Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Pertahanan Awam KP19

 

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Pertahanan Awam KP19

Jika anda dipanggil ke Peperiksaan PEMBANTU PERTAHANAN AWAM GRED KP19, anda boleh mendapatkan Set Contoh Soalan Pembantu Pertahanan Awam KP19 di: https://go.semakan.info/pertahanan-kp19/28

Whatsapp 013 979 0000 untuk bantuan lanjut.

Peminat tegar sanggup labur duit untuk beli nombor plat kenderaan unik

 

Bagi peminat tegar yang mahu memiliki nombor plat kenderaan unik untuk meng­abadikan nama, nama gelaran dan nama orang tersa­yang, mereka pas­tinya sanggup ber­belanja besar demi merealisasikan impian itu.

Sehubungan itu, ada yang sanggup membayar sehingga RM200,000 semata-mata keinginan untuk memiliki nombor plat kenderaan unik tersebut.

Berdasarkan permintaan dan pertanyaan yang semakin ba­nyak diterima daripada pelanggan, syarikat bumiputera, Smart Plate Malaysia telah memba­ngunkan website yang menyediakan perkhidmatan menawarkan pelbagai koleksi nombor plat kenderaan yang mungkin menjadi pilihan mereka.

Perniagaan yang dijalankan sejak tiga tahun oleh Pengarah Urusan Smart Plate, Mohd. Syah Rizal Ahmad dan Pengarahnya, Rudie Iswadie Ismail itu pada asalnya dibina atas dasar minat semata-mata.

Kini, laman web tesebut telah menjadikan mereka semakin po­pular dalam kalangan pe­ngumpul nombor plat kenderaan.

Mohd. Syah Rizal berkata, sehingga kini syarikat memiliki kira-kira 5,000 nombor plat kenderaan yang boleh dipilih dengan anggaran nilai hampir RM20 juta.

“Ia terbahagi kepada beberapa jenis kategori nombor plat ­iaitu nombor plat orang kenamaan (VVIP), plat khas, plat terkini, nombor plat klasik, nombor plat emas dan nombor plat nama dan unik.

“Harga purata ialah antara RM4,800 hingga RM8,000 tetapi jika pelanggan itu memerlukan nombor plat khusus seperti dua angka, klasik, emas dan unik maka nilainya bertambah berdasarkan beberapa faktor.

“Sebagai contoh, nombor plat WAT 113 (seakan nama Wati) dijual pada harga RM30,000,” kata­nya ketika ditemui di pejabatnya di Setapak, Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut mengenai website tersebut, Rudie Iswadie menerangkan, ia dibangunkan lebih daripada tiga bulan dengan menyediakan pelbagai nombor plat kenderaan yang boleh dipilih mengikut kategori.

“Website yang mesra pengguna itu akan memudahkan pencarian mereka dan melalui kemudahan tersebut, kami memberi peluang perniagaan berpotensi kepada mana-mana usahawan untuk menjadi ejen bagi mempromosikan perkhidmatan ini,” jelasnya.

Tambah beliau, sehingga kini, syarikat memiliki lebih daripada 70 ejen di seluruh negara dan mereka yang aktif mampu me­raih pendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000.

Jelasnya, syarikat melihat permintaan terhadap nombor plat kenderaan bukan bermusim dan tidak terkesan daripada persekitaran ekonomi yang sukar kini.

Lebih menarik, minat golo­ngan bumiputera terhadap nombor plat kenderaan istimewa ini mula berkembang sejak tujuh tahun lalu ekoran perubahan gaya hidup dan peningkatan taraf hidup masing-masing.

“Malah kami melihat, ada pemi­nat yang menjadikan plat nombor unik ini sebagai satu pelaburan menguntungkan ke­rana ia bakal menjadi rebutan dalam beberapa tahun akan datang.

“Ini dapat dilihat pada pemilik plat nombor kenderaan WHW 1 yang dahulunya berjaya dibida pada harga RM100,000 kini nilainya telah bertambah kepada RM200,000,” ujarnya.

Smart Plate Malaysia boleh dilayari di : https://www.smartplate.my/

 

THijari untuk Pengurusan Akaun Tabung Haji

 

Ditubuhkan pada tahun 1969, TH menjadi satu badan yang menguruskan permohonan serta perjalanan untuk masyarakat negara ini melaksanakan ibadah tersebut.

TH juga menjadi institusi kewangan Islam untuk umat Islam menabung dan mengumpulkan wang bagi membiayai kos perbelanjaan menunaikan ibadah haji.

Sebelum ini, sebarang urusan sama transaksi atau sebagainya, pendeposit perlu ke pejabat TH berdekatan untuk menyelesaikannya.

Namun seiring transformasi dalam bidang teknologi, TH bergerak ke hadapan dengan mengambil pendekatan membangunkan dan memperkenalkan aplikasi THiJARI.

Melalui aplikasi tersebut, pelbagai transaksi boleh dilakukan dengan menggunakan hujung jari.

www.thijari.com.my


Minggu Saham Digital PNB 2020

 

Selaras dengan perkembangan transformasi digital, Permodalan Nasional Berhad (PNB) menganjurkan Minggu Saham Digital (MSD) buat pertama kali bermula 18 hingga 24 November ini melalui aplikasi Facebook dan YouTube.

Acara digital tujuh hari itu akan disiarkan secara langsung setiap hari antara pukul 12.30 tengah hari dan 10.30 malam bagi memberi peluang kepada pemegang unit PNB mendapat gambaran bagaimana pelaburan mereka menyumbang kepada kekuatan ekonomi Malaysia.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Aziz berkata, PNB telah berjaya meletakkan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) sebagai acara tahunan yang sentiasa dinanti-nantikan dengan pelbagai aktiviti pendidikan yang mesra keluarga selama dua dekad.

“Bagaimapaun, MSD adalah bukti bagaimana PNB terus berkembang serta mendukung cara baharu dan menarik untuk mendekati pemegang unit kami dan rakyat Malaysia secara umumnya, dengan matlamat untuk memperkasakan literasi kewangan melalui platform digital yang mudah untuk dilayari.

“Acara ini merupakan satu langkah penting ke arah perjalanan transformasi organisasi PNB yang lebih luas. Dengan menganjurkan acara tahunan kami secara dalam talian, semua lapisan masyarakat daripada pelbagai peringkat umur boleh menikmati pelbagai kandungan aktiviti menarik di kediaman mereka sendiri atau di mana sahaja mereka berada, kerana semuanya kini mudah diakses hanya di hujung jari,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pelbagai aktiviti boleh dimanfaatkan daripada siri forum dan webinar pendidikan, kepada segmen-segmen yang menghiburkan seperti konsert maya.

Menurut PNB, menerusi acara digital yang lain daripada yang lain itu, peserta juga boleh menyertai acara permainan, rancangan memasak, eksperimen sains yang unik, pertandingan pencarian harta karun maya, ‘Eh, Mana Kod?’ serta pertandingan lakaran pelitup muka, #LakaranJuara.

Peserta berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai lebih RM500,000 termasuk sebuah Ford Ranger 2.0L XLT 4WD (10AT), Toyota Vios 1.5G (AT), Perodua Aruz 1.5AV (AT), Honda CBR250, lapan buah Honda Dash 125S dan e-baucar Lazada bernilai lebih RM180,000 tertakluk pada peraturan, terma dan syarat.

Rakan korporat PNB untuk MSD terdiri daripada tiga peringkat iaitu kategori Rakan Premier ialah Maybank Berhad, Sime Darby Plantation Berhad dan UMW Holdings Berhad; Rakan Utama pula terdiri daripada Sime Darby Berhad, Sime Darby Property Berhad, SP Setia Berhad, MIDF Berhad dan Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua).

Bagi kategori Rakan terdiri daripada MNRB Holdings Berhad, CCM Berhad, Duopharma Biotech Berhad, Velesto Energy Berhad, Sapura Energy Berhad dan Projek Lintasan Kota Hol­dings (Prolintas).

PNB akan mengumumkan tetamu dan personaliti jemputan serta jadual program pada minggu akan datang. Bagi maklumat lanjut, layari www.minggusahamdigital.com.my atau @minggusahamdigital di Instagram dan Facebook. 

Sumber : Utusan 

 

Promosi NJOI 2020

 

PROMOSI NJOI 2020

PEMASANGAN SIARAN TV TANPA BAYARAN BULANAN

✅Tanpa bil bulanan
✅Tanpa caj tahunan
✅Tiada Kontrak

1. Promo Dekoder sahaja = RM309 siap pasang (sudah ada piring sediaada)

Semasa pemasangan akan terima:
1) dekoder astro NJOI (baru)
2) remote control
3) wayar HDMI

2. Promo set lengkap = RM399 siap pasang

Semasa pemasangan akan terima:
1) dekoder astro NJOI (baru)
2) remote control
3) wayar HDMI
4) prepaid NJOI bernilai RM20
5) piring & wayar 15 meter dari piring ke dekoder
6) Percuma prepaid Njoi bernilai RM20

Harga termasuk sst 6%

WhatsApp 013 979 0000 untuk mendaftar

Awesome TV

 

Awesome TV adalah sebuah saluran PERCUMA (FTA) yang disiarkan melalui myFreeview di MYTV. Dipancarkan dengan Definisi Tinggi (HD), Awesome TV melalui saluran 112 menawarkan pengisian program yang pelbagai untuk memenuhi citarasa masyarakat tempatan berusia 10 tahun hingga 65 tahun.

Misi Awesome TV adalah untuk menghasilkan pengisian yang segar dan menarik selari dengan fokus utama untuk dikenali sebagai penggalak minda atau “mood booster” di kalangan masyarakat Malaysia.

Mengetengahkan 5 genre utama iaitu Komedi, Hiburan, Drama, Bicara dan program kanak-kanak, Awesome TV turut menyiarkan variasi hiburan Thai, Korean, Hollywood, Bollywood dan Indonesia.

Awesome TV memulakan siaran sulungnya pada 3 Ogos 2020 jam 6.00 pagi. Siaran ini boleh ditonton melalui TV pintar ataupun melalui set dekoder MYTV. Ini bersesuaian sekali sebagai langkah menyahut inisiatif kerajaan dalam pemindahan siaran analog ke digital seluruh Malaysia secara percuma.

Tidak hanya tertumpu kepada siaran percuma melalui TV, Awesome TV juga mensasarkan untuk bersiaran secara digital sepenuhnya. Pengisian Awesome TV boleh ditonton melalui laman sesawang www.awesometv.my

 

Bayaran Fasa Pertama BPN 2.0


 

Bayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 berjumlah 7 billion akan disalurkan kepada 10.6 juta penerima BPN mengikut isi rumah dan individu bujang, secara berperingkat bermula 26 Oktober ini.

Pecahan bayaran bagi fasa pertama BPN 2.0 bagi kategori pertama penerima adalah isi rumah B40 yang akan menerima RM1,000 sementara RM500 bagi kumpulan B40 bujang.

Manakala, bagi kumpulan ketiga adalah isi rumah M40 yang akan menerima RM600 sementara M40 bujang akan menerima RM300.

  • Ansuran pertama – Oktober 2020 (RM700)
  • Ansuran Kedua – Januari 2021 (RM300)

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, bagi memastikan BPN sampai kepada mereka yang benar-benar layak, proses semakan atas permohonan baharu akan dibuat dalam kadar segera. Bagi mereka yang diluluskan, bayaran akan dibuat secara sekaligus pada Januari 2021.

 

Selebriti popular mula berpurdah

 

Perubahan positif yang dilakukan pengacara yang juga usahawan terkenal, Neelofa dengan memakai purdah telah mencetuskan fenomena baharu dalam kalangan selebriti wanita tanah air.

Tinjauan di laman media sosial mendapati beberapa selebriti wanita telah berkongsi dan memuat naik foto masing-masing dalam keadaan berpurdah.

Antara yang mencuri tumpuan ialah penyanyi, Ifa Raziah selain bekas ahli kumpulan Elite, Linda Rafar dan pelakon, Yatt Hamzah.

Berdasarkan kenyataan yang dimuat naik oleh selebriti berkenaan, rata-rata mereka menyambut baik perubahan yang ditunjukkan Neelofa selain memohon doa daripada peminat agar diberikan kekuatan untuk menjadi yang lebih baik.

Yatt atau nama sebenarnya, Hayati Hamzah yang memuat naik gambar dirinya mengenakan purdah berwarna putih me­nyatakan, dia begitu teruja melihat beberapa sahabat yang telah mengenakan purdah.

Sementara itu, bekas peserta Gegar Vaganza, Ifa Raziah juga tidak ketinggalan untuk bergambar dengan mengenakan purdah.

Tidak cukup dengan itu, bekas ahli kumpulan Elite, Linda Rafar turut memuat naik seke­ping gambar memakai purdah dan berjubah.

Linda turut menjadikan Neelofa sebagai inspirasi kepada diri­nya untuk terus menjadi seorang hamba Allah yang bertakwa.

Untuk rekod, sebelum Nee­lofa, Fynn Jamal, Ardell Aryana, Natasha Hudson antara selebriti tanah air yang telah mengenakan purdah.

Bagaimanapun, pada tahun lalu, Natasha dilihat tidak lagi mengenakan purdah kerana dikatakan telah mendapat izin suami­ untuk berbuat demikian. Begitu juga dengan Ardell Aryana.

Sumber : Kosmo!

Nak rujukan Ujian Psikometrik SPA?

 

Ni antara tapisan dalam kerjaya
kerajaan;
- Ujian Online
- Ujian Psikometrik
- Ujian Fizikal
- Assessment Center
- Temuduga
 
Ikut jawatan lah. Ada yang tak perlu
pun beberapa ujian, cukup ujian online
ja.
 
Tapi kan, dalam banyak-banyak
ujian ini, UJIAN PSIKOMETRIK paling
unik dan istimewa.
Sebab?
 
[KELEBIHAN]
Ujian yang paling mudah dijawab
 
[KEBURUKAN]
Ujian yang paling banyak perangkap
 
Serius. Sebab soalan-soalannya
hanya tanya berkaitan anda
setuju atau tidak saja 🙂
 
Memang senang, tapi kalau anda
tak teliti, anda akan masuk perangkap
yang bakal MENGGAGALKAN anda.
 
Tak semua orang perasan perangkap
yang anda. Rujukan ini kongsikan
bagaimana untuk anda TAK TERKENA
PERANGKAP ini.
 
Ini rujukan yang anda perlukan;
 
Jangan jadi seperti calon lain yang
ambil mudah ujian ini.. tapi
TERKORBAN lepas tu.
 
All the best untuk UJIAN PSIKOMETRIK
anda nanti!
 
 

Tawaran Sewa Kedai di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Jabi, Terengganu

 


 

Hentian Rehat & Rawat Jabi di Besut, Terengganu akan dibuka tidak lama lagi. Peniaga kedai, peniaga sate dan kiosk yang berminat untuk menyewa dipelawa membuat permohonan kepada Majlis Daerah Besut.
 
Hentian ini terletak di Kg Anak Ikan, Jabi (Jalan Persekutuan Kuala Terengganu - Kota Bharu). Keistimewaan hentian rehat ini ialah ia menyediakan tempat untuk menikmati hidangan sate di mana di sini terkenal dengan Sate Jabi.

Pemohon boleh melihat iklan tawaran di bawah untuk maklumat lanjut.