Contoh Soalan Peperiksaan Juruaudit W41



Jika anda salah seorang calon Peperiksaan Juruaudit Gred W41 pada 9 Mac 2018 ini, anda tentu sedang mencari-cari nota rujukan dan contoh soalan peperiksaan Juruaudit. Untuk makluman anda, pihak Infokerjaya akan sekali lagi akan mengeluarkan edisi terkini rujukan nota dan contoh soalan peperiksaan Juruaudit W41. Sila whatsapp ke no. 0139790000 untuk maklumat lanjut apabila ia dikeluarkan nanti.

Pakej Rujukan Soalan Peperiksaan Infokerjaya telah menjadi satu-satunya rujukan penting dan berguna sejak tahun 2008 untuk semua peperiksaan jawatan SPA. Walaupun ia bukanlah soalan bocor namun pakej panduan ini memberi pendedahan dan latih tubi kepada calon untuk bersedia menghadapi soalan peperiksaan sebenar.

Hotlink Postpaid Flex



Maxis Bhd. (Maxis) memperkenalkan Hotlink Postpaid Flex, pelan pascabayar yang menggabungkan ciri-ciri prabayar dan pascabayar dalam satu pelan.

Produk pertama seumpamanya dalam pasaran itu diperkenalkan sejajar dengan trend semasa yang menyaksikan lebih ramai pelanggan kini bertukar kepada produk pascabayar.

Pada masa ini, ramai pengguna bertukar kepada produk pascabayar kerana lebih banyak pelan ditawarkan pada harga berpatutan, lebih memudahkan serta pengalaman internet yang ­dipertingkat.

Hotlink Postpaid Flex adalah bertepatan pada masanya, sesuai dengan perubahan trend pasaran, sekali gus dapat me­ngukuhkan jenama Hotlink dan Maxis sebagai antara pemain utama dalam industri ini.

Hotlink Postpaid Flex memberi pelanggan le­bih banyak pilihan dan fleksibiliti untuk mencipta dan menaiktaraf sendiri pelan internet masing-masing berdasarkan apa yang mereka mahu.

Ini termasuk pelbagai aplikasi dengan penggunaan tanpa had, selain pilihan untuk pelanggan menikmati kemudahan menguruskan pelan mereka dalam satu bil bulanan.

Ditawarkan pada harga asas daripada RM30 sebulan, Hotlink Postpaid Flex turut menawarkan panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa had ke semua rangkaian serta data berkelajuan tinggi sebanyak 1 Gigabait.

Selain itu, pengguna boleh menaiktaraf pelan internet tersebut pada bila-bila masa, bergantung kepada penggunaan masing-ma­sing dengan penawaran aplikasi sosial, chat atau muzik tanpa had pada harga serendah RM5.00.

Rahsia Untuk Kurangkan Rasa Takut Naik Kapal Terbang



Juruterbang sentiasa jalani latihan berulang

Juruterbang dikehendaki menjalani 'latihan semula' setiap enam bulan. Mereka tidak hanya bergantung kepada kelulusan atas kertas sahaja. Mereka melalui penilaian bakat dan sikap, ujian psikologi dan kecekapan dan ujian situasi kecemasan dalam simulator. Anda boleh yakin bahawa juruterbang tahu serba-serbi mengenai pesawat kendalian mereka.

Kalau gementar, pilih terbang waktu pagi

Pemanasan pada tanah pada waktu siang akan menyebabkan pesawat terhentak-hentak di udara dan lebih banyak kemungkinan ribut petir berlaku pada waktu petang, menurut seorang juruterbang dari Los Angeles. Terbang pada waktu pagi membantu jika anda mencari kadar hentakan yang lebih rendah, kurang kelewatan dan lapangan terbang yang kurang padat.

Duduk dekat sayap jika mahu selesa

Semua orang tahu bahawa tempat duduk paling banyak hentakan biasanya di bahagian belakang. Pesawat seperti jongkang jongkit, menurut seorang juruterbang dari Seattle.

"Jika anda berada di tengah-tengah, anda tidak akan berasa hentakan atau pergerakan ketara."

Ini adalah cara yang boleh digunakan jika anda mahu tidur sepanjang penerbangan.

Juruterbang tak bimbangkan 'turbulance'

Gelora udara (turbulance) tidak berbahaya walau ia tidak menyenangkan. Pesawat tidak akan terhempas kerana pergolakan udara. Ia sebenarnya harus dijangka kerana ia adalah sebahagian daripada penerbangan. Faktor-faktor yang berbeza boleh menyebabkan pergolakan.

Memandu lebih bahaya

Hampir 1.3 juta orang mati dalam kemalangan jalan raya setiap tahun di seluruh dunia, purata 3,287 kematian sehari, menurut Persatuan untuk Perjalanan Selamat Jalan Raya Antarabangsa (ASIRT).

Di AS sahaja, jumlah kemalangan tahunan ialah 37,000.

Sebagai perbandingan, pada tahun 2016, terdapat 19 kemalangan maut pada tahun ini, menyebabkan 325 kematian, menurut Rangkaian Keselamatan Penerbangan.

Pakai kasut sesuai

Fikir saja mengenainya. Apakah pakaian terbaik jika penerbangan terpaksa dipindahkan? Ramai yang memakai kasut sarung untuk keselesaan, mudah dibuka dan dipakai semula.

Bagaimanapun, mereka akan jatuh jika terpaksa berlari atau keluar dengan cepat.

Pesawat mendarat 'kasar' dengan sengaja

Jangan takut jika kapal terbang mendarat dengan 'kasar' kerana ia dibina untuk mengatasi tekanan yang melampau berbanding pendaratan biasa. Kadang-kadang pendaratan seperti itu disengajakan. Sebagai contoh, anda mungkin berdepan pendaratan 'kasar' ini jika hujan dan terdapat air landasan. Ini perlu untuk mengelakkan pesawat tergelincir atau gelongsor.

Cuaca sentiasa dipantau

Juruterbang sentiasa memeriksa cuaca sepanjang laluan sehinggalah ke destinasi akhir. Pelan alternatif dibuat sekiranya cuaca tidak begitu baik. Mereka juga berhubung dengan ATC (Kawalan Trafik Udara) yang boleh memberi arahan kepada pesawat jika perlu.

Pesawat tak akan berlanggar

Beribu-ribu pesawat berada di udara setiap saat. Anda boleh berterima kasih kepada Kawalan Trafik Udara kerana mengelakkan kemungkinan perlanggaran. Kapten akan buat permintaan landasan yang mereka mahu, satu set koordinat digunakan untuk menjejaki progres, melaporkan lokasi mereka melalui radio.

Tak boleh buka pintu semasa penerbangan

Jangan bimbang, ia tidak akan berlaku. Pintu pesawat komersial dikunci rapat bagi mengatasi tekanan kuat. Seorang penumpang memerlukan sebuah bicu hidraulik untuk membukanya. 

Sumber maklumat : The Active Times

Promosi Terkini Astro 4 Februari 2018






Promosi sekarang

*offer 1:RM 99 ( byond )*
🔧 *Installation RM 99*
*T & C*
I) Contract 24 Bulan
ii) Free Preview 30 hari drpd tarikh activated

*Offer 2 ( Non Contract Camp )*

Zapper
🔧Installation RM 199
✂ Rebate RM 26.50 X 24 Bulan Untuk subscription RM84.80 > Keatas

PVR
🔧Installation RM 299
✂ Rebate RM 26.50 X 24 Bulan Untuk subscription RM84.80 > Keatas

*T & C*
I) Tiada Contract
ii) Free Preview 30 hari drpd tarikh activated
iii) Rebate drpd bulan pertama dan rebate Akan hilang Jika Acc disconnect.

Basic monthly package RM42.35 sebulan

Untuk daftar, bagi Nama Penuh, Alamat Pemasangan dan No. Telefon. Sertakan juga gambar Kad Pengenalan (Mykad) depan dan belakang. Tuliskan URUSAN ASTRO SAHAJA di atas gambar. WhatsApp ke : 013-9790000

Promosi Terkini Astro 15 Disember 2017 - Pakej Astro Family Pack Extra RM26.50 sebulan



ASTRO FAMILY PACK EXTRA - RM26.50 SEBULAN

Tempoh Kempen Promosi Pakej RM26.50 : 15 Disember 2017 - 31 Januari 2018

Pemasangan hanya RM50.00

Bulan Pertama perlu bayar RM60.40

Bulan Kedua dan seterusnya RM26.50 setiap bulan sampai bila-bila dengan syarat kena bayar tepat setiap bulan sebelum tarikh akhir bil dan tidak boleh tertunggak.

Tidak perlu autodebit seperti promosi pakej biasa.

Kontrak 2 tahun - Tidak boleh tutup akaun sebelum tempoh berakhir.

Untuk mendaftar dan pemasangan promosi Astro, sila whatsapp ke : 013-9790000 (Adha)

1. Gambar Mykad Depan Belakang

2. Alamat Pemasangan dan Nombor Telefon

3. Bil Utiliti (Air atau Elektrik) jika berumur bawah 26 tahun

12 Finalis Muzik-Muzik ke Juara Lagu AJL 32


Berikut senarai 12 finalis Muzik-Muzik 32 yang layak bertanding dalam Juara Lagu - AJL 32

1. Sejati - Faizal Tahir (Azmi dan caliph Busker)
2. Tergantung Sepi - Haqiem Rusli.
3. Jampi - Hael Husaini
4. Separuh Mati Ku Bercinta - Dayang Nurfaizah
5. Amboi - Altimet
6. Lebih Sempurna - Syamel.
7. Aku Yang Sebenarnya - Hazama dan Penglipurlara
8. Akhirnya Cinta – Salma
9. Menahan Rindu - Wany Hasrita.
10. Aku Cinta - Syamel dan Ernie Zakri.
11. Bayang - Khai Bahar
12. Warkah Untuk Mu - Ara Johari


Persembahan Muzik-Muzik 32 Separuh Akhir (Minggu Pertama)
1. Mata - Ayda Jebat
2. Amboi - Altimet
3. Akhirnya Cinta – Salma
4. Sejati - Faizal Tahir (Azmi dan caliph Busker)
5. Segalanya - Haqiem Rusli
6. Aku Yang Sebenarnya - Hazama dan Penglipurlara
7. Di Sana Cinta Di Sini Rindu - Tajul dan Wany Hasrita
8. Aisyah - Projector Band
9. Bukan Propaganda – Syamsul Yusof dan Mawi
10. Bayang - Khai Bahar

Persembahan Muzik-Muzik 32 Separuh Akhir (Minggu Kedua)
1. Rempuh - Tomok dan Black
2. Jangan Menangis - Aizat Amdan
3. Warkah Untuk Mu - Ara Johari
4. Zalikha - Floor 88
5. Jangan Pernah Berdusta - Drama Band dan Haiza
6. Aku Sanggup - Sufi Rashid
7. Terus Mencintai - Siti Nordiana
8. Separuh Mati Ku Bercinta - Dayang Nurfaizah
9. Permata Cinta - Aiman Tino
10. Harus Aku - Sufian Suhaimi

Persembahan Muzik-Muzik 31 Separuh Akhir (Minggu ketiga)
1. Aku Cinta - Syamel dan Ernie Zakri.
2. Menahan Rindu - Wany Hasrita.
3. Menanti Janji - Ronnie Hussin.
4. Lagu Untuk Laila – Akim & The Majistret.
5. Sedalam - Dalam Rindu – Tajul.
6. Sabar - Ismail Izzani.
7. Lebih Sempurna - Syamel.
8. Tergantung Sepi - Haqiem Rusli.
9. Berakhirlah Sudah - Atmosfera.
10. Jampi - Hael Husaini

10 Penerbangan Terbaik Dunia 2018



Sepanjang lima tahun berturut-turut AirlineRatings.com menamakan Air New Zealand sebagai syarikat penerbangan terbaik di dunia.

"Ini merupakan tahun kelima Air New Zealand dianugerahkan gelaran itu kerana pencapaian kewangan mereka yang hebat, inovasi dalam penerbangan, persekitaran kepimpinan, kru yang muda dan motivasi pekerjanya.

"Faktor ini menjadikan mereka sebagai peneraju trend dalam industri penerbangan," tulis Ketua Editor Dalaman AirlineRatings.com, Geoffrey Thomas.

Berbeza dengan ulasan penerbangan lain yang hanya memberi fokus terhadap penilaian aspek untuk berdepan dengan pengguna, AirlineRAtings.com mengambil pendekatan yang lebih holistik dalam membuat penilaian.

Untuk memilih penerbangan terbaik di dunia, laman ulasan keselamatan penerbangan dan produk dari Australia itu membariskan lapan editor veteran untuk membuat penilaian.

Mereka menggariskan 13 kriteria yang dikatakan sebagai denyut nadi setiap penerbangan.

Kriteria itu termasuklah penilaian produk, keselamatan, ulasan penumpang, usia penerbangan, keuntungan, kelas penerbangan yang disediakan, pencapaian dalam laporan persekitaran, isu pekerja, kemalangan, ciri inovasi dan harus berada dalam 50 senarai penerbangan teratas.

Berdasarkan kriteria itu, pasukan editorial telah memilih 10 penerbangan terbaik di dunia.

Berikut adalah senarai 10 penerbangan terbaik di dunia:

1. Air New Zealand: AirlineRatings.com meningkatkan kriteria penilaian dari sembilan kepada 13 aspek pada tahun ini. Namun, Air New Zealand masih lagi muncul juara.

2. Qantas: Penerbangan yang berada bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif Alan Joyce ini terus melakukan transformasi dan menjadi buah hati pasaran stok dengan harga saham meningkat daripada AS$0.76 (RM3.21) kepada AS$4.88 (RM20.64) sejak enam tahun lalu. Ujar Thomas, penerbangan ini juga menjadi buah hati penumpang penerbangan kerana sentiasa mendapat ulasan tinggi.

3. Singapore Airlines: "Pertukaran kepada model pesawat A380C mungkin agak lewat untuk mereka memenangi anugerah tahun ini tetapi ia berkemungkinan dapat menjuarai senarai tahun berikutnya. Bagaimanapun, kami belum tahu lagi apa yang ditawarkan oleh mereka menerusi pesawat baharu ini.

4. Virgin Australia: Berkemungkinan ada yang akan mempertikai kenapa penerbangan ini berada pada kedududukan keempat. Namun, juri berpendapat, kru kabin mereka mempunyai kelas tersendiri dan produk yang ditawarkan menerusi penerbangan mereka juga sangat hebat.

5. Virgin Atlantic Airways: Satu lagi penerbangan milik Richard Branson. Sebagaimana Virgin Australia, penerbangan ini juga menawarkan produk yang komprehensif dan kru kabin yang bersungguh-sungguh memberi perkhidmatan terbaik buat penumpang mereka.

6. Etihad Airways: Walaupun Etihad Airways banyak menghadapi kerosakan pesawat pada tahun ini, prestasi mereka masih hebat. Produk yang ditawarkan menerusi penerbangan Etihad juga sangat menonjol.

7. All Nippon Airways (ANA): Satu lagi tahun yang membanggakan buat ANA dan operasi mereka juga bertambah baik. Wartawan penerbangan veteran turut berpendapat bahawa ANA akan menjadi pesaing utama dalam senarai teratas pada tahun hadapan.

8. Korean Air: Daripada penerbangan kelas bawahan pada tahun 2000, Korean Air merupakan antara pilihan pertama pada hari ini.

9. Cathay Pacific: Walaupun cathay Pacific terpaksa bersaing dengan penerbangan dari Hong Kong dan China, asas produk mereka yang cemerlang membolehkan penerbangan ini tersenarai dalam 10 penerbangan terbaik dunia tahun ini.

10. Japan Airlines: Penerbangan ini terus bangun dari kejatuhan ekonomi mereka pada 2010-2011. Kini, ia terus maju dan apa yang ditawarkan juga sangat menyerlah dalam dunia penerbangan.

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41


Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41

Format Peperiksaan Akauntan Gred WA41:

Seksyen A – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Sekeliling

Terdapat 50 soalan yang perlu dijawab oleh calon peperiksaan akauntan W41 ini. Soalannya berbentuk pilihan. Kebanyakannya soalan adalah berkaitan dengan perakaunan.

Seksyen B – Daya  Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen B, terdapat 40 soalan matematik yang perlu anda selesaikan dalam masa 45 minit. Ia juga dalam bentuk pilihan.  Ia untuk menguji kemahiran untuk mengira dan juga menilai data yang diberikan. 

Untuk mendapatkan pakej lengkap Soalan dan Nota Peperiksaan Akauntan Gred WA41 pada 10 November 2017, dapatkan sekarang di : http://infotambahan.com/akauntan/28

WhatsApp perkenal ciri padam mesej


Anda pernah tersalah hantar mesej tidak sepatutnya kepada penerima yang bukan orang dituju melalui WhatsApp?

Pastinya sesuatu yang memalukan apabila mesej tersebut mengandungi maklumat rahsia dan peribadi yang tidak sewajarnya diketahui orang lain.

Kini anda tidak perlu bimbang kerana kemas kini terbaharu WhatsApp memperkenalkan ciri memadam mesej yang baru dihantar dalam tempoh masa tertentu.

Melalui ciri yang terdapat pada sistem operasi Android, iPhone serta Windows Phone ini, anda boleh memilih sebarang mesej yang tersalah hantar dan memadamnya dalam perbualan individu serta kumpulan.

Berikut langkah-langkah mudah yang perlu diikuti untuk memadam mesej anda:

1. Langkah pertama, pilih mesej berkaitan yang anda ingin padam.

2. Tekan pada mesej yang ingin dipadam selama tiga saat hingga muncul paparan pilihan.

3. Kemudian, anda boleh memilih sama ada memadam mesej hanya pada peranti anda sahaja (pihak kedua masih boleh membacanya), atau memadam mesej untuk semua pembaca dalam perbualan tersebut.

4. Paparan mesej anda akan diganti dengan mesej 'You deleted this message'.



5. Akhir sekali, mesej berkenaan haruslah dipadam dalam tempoh kurang tujuh minit dan selepas tempoh itu, mesej yang dipilih tidak boleh dipadam lagi.

Mesej yang telah dipadam akan digantikan dengan mesej 'You deleted this message'.