Diskaun Saman Polis

 

diskaun saman

Sempena Hari Polis ke-214 tahun 2021 ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini tampil dengan perkhidmatan digital baharu dan penawaran diskaun sehingga 50% melalui Portal dinamakan sebagai MyBayar Saman.

Kepada orang ramai yang ada kompaun atau saman trafik yang masih belum dijelaskan, anda kini berpeluang untuk membayar saman dengan diskaun 50% melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman.

MyBayar Saman ialah aplikasi terbaharu daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan orang ramai membayar saman dengan mudah melalui portal dan aplikasi telefon berbanding kaedah sedia ada.

Dengan pelancaran aplikasi dan Portal ini, Kempen Bayar Saman turut menawarkan pengurangan kompaun sehingga 50%.

Berikut adalah cara membuat pendaftaran online di aplikasi atau Portal MyBayar Saman.

  1. Layari Portal MyBayarSaman : https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Klik butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.
  3. Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP.
  4. Log masuk setelah selesai mendaftar.
  5. Buat Semakan Saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.
  6. Buat Pembayaran secara online untuk mendapat diskaun saman 50%. 

Tempoh Diskaun Saman

Tarikh Mula : 25 Mac 2021

Tarikh Akhir: 11 April 2021

SEMAKAN SAMAN YANG TIDAK LAYAK DISKAUN

Semua saman trafik layak mendapat diskaun sebanyak 50% tersebut kecuali:

  • Saman Kemalangan Tahun 2020 & 2021
  • Saman status No Compound (NC) Tahun 2018/2019/2020 dan 2021
  • Saman status bicara mahkamah
  • Saman Berkaitan Kesalahan M/Lori
  • Saman Potong Secara Bahaya/Potong Q Tahun 2020/2021
  • Saman menggunakan lorong kecemasan Tahun 2020/2021
  • Saman jalan semasa lampu isyarat merah Tahun 2020/2021
  • Saman potong di garisan berkembar tahun 2020/2021
  • Saman berkaitan ubahsuai ekzos yang dikeluarkan bermula 1/3/2021

 

Contoh Soalan Exam Online Pembantu Pertahanan Awam KP19

 


 

Assalamualaikum,

Jika anda dipanggil ke Peperiksaan PEMBANTU PERTAHANAN AWAM GRED KP19, anda boleh mendapatkan Set Contoh Soalan Pembantu Pertahanan Awam KP19 di: https://go.semakan.info/pertahanan-kp19/28

Whatsapp 013 979 0000 untuk bantuan lanjut. 

 

 

Instagram perkenal Reels fungsi seperti TikTok

 

Instagram memperkenalkan ciri baharu platform berkenaan kepada pengguna di negara ini.

Ciri baharu berkenaan adalah Instagram Reels dan pengenalan itu memberi alternatif kepada pengguna sekali gus menyaingi platform TikTok.

Menerusi taklimat maya yang diadakan oleh Instagram, penawaran berkenaan dibuat apabila melihat trend penggunaan media sosial di negara ini yang tinggi.

Fungsi baharu Instagram itu juga membolehkan pengguna berkongsi video pendek, suntingan audio termasuk beberapa ciri lain sebelum berkongsi menggunakan platform berkenaan.

Reels akan mula diperkenalkan secara berperingkat dan sehingga kini, sejumlah pengguna Android sudah mendapatkan ciri baharu berkenaan dan pemilik iPhone tidak lama lagi.

 

 

Sistem Penyuraian Balik Sekolah Yang Tersusun

 

Sejak pihak sekolah sediakan khemah mengikut kelas, proses penyuraian pelajar setiap kali balik sekolah lebih teratur dan tidak sesak. Macam inilah cadangan saya sebelum ini.
 
Ibu bapa dan penjaga akan masuk pintu pagar, cek suhu dan imbas MySejahtera. Seterusnya, masuk ke khemah ibu bapa. Pelajar yang keluar dari bilik darjah akan terus ke khemah pelajar mengikut nama kelas.
 
Tahun 1 akan keluar pukul 12.45 tengahari sementara Tahun 2 pada 12.50 tengahari, begitulah seterusnya Tahun 3, 4, 5 dan 6 beza setiap 5 minit. Ibu bapa akan 'pick up' pelajar dan keluar mengikut lorong disediakan.
 
Khemah ini adalah sumbangan dari ibu bapa dan pihak sekolah.

Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan

 

Kenyataan Media - RM883 JUTA BAYARAN GKP TAMBAHAN KEPADA 900,000 PKS MIKRO⠀
DISALURKAN MULAI 25 MAC 2021⠀
Di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Kerajaan telah mengumumkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM1,000 melalui Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada PKS mikro di 12 negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada bulan Januari dan Februari 2021 serta RM500 kepada PKS mikro di negeri bukan PKP. GKP Tambahan ini bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan ekoran penularan wabak COVID-19 dan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan PKS mikro.⠀
Sukacita dimaklumkan bahawa semua PKS mikro yang telah diluluskan di bawah GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini akan menerima bayaran GKP Tambahan mulai 25 Mac 2021 melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM883 juta. Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 24 Mac 2021 di Portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my .
Mengambil kira GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP Tambahan yang diluluskan, jumlah keseluruhan penerima GKP adalah hampir 900,000 PKS mikro dengan jumlah bantuan kewangan sebanyak RM3.58 bilion.

Contoh Soalan Exam Online Pembantu Penyelidik Q19

 

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Penyelidik Q19

Format peperiksaan:

- Daya Meneylesaikan Masalah
- Kefahaman Bahasa Inggeris
 
Untuk mendapatkan pakej nota dan contoh soalan, dapatkan di: https://go.infotambahan.com/ebookextra/28

Contoh Soalan Exam Online Penolong Hal Ehwal Islam S29

 

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Hal Ehwal Islam S29

Format peperiksaan:

- Pengetahuan Am
- Daya Menyelesaikan Masalah
- Kefahaman Bahasa Inggeris
 
Untuk mendapatkan pakej nota dan contoh soalan, dapatkan di : https://go.semakan.info/ebookextra/28