Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

Sindrom 'Long Covid'


Puluhan juta orang di seluruh dunia dipercayai menderita akibat 'long COVID', namun empat tahun selepas wabak itu diisytiharkan, keadaan yang sukar difahami ini masih tidak dapat diuji, apatah lagi dirawat.

Bagaimanapun, penyelidikan akhirnya mula mencari petunjuk awal mengenai 'long COVID', sekali gus meningkatkan harapan kejayaan pada masa depan, yang mungkin juga memberi petunjuk kepada sindrom kronik lain yang tidak jelas.

'Long COVID' ialah nama yang diberikan kepada pelbagai jenis simptom yang masih dialami individu, beberapa minggu dan bulan selepas mereka mula-mula dijangkiti virus SARS-CoV-2.

Simptom yang paling biasa adalah keletihan, sesak nafas, sakit otot dan kabut otak.

Satu kajian ketara yang dikeluarkan bulan lalu menunjukkan terdapat perbezaan jelas dalam protein darah lebih daripada 110 pesakit 'long COVID'.

Seorang penyelidik Switzerland dan pengarang kanan kajian Science, Onur Boyman memberitahu AFP, beliau percaya ia adalah satu 'kepingan teka-teki pusat' dalam apa yang menyebabkan COVID-19 berleluasa begitu lama dalam tubuh sesetengah orang.

Penyelidik berkata, sebahagian sistem imun badan yang dipanggil sistem pelengkap, yang biasanya melawan jangkitan dengan membunuh sel yang dijangkiti, kekal aktif pada individu yang mempunyai 'long COVID' dan terus menyerang sasaran yang sihat dan menyebabkan kerosakan tisu.

Boyman berkata, apabila seseorang pulih daripada 'long COVID', sistem pelengkap mereka juga bertambah baik, menunjukkan hubungan yang kuat antara keduanya.

"Ia menunjukkan bahawa 'long COVID' adalah penyakit dan anda sebenarnya boleh mengukurnya," kata Boyman dan pasukan itu berharap ia boleh membawa kepada ujian pada masa akan datang.

Penyelidik yang tidak terbabit dalam kajian itu memberi amaran bahawa sistem pelengkap itu yang 'disregulasi' tidak dapat menjelaskan semua cara berbeza 'long COVID' menyerang pesakit.

Bagaimanapun, adalah 'baik untuk melihat kajian pada masa ini menunjukkan petunjuk yang mungkin mula menjelaskan 'long COVID'," kata profesor penuaan dan kesihatan di King's College London, Claire Steves. -

Sumber dari AFP


Petua tahan lama simpan sayur dalam peti sejuk

 


Untuk menyimpan sayur-sayuran agar tahan lama dalam peti sejuk, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

1. Cuci dan Keringkan

Sebelum menyimpan sayur-sayuran dalam peti sejuk, pastikan untuk mencuci dengan bersih di bawah air yang mengalir. Selepas dicuci, pastikan untuk mengeringkannya dengan tisu dapur atau kain bersih.

Ada yang perlu dibalut dengan tisu lembap, ada yang memerlukan air, dan ada yang perlu diletakkan tisu untuk menyerap wap air.

2. Pilih Bekas yang Sesuai

Gunakan bekas penyimpanan yang sesuai seperti bekas plastik khas untuk menyimpan sayur-sayuran. Pastikan bekas tersebut bersih dan kering sebelum digunakan.

3. Pisahkan Sayuran

Pisahkan sayur-sayuran yang boleh menyebabkan penyebaran bau, seperti bawang dan bawang putih. Ini akan membantu mencegah bau yang tidak diingini pada sayur-sayuran yang lain. 

4. Simpan dalam Bekas Kedap Udara 

Pastikan bekas penyimpanan adalah kedap udara untuk mengelakkan udara dan kelembapan dari meresap. Ini dapat membantu memperlambat proses pembu

Pendarahan Otak

 


PENDARAHAN OTAK


Antara faktor risiko terbesar untuk seseorang terkena pendarahan di dalam otak tanpa apa-apa hentakan pada kepala adalah...


Darah tinggi


Sebab itu darah tinggi dipanggil pembunuh senyap (silent killer). Sebab waktu tekanan darah meningkat lebih dari normal, kita tak rasa apa pun. Tapi ia merosakkan salur darah dan merisikokan salur darah itu pecah. Bila berlaku, masa tu baru ada tanda-tanda. Dan waktu itu, mungkin dah terlambat.


1 dari 3 rakyat Malaysia ada darah tinggi. 


Malah, separuh dari mereka ni, tak sedar pun mereka ada darah tinggi.


Cuba pergi check tekanan darah dekat farmasi. Kalay lebih 140/90, besar kemungkinan anda ada darah tinggi lah tu. Jumpa doktor. Buat saringan kerosakan organ lain. Dapatkan rawatan.


5 tips untuk kawal tekanan darah dari saya.


1. Kurangkan penggunaan garam dan perasa tambahan dalam masakan. Tak kisah lah garam bukit ke, Himalaya ke, MSG ke, sos cili, tomato, ikan ke, kurangkan. Ganti dengan rempah ratus. 


2. Kurangkan makanan berproses dan makanan segera. Tak kira lah dia tulis pilihan lebih sihat ke apa.


3. Berhenti merokok dan vape. Nikotin dalam keduanya akan meningkatkan tekanan darah dan merosakkan salur darah.


4. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Kalau boleh, cuba capai 10 000 langkah sehari.


5. Kalau anda dah kena makan ubat untuk darah tinggi, mohon patuh. Separuh dari penghidap darah tinggi tak patuh dengan ubat. Mereka hanya menyesal bila organ dah rosak. Jangan jadi seperti ini.


Jaga diri. Jaga kesihatan. Darah tinggi adalah pembunuh senyap.


Dr Amirul Amzar

Pakar Perubatan Keluarga

Medical Mythbusters Malaysia, M3


Petua Lambatkan Penuaan Hingga Enam Tahun

 



Sekumpulan saintis mendedahkan lapan langkah kesihatan yang dikatakan mampu melambatkan proses penuaan badan sehingga enam tahun.

Pakar dari Amerika Syarikat (AS) berpandangan mengekalkan berat badan, gula dalam darah, kolesterol dan tekanan darah dalam kawalan, sambil mengamalkan tidur dan pemakanan sihat, melakukan aktiviti senaman dan tidak merokok mungkin boleh melambatkan proses penuaan sekitar enam tahun.

Lapor The Guardian, satu kajian menunjukkan kesemua langkah berkenaan menggalakkan kesihatan jantung yang baik sekaligus mampu memperlahankan kadar penuaan biologi sehingga enam tahun.

Kajian itu berdasarkan data daripada lebih 6,500 orang dewasa dengan purata umur 47 tahun.

Penemuan itu dibentangkan pada persidangan Sesi Saintifik Persatuan Jantung Amerika (AHA) di Philadelphia.

Para penyelidik menyatakan individu yang mempunyai kesihatan kardiovaskular baik adalah kira-kira enam tahun lebih muda secara biologi berbanding usia sebenar mereka.

“Penemuan ini membantu kita memahami kaitan antara umur kronologi dan umur biologi serta bagaimana mengikuti tabiat gaya hidup sihat yang boleh membantu individu hidup lebih lama.

“Semua orang mahu hidup lebih lama namun apa yang penting adalah hidup sihat lebih lama supaya kita dapat menikmati dan mempunyai kualiti kehidupan yang baik selama bertahun-tahun lama yang mungkin,” kata ketua kumpulan penulis Life’s Essential 8, Donald Lloyd Jones.

Life’s Essential 8 yang merupakan alat penilaian kesihatan AHA, bertujuan mentakrifkan kesihatan jantung berdasarkan masing-masing empat langkah gaya hidup dan empat penanda kesihatan yang boleh diubah suai.

Untuk mengukur umur fenotip atau biologi individu, para penyelidik memeriksa tahap metabolisme serta fungsi organ.

Selepas mengambil kira faktor sosial, ekonomi dan demografi, pasukan penyelidik berkata, individu yang mempunyai skor Life’s Essential 8 tertinggi dikaitkan dengan umur biologi kira-kira enam tahun lebih muda.

Sumber : Utusan


Manfaat buah betik

 


  •  Lazat dan penuh nutrien

Kata orang, pahit itu ubat. Macam mana kalau ada ubat yang manis, bertekstur lembut dan sedap dimakan sejuk-sejuk?

Itulah betik. Bukan saja lazat, malah penuh nutrien.

Dalam betik, ada enzim bernama papain. Enzim ini boleh memecahkan rantaian protein yang kukuh pada daging otot.

Selain itu, sebiji betik kecil seberat 152 gram juga mempunyai kandungan berikut:

– kalori: 59

– karbohidrat: 15 gram

 fiber: 3 gram

– protein: 1 gram

– vitamin C: 157 peratus daripada pengambilan harian rujukan (RDI)

– Vitamin A: 33 peratus daripada RDI

– folat (Vitamin B9): 14 peratus daripada RDI

– kalium: 11 peratus daripada RDI

  • Kesan antioksidan

Radikal bebas merupakan molekul reaktif yang dibina ketika proses metabolisme tubuh. Ia boleh menggalakkan tekanan oksidatif, seterusnya menyebabkan penyakit.

Bagaimana cara untuk menangani radikal bebas? Jawapannya: antioksidan. Ini termasuk karotenoid yang ditemui dalam betik selain kandungan likopena serta kemampuannya untuk menyingkirkan lebihan ferum.


Kajian mendapati betik yang diperam boleh mengurangkan tekanan oksidatif pada orang dewasa dan mereka dengan pradiabetes, hipotiroidisme sederhana dan penyakit hati.

Ada kajian lain mendapati, orang dengan Alzheimer (yang antara puncanya ialah kehadiran radikal bebas dalam otak) yang diberikan ekstrak peraman betik selama enam bulan mengalami pengurangan 40 peratus penanda bio yang menandakan kerosakan oksidatif pada DNA.

  • Ciri antikanser

Kajian mendapati likopena dalam betik juga boleh mengurangkan risiko kanser, selain bermanfaat untuk mereka yang dalam rawatan kanser.

Sekali lagi, ini kerana keupayaan betik untuk mengurangkan radikal bebas yang menyumbang kepada pembentukan kanser.


Dalam kalangan 14 buah dan sayur yang diketahui mempunyai ciri antioksidan, hanya betik yang menunjukkan aktiviti antikanser pada sel kanser payudara.

  • Menyihatkan jantung

Buah dengan likopena dan vitamin C yang tinggi boleh membantu menghindari penyakit jantung.

Antioksidan dalam betik, contohnya, boleh melindungi jantung dan meningkatkan kesan perlindungan kolesterol lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) yang baik.

Dalam satu kajian, mereka yang mengambil suplemen betik yang diperam untuk 14 minggu mempunyai kurang keradangan dan nisbah kolesterol jahat (lipoprotein berketumpatan rendah – LDL) dengan kolesterol baik (HDL) yang lebih baik berbanding mereka dengan rawatan plasebo.


Nisbah yang baik tersebut dikaitkan dengan risiko penyakit jantung yang lebih rendah.

  • Boleh melawan keradangan

Keradangan kronik merupakan punca banyak penyakit. Makanan dan gaya hidup tidak sihat boleh mempercepat proses keradangan.

Untuk mengurangkan penanda keradangan, kajian mencadangkan buah dan sayur yang kaya dengan antioksidan, seperti betik.

Contohnya, satu kajian mendapat lelaki yang meningkatkan pengambilan buah dan sayur yang tinggi karotenoid mencatatkan pengurangan signifikan dalam penanda keradangan, protein reaktif-c (CRP).

  • Menambah baik penghadaman

Enzim papain dalam betik memudahkan protein untuk dihadam. Sejak sekian lama, penduduk negara-negara tropika menggunakan betik sebagai penawar untuk sembelit dan sindrom usus terganggu (IBS).

Dalam satu kajian, mereka yang mengambil formula berasaskan betik untuk 40 hari mengalami penambahbaikan yang signifikan berkaitan sembelit dan kembung perut.


Sumber : Utusan