu paparan yang lebih besar dan paparan melengkung lebih mudah dipecahkan serta membantu pengguna memandangkan kos membaiki telefon semakin tinggi.

Katanya, beliau memahami ketidakselesaan pengguna apabila terpaksa menghantar telefon untuk dibaiki atau memindahkan data ke telefon baharu.

"Caj untuk membaiki telefon pintar semakin meningkat sehingga memaksa pengguna membayar kos yang lebih tinggi untuk membaiki telefon.

"Apabila telefon pintar menjadi semakin penting dalam kehidupan seharian, ia bukan sahaja peranti komunikasi kita, tetapi juga dompet, alatan kerja, galeri dan banyak lagi," katanya.

HONOR X9b sekali lagi membawa kekukuhan telefon pintar ke tahap baharu daripada segi ketahanan dan penawaran spesifikasi bertaraf mercu dan kualiti tahan lasak dari semua sudut bagi membolehkan pengguna menggunakan telefon pintar tanpa bimbang dalam kehidupan seharian.

HONOR X9b menampilkan Paparan Antijatuh Melantun Ultra HONOR yang boleh menyerap sehingga 1.2 kali ganda kesan kejatuhan.

Ia juga menggunakan bahan inventif yang membentuk struktur penyerap kejutan 360 darjah di sekeliling telefon menjadikan HONOR X9b boleh tahan jatuh sehingga ketinggian 1.5 meter dan meningkatkan kekuatan skrin sebanyak tiga kali ganda berbanding pesaingnya.

HONOR X9b merupakan telefon pertama di dunia yang menerima pensijilan lima bintang rintangan jatuh setiap sudut yang dianugerahkan oleh SGS Switzerland.

Ia juga merupakan telefon pintar pertama yang memperkenalkan pemprosesan 4nm Snapdragon 6 Gen 1 di pasaran tempatan.

Hadir dalam warna Sunrise Orange dengan rekaan belakang vegan leather dan reka bentuk cincin premium, HONOR X9b hadir dengan bateri berkapasiti besar sehingga 5,800mAh yang mampu bertahan sehingga tiga hari.

HONOR X9b didatangkan dengan storan dan memori 20GB+256GB terbesar dalam kelasnya dan UFS3.1 terpantas.

Ia juga menawarkan keselesaan pengguna apabila dilengkapi skrin perlindungan mata kecerahan tinggi beresolusi 1.5k, selain kamera Ultra Jelas 108MP untuk penghasilan gambar yang lebih jelas.


You Might Also Like

0 Comments

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.