Resepi Ayam Goreng Ala McD



McDonald’s Malaysia memperkenalkan semula menu hidangan berasaskan ayam iaitu Ayam Goreng McD yang telah diperkenalkan sejak 1986.

Ayam Goreng McD sememangnya mempunyai citarasa yang istimewa, tepung yang rangup dan daging ayamnya juga empuk berjus membuatkan pelanggan tidak pernah jemu untuk menikmatinya sebagai hidangan harian tidak kira waktu makan tengahari atau pun malam.

McDonald’s memperkenalkan ‘Share Box’ yang membolehkan Ayam Goreng McD dibeli dalam kuantiti yang lebih banyak. Share Box ditawarkan kepada semua peminat Ayam Goreng McD di Malaysia dalam kuantiti 5 atau 9 ketul ayam, masing-masing berharga RM23.50 dan RM39.95. Terdapat dalam pilihan perisa asli (original) dan pedas (spicy).

Ayam Goreng McD™ dihantar segar ke restoran setiap hari dan boleh didapati selagi stok hariannya masih ada. Ini kerana sejak diperkenalkan semula, ayam goreng McD mendapat sambutan hangat luar biasa sehingga ia kehabisan stok. Ayam Goreng McD™ ‘Biasa’ yang kehabisan stok  akan kembali semula di cawangan McD pada 20 April 2017 (Khamis). 

Resepi Ayam Goreng Ala McD

Bahan-bahan:
1 ekor ayam, potong sesuai selera masing–masing.
7 ulas bawang putih (90 gram), dihaluskan
1 buah tomato segar/ 1 sudu  tomato paste
8 ulas bawang merah, dihaluskan
3 sudu makan garam 
3 sudu teh serbuk lada putih (white pepper)
1 sudu serbuk lada merah (merica)
1 sudu serbuk lada hijau (oregano)
minyak masak untuk menggoreng secukupnya
1 biji telur
100 ml susu cair

Bahan Tepung:
500gm tepung
2 sudu teh bawang putih
2 sudu teh bawang merah
4 sudu teh garam 
3 sudu teh lada merah

Cara Mengadun :
Tumbuk halus semua serbuk lada (bawang putih, garam, dan serbuk lada), lumur ayam dengan serbuk lada halus, perapkan semalaman.

Celup ayam ke campuran susu cair dan telur, gulingkan dalam campuran tepung, bawang putih, garam, dan serbuk lada. Untuk hasil yang lebih tebal, celupkan lagi ke campuran telur + susu lalu gulingkan lagi ke campuran tepung. Lakukan 2 kali lagi (kalau mahu lebih tebal).

Cara Menggoreng:

Tips goreng ayam untuk mendapatkan ayam yang juicy di dalam dan garing di luar. Panaskan minyak biar betul-betul panas. Apabila api besar, masukkan ayam. Sudah masuk ayam terus kecilkan api. Agak2-agak sudah garing besarkan semula api sekejap. Lepas itu angkat dan toskan minyak.

Selamat Mencuba Ayam Goreng Ala McD :)

Cara Membuat Semakan Blacklist Telco




Sebelum anda mendaftar talian pascabayar atau postpaid di mana-mana telco, elok anda buat semakan terlebih dahulu samaada anda  telah di ‘blacklist’ oleh mana-mana telco atau sebaliknya.

Cara untuk mengenalpasti semakan blacklist telco tersebut adalah Semakan Kredit Pembekal Perkhidmatan. Anda boleh membuat semakan disini : https://mcredit.u.com.my/microcredit/epsmf/apply/mf/microFinancingFlow?execution=e1s5

Anda boleh menyemak dengan memasukkan nombor kad pengenalan anda dan submit. Sekiranya anda dipaparkan ke bahagian pengisian borang, bermaksud anda tidak di blacklist oleh telco.

Sekiranya anda diblacklist oleh telco, paparan mungkin adalah seperti dibawah :
- Maaf, kami tidak dapat memproses permohonan anda kerana nama anda telah disenarai hitam oleh : CELCOM

Jadi, anda perlu terlebih dahulu menghubungi atau menyemak dengan telco yang dinyatakan untuk membersihkan nama anda.

Siaran MYTV di Dungun, Muadzam Shah dan Maran



Pemancar TV Digital MYTV di Bukit Bauk, Terengganu, Muadzam Shah dan Maran di Pahang sudah beroperasi. Orang Dungun, Muadzam Shah dan Maran yang berada 25 km dari stesen pemancar bolehlah pasang dekoder MYTV dengan hanya antenna dalaman (indoor antenna) UHF berharga RM8.00 yang dijual di Giant. Bagi kawasan yang melebihi jarak 25km, boleh memasang antenna luar (outdoor antenna).

Jika tuan puan ingin membeli dekoder boleh wassap 0139790000

https://www.facebook.com/groups/dungun.trg/permalink/10154968881638926/

Pusat Rawatan Ibu & Bayi HSNZ Kuala Terengganu



Petang tadi melawat mak saudara isteri yang sedang menanti untuk bersalin. Terpaksa berada di wad kerana bayi songsang. Bila berada di sini mengingatkan kita betapa besarnya pengorbanan seorang ibu menghadapi pelbagai ujian dan cabaran sepanjang kehamilan. Hargailah ibu kita.

Pertama kali menjejak kaki di Pusat Rawatan Ibu dan Bayi Hospital Kuala Terengganu (HSNZ) yang dibuka dua tahun lalu. Masa Uwais lahir, masih di wad bersalin lama seminggu sebelum wad bersalin berpindah ke bangunan baru. Bangunan baru serba moden dan selesa ini setaraf hospital swasta. InsyaAllah, 'next baby' akan lahir di sini. :)

U-Turn Chicken Chop Murah dan Sedap


Walaupun selalu u-turn di depan ni dan berdekatan dengan rumah kami tapi baru hari ini berkesempatan merasa kesedapan dan kemurahan chicken chop di U-turn Chicken Chop Wakaf Dua, Bukit Payung, Terengganu. Apabila saya pergi ke satu-satu kedai, saya akan menilai perkara berikut:
1. Layanan - cepat ambil order dan cepat siap - kedai ini terbaik.
2. Kebersihan - kedai ini bersih
3. Sedap - makanan di sini sedap jettak kata orang Trg
4. Harga - setiap menu ada pelbagai harga, murah dan berpatutan. Chicken chop serendah RM4.00!
Syabas anak muda. Tauke dan anak buah semuanya anak muda. 5 bintang!

Program Dana Bakti Remaja Terengganu 2017



Permohonan ONLINE Program Dana Bakti Remaja 2017 dibuka mulai 16 JANUARI 2017 sehingga 15 FEBRUARI 2017.

 Permohonan online ini *diWAJIBkan kepada semua pemohon yang lama dan yang baharu*.

Syarat adalah seperti berikut :
- * Pemohon mstilah rakyat Terengganu*
- * Wajib daftar SPR (bagi pemohon berumur 21 pada 2017 dikecualikan daftar SPR)*
- * Berumur 21 hingga 40 tahun dan belum berkahwin*
- * Gaji tidak melebihi RM1,500*
- * Permohonan boleh dibuat di laman web http://danattb.terengganu.gov.my*
- * Print out borang permohonan dan dapatkan pengesahan drp Pengerusi JKK kawasan masing2*

 *Pemohon sedia ada (tahun lepas isi dah) WAJIB isi baru*

Bagaimana Ingin Pasang Dekoder MYTV?



Jika di rumah anda tidak pasang Astro dan anda bukan penerima dekoder MYTV percuma dari kerajaan, anda perlu membeli dekoder DVB-T2 untuk menonton siaran TV Digital MYTV iaitu TV1, TV2, TV3, ntv7, TV8, TV9, TV Al Hijrah dan pelbagai saluran baru yang akan diperkenalkan kelak.

Untuk menerima siaran MYTV, anda perlu ada antenna UHF yang disambungkan ke dekoder ini. Kebiasaannya di kebanyakan rumah sudah ada antenna ini. Anda boleh pasang dan setkan sendiri dekoder kerana ia plug and play.

Berikut adalah stesen pemancar MYTV di mana anda perlu menghalakan antenna uhf tersebut:
- Bukit Besar Kuala Terengganu
- Bukit Pelindung Kuantan
- Bukit Bakar Machang
- Gunung Ulu Kali Genting Highlands
- Menara KL
- Bukit Sg Besi KL
- Bukit Keratong Kota Kinabalu
- Bukit Trig Sandakan
- Gunung Andrassy Tawau
- Gunung Jerai Kedah
- Gunung Kledang Ipoh
- Gunung Serapi Kuching
- Gunung Pulai Johor

Untuk mendapatkan decoder DVB-T2 MYTV ini, anda boleh whatsapp 0139790000. Harga dekoder ini RM120 sahaja poslaju percuma ke seluruh Malaysia.