Bonus Bantuan Khas Kakitangan Awam 2017



Penjawat awam (kakitangan kerajaan persekutuan) dan pesara kerajaan akan menerima bantuan khas kewangan bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri 2017.

Kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan khas Hari Raya 2017 seperti berikut :-
- Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri 2017 untuk Kakitangan Awam sebanyak RM500 dan RM250 untuk pesara kerajaan (penerima pencen)
- Tarikh Bayaran : sebelum 9 Jun 2017
- Anggaran peruntukan : RM1 bilion

Pada tahun 2016, penjawat awam juga telah menerima Bantuan Khas Kewangan Hari Raya sebanyak RM500 dan RM250 untuk pesara kerajaan (penerima pencen) sama seperti tahun ini. Bantuan ini adalah bukanlah bonus sebulan gaji seperti tuntutan CUEPACS namun ia adalah bantuan khas untuk persiapan hari raya.

Masalah Tiada Signal Astro



Sekiranya masalah tiada signal astro masih berlaku, sila cuba langkah-langkah asas teknikal berikut dahulu ya.


1. Pastikan kad pintar di dalam dekoder.

2. Tekan butang 'home'.

3. Pilih 'settings', tekan butang OK.

4. Pilih 'STB diagnostic', tekan butang OK.

5. Sila pastikan di bahagian "Current Entry point Name" ialah : Universal, 01 M3 VL- 10982.

6. Jika entry point berlainan, sila ubah melalui settings > Installation Settings > Pin 0000 > Satellite Settings > LNB > entry point Universal, 01 M3 VL- 10982 > Scan dan kunci signal.Tetapan > Tetapan pemasangan . Pin 0000 > Tetapan Satelit > LNB > entry point 01 M3 VL- 10982 > Scan dan kunci signal 

7. Jika entry point tepat, di bahagian tuner 1, sila dapatkan bacaan untuk Strength Reading (%) & Quality Reading (%)

8.Tutup plug dekoder astro, ketatkan kabel, hidupkan semula dekoder dan semak semula servis


Kelebihan Sayur-Sayuran




1) Timun - Membantu Dalam Penurunan berat badan dan Penghadaman
Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt rendah lemak.

Mengunyah timun memberikan rahang anda senaman yang baik dan serat di dalamnya baik untuk penghadaman. Ambil timun sebagai makanan harian sebagai bantuan untuk sembelit kronik.

2. Tomato - membentuk otot tubuh sangat ideal sebagai makanan pendamping yang sihat. Untuk mendapatkan otot yang kuat dan sihat, tidak hanya buah ini saja tapi anda perlu berolahraga dengan teratur.

3. Capsicum - Benggala sama ada merah,kuning atau hijau semuanya adalah berKHASIAT.
Di samping itu capsicum ni sesuai dibuat snek semasa kita dalam pemprosesan tengah diet kan!! Tapi bukan makan terus macam tu...mesti la mempunyai beberapa Protein dan Vitamin seperti daging , ayam , ikan dan sedikit timun ke tomato ke kubis ke buat mcm sayur kfc tu pastu balut dengan lada.

Capsicum bertindak sebagai agen penyembuhan badan - Catalyst Herbs. Ia membantu masalah gastrousus seperti ulser perut, cirit birit dan dispepsia dan juga mengurangkan masalah kembung perut.

Capsicum mempunyai tahap vitamin A dan C yang tinggi dan bertindak sebagai antioksida yg sangat bagus. Antioksida membantu untuk menghalang kerosakan radikal bebas dlm sel-sel saraf dan saluran darah.

Capsicum membantu untuk menurunkan paras gula dalam darah dan menormalkan semula tekanan darah.

4. Sayur salad - Salad hijau memberi kesan yang baik pada penghadaman. Ini kerana sayuran ini kaya nutrien seperti vitamin A, asid folik, fiber, magnesium, potasium dan fosforus membuatkan perut terasa lebih kenyang sekali gus menurunkan berat badan.

Selain itu sayuran ini juga mengandungi beta karotin yang baik untuk sistem imunisasi dan mencegah kanser. Memakan sayur-sayuran setiap hari menjadikan badan lebih beralkali. Ini kerana jika kandungan asid terlalu tinggi dalam badan, penyakit akan mudah singgah dan memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Drama Bersiri Magnificent Century



Mulai 10 Mei 2017, Telenovella Muhteşem Yüzyıl (Magnificent Century) bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di Astro Prima 105 dan Maya HD 135. Drama bersiri telenovela berkualiti tinggi sejarah Uthmaniah Turki yang mendapat sambutan hangat bukan saja di Turki tapi juga di negara berbahasa Latin dan Eropah.

Kisah Sultan Suleiman yang ayahnya telah meninggal dunia ketika dia sedang berburu di hutan. Dalam perjalanannya untuk menaiki takhta menggantikan ayahnya, Sultan Suleiman bertemu seorang gadis bernama Alexandra yang akan diculik oleh bangsar Tartar sementara ibu, ayah dan adiknya telah tewas di tangan mereka.

Ia berdasarkan kehidupan Süleyman Magnificent, sultan yang paling lama memerintah Empayar Uthmaniyyah.

Selepas kematian ayahnya, Sultan Süleyman dipanggil untuk menjadi raja atas Empayar Uthmaniyyah yang semakin berkembang pada usia 26 tahun. Beliau memutuskan untuk menegakkan keadilan undang-undang dan membuat Empayar Uthmaniyyah yang lebih besar daripada sebelumnya.

Bermula percintaan dengan Hürrem, gundik Crimean dalam harem beliau. Asalnya dinamakan Aleksandra Lisovska dia telah dibawa ke istananya di Istanbul bersama-sama dengan hamba-hamba lain untuk harem beliau. Wanita berani itu membenci orang-orang yang ditangkap dan dijual beliau, menentang penculiknya dan ingin mengikuti keluarga si mati beliau dalam alam maut, sehingga dia jatuh cinta dengan Sultan.

Walau bagaimanapun, ia menimbulkan kemarahan Mahidevran Sultan, ibu kepada anak sulung Süleyman, dan Pargalı İbrahim Paşa, penasihat dan tangan kanan lelaki yang paling dekat Sultan.

Fokus siri ini adalah kerja dan tipu daya yang rapat dengan Sultan dan persaingan antara ahli-ahli istana. Percintaan antara İbrahim dan Hatice, kakak Süleyman ini, persaingan antara gundik dan pewaris dan manipulasi yang berlaku di belakang tabir yang menyebabkan kejatuhan Kerajaan Uthmanniyyah.

Cara Mengetahui Jantina Anak



Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika:

- Ini adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa didengar mengenai mengandungkan anak lelaki.
- Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.
- Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.
- Perut anda “rendah”.
- Anda sangat berseri-seri ketika hamil.
- Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan.
- Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri.
- Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging.
- Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
- Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.
- Kulit anda menjadi kering.
- Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
- Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
- Anda lebih mudah diserang sakit kepala.
- Anda tidur mengiring ke kiri.
- Air kencing anda berwarna kuning cerah.
- Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.
- Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.

Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika:

- Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
- Perut anda bulat.
- Perut anda “tinggi”.
- Punggung kelihatan lebih besar
- Muka anda tidak berseri-seri.
- Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.
- Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.
- Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.
- Kulit anda lembut.
- Anda suka marah-marah.
- Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku.
- Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
- Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil.
- Anda tidur mengiring ke kanan.
- Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
- Air kencing anda berwarna kuning samar.


Resepi Ayam Goreng Ala McD



McDonald’s Malaysia memperkenalkan semula menu hidangan berasaskan ayam iaitu Ayam Goreng McD yang telah diperkenalkan sejak 1986.

Ayam Goreng McD sememangnya mempunyai citarasa yang istimewa, tepung yang rangup dan daging ayamnya juga empuk berjus membuatkan pelanggan tidak pernah jemu untuk menikmatinya sebagai hidangan harian tidak kira waktu makan tengahari atau pun malam.

McDonald’s memperkenalkan ‘Share Box’ yang membolehkan Ayam Goreng McD dibeli dalam kuantiti yang lebih banyak. Share Box ditawarkan kepada semua peminat Ayam Goreng McD di Malaysia dalam kuantiti 5 atau 9 ketul ayam, masing-masing berharga RM23.50 dan RM39.95. Terdapat dalam pilihan perisa asli (original) dan pedas (spicy).

Ayam Goreng McD™ dihantar segar ke restoran setiap hari dan boleh didapati selagi stok hariannya masih ada. Ini kerana sejak diperkenalkan semula, ayam goreng McD mendapat sambutan hangat luar biasa sehingga ia kehabisan stok. Ayam Goreng McD™ ‘Biasa’ yang kehabisan stok  akan kembali semula di cawangan McD pada 20 April 2017 (Khamis). 

Resepi Ayam Goreng Ala McD

Bahan-bahan:
1 ekor ayam, potong sesuai selera masing–masing.
7 ulas bawang putih (90 gram), dihaluskan
1 buah tomato segar/ 1 sudu  tomato paste
8 ulas bawang merah, dihaluskan
3 sudu makan garam 
3 sudu teh serbuk lada putih (white pepper)
1 sudu serbuk lada merah (merica)
1 sudu serbuk lada hijau (oregano)
minyak masak untuk menggoreng secukupnya
1 biji telur
100 ml susu cair

Bahan Tepung:
500gm tepung
2 sudu teh bawang putih
2 sudu teh bawang merah
4 sudu teh garam 
3 sudu teh lada merah

Cara Mengadun :
Tumbuk halus semua serbuk lada (bawang putih, garam, dan serbuk lada), lumur ayam dengan serbuk lada halus, perapkan semalaman.

Celup ayam ke campuran susu cair dan telur, gulingkan dalam campuran tepung, bawang putih, garam, dan serbuk lada. Untuk hasil yang lebih tebal, celupkan lagi ke campuran telur + susu lalu gulingkan lagi ke campuran tepung. Lakukan 2 kali lagi (kalau mahu lebih tebal).

Cara Menggoreng:

Tips goreng ayam untuk mendapatkan ayam yang juicy di dalam dan garing di luar. Panaskan minyak biar betul-betul panas. Apabila api besar, masukkan ayam. Sudah masuk ayam terus kecilkan api. Agak2-agak sudah garing besarkan semula api sekejap. Lepas itu angkat dan toskan minyak.

Selamat Mencuba Ayam Goreng Ala McD :)

Cara Membuat Semakan Blacklist Telco




Sebelum anda mendaftar talian pascabayar atau postpaid di mana-mana telco, elok anda buat semakan terlebih dahulu samaada anda  telah di ‘blacklist’ oleh mana-mana telco atau sebaliknya.

Cara untuk mengenalpasti semakan blacklist telco tersebut adalah Semakan Kredit Pembekal Perkhidmatan. Anda boleh membuat semakan disini : https://mcredit.u.com.my/microcredit/epsmf/apply/mf/microFinancingFlow?execution=e1s5

Anda boleh menyemak dengan memasukkan nombor kad pengenalan anda dan submit. Sekiranya anda dipaparkan ke bahagian pengisian borang, bermaksud anda tidak di blacklist oleh telco.

Sekiranya anda diblacklist oleh telco, paparan mungkin adalah seperti dibawah :
- Maaf, kami tidak dapat memproses permohonan anda kerana nama anda telah disenarai hitam oleh : CELCOM

Jadi, anda perlu terlebih dahulu menghubungi atau menyemak dengan telco yang dinyatakan untuk membersihkan nama anda.