Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017



Pemohon yang layak membuat permohonan BRIM 2017 mesti memenuhi syarat seperti berikut:

- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
- Warga emas yang hidup bersendirian (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
- Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
- Pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia dikecualikan.

Permohonan BRIM 2017 boleh dibuat mulai 5 Disember 2016 hingga 13 Januari 2017 (tertakluk kepada pindaan).

Permohonan BRIM 2017 dilaksanakan dengan mengisi dan menghantar Borang BRIM 2017 sama ada secara dalam talian atau melalui borang.

Permohonan Dalam Talian
- Permohonan BRIM 2016 boleh dibuat melalui Portal Rasmi BRIM LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my. Permohonan dalam talian hanya boleh dibuat dengan menggunakan komputer sahaja dan simpan salinan permohonan bagi tujuan rekod pendaftaran. Aplikasi e-BRIM tidak direkabentuk untuk capaian peranti mudah alih.

Permohonan Melalui Borang
- Borang BRIM 2017 boleh diperoleh secara percuma di lokasi tersebut:

Portal Rasmi BRIM LHDNM
- Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM Pejabat Daerah / Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) /Pejabat Jabatan Pembangunan persekutuan (JPP) / Pejabat Residen

Pemohon perlu mengemukakan Boring BRIM 2017 dengan dokumen berikut:

- Salinan pengenalan pasangan / tanggungan yang menggunakan jenis pengenalan Pasport atau Sijil Lahir
- Salinan sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda



MRT mengimbau kenangan STAR LRT



Bila MRT dilancarkan teringat gambar ini. Hari pertama STAR LRT dibuka kepada umum pada 16 Disember 1996 untuk laluan KL - Ampang. Tarikh yang sama dipilih untuk pelancaran MRT semalam. STAR LRT menjadi perintis sebelum wujudnya PUTRA LRT, Monorel dan MRT. Masa ini sedang training di Bank Islam Jalan Tun Razak, KL. Kurus slim je. :D

Kiosk Kad Debit Maybank



Maybank telah memperkenalkan mesin kiosk debit untuk tukar kad debit baru. Beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Sila bawa Mykad dan Kad Debit Cherry atau Kad ATM kuning hitam lama untuk pertukaran.

1. KL Main Branch @ Menara Maybank
2. TTDI Branch @ Jalan Tun Mohd Fuad
3. USJ Subang Jaya Branch
4. Suria KLCC (Level Concourse)
5. Jalan Gombak Branch
6. The Reef, Rawang Branch
7. Klang Branch
8. Bandar Baru Ampang Branch
9. Pandan Indah Branch
10. Jalan Kelang Lama Branch
11. Puchong Jaya Branch
12. Bandar Baru Bangi Branch
13. Kajang Branch
14. Seremban Main Branch
15. Port Dickson Branch
16. Nilai Branch
17. Muar Branch
18. Melaka Main Branch
19. Taiping Branch
20. Alor Setar Main Branch
21. Penang Main Branch
22. Kangar Branch
23. Kuala Terengganu Main Branch
24. Bukit Ubi, Kuantan Branch
25. Kota Bharu Main Branch
26. Batu Pahat Branch @ Jalan Rahmat
27. Johor Bahru Main Branch
28. Mid Valley (Near Forex)
29. KL Sentral Branch
30. AEON Mall Shah Alam Branch


Tips Bina Profil Facebook Yang Menarik



Tips ini dikongsikan oleh saudara Khairul Hakimin Muhammad.

1. Gambar Profil mestilah gambar sendiri secara keseorangan, tidak bersama suami, isteri, anak, kucing, makanan, kawan. Paling mudah, letak gambar lesen atau passport.

2. Gambar Cover Atas: Gambar berunsur kehidupan, tidak ada perkataan yang boleh mengubah profil menjadi kedai (mahu menjual). Meletakkan gambar berunsur menjual seperti poster insuran, gambar produk, akan menakut-nakutkan orang untuk klik follow.

3. Bahagian deskripsi (di bawah gambar cover) diletakkan minat atau hobi. Bukan jawatan atau posisi kerja. Contoh: Suka Memasak, Mengembara dan Menulis.

4. Jawatan diletakkan di bahagian mengenai latarbelakang. Pastikan jawatan itu wujud. Tidak tulis secara main-main seperti 'Kuli at Goverment'.

5. Setkan public bagi profil kalian dan aktifkan butang follower. Pergi ke Facebook Setting, kemudian klik account setting, kemudian klik butang follower (atau butang posting), ada 3 perkara di situ yang perlu dipublickan.

Selamat membina pengaruh dan pengikut di Facebook :)


Kelebihan Siaran TV Digital



Selama ini kita hairan kenapa kualiti siaran tv analog berbeza di antara satu saluran dengan saluran yang lain. Sebenarnya setiap saluran itu dipancar dari lokasi berbeza dengan gelombang yang berbeza. Di Terengganu sebagai contoh, saluran TV1, TV2, TV3 dipancar dari Bukit Besar menggunakan gelombang VHF sementara TV9 dan TV Al Hijrah pula menggunakan gelombang UHF.

ntv7 pula dipancar dari Bukit Jerung, Marang menggunakan gelombang UHF. Lokasi lain pemancar di Terengganu adalah Bukit Bauk, Dungun untuk TV1, TV2 dan TV3. Pemancar di Bukit Bintang, Besut pula untuk TV1 dan TV2 di kawasan Besut. Sementara Pemancar di Bukit Durian Mas untuk TV1 dan TV2 di daerah Kemaman dan Hulu Dungun.

Dengan pengenalan TV Digital MYTV, pengguna hanya perlu tembak antenna UHF ke arah Pemancar MYTV di Bukit Besar untuk menerima pelbagai saluran TV1, TV2, TV3, ntv7, 8TV, TV9, TV Al Hijrah, TVi, Bernama TV dan pelbagai saluran lain yang akan diperkenalkan kelak. Itu kelebihan TV Digital yang hanya menggunakan satu gelombang untuk pelbagai saluran.

Signal TV Digital di Bukit Besar boleh sampai sehingga ke jarak 120 km dari stesen pemancar meliputi Kuala Terengganu,Kuala Nerus, Marang, Hulu Terengganu dan Setiu. Pengguna di Kemaman dan Dungun pula boleh tembak antenna ke pemancar di Bukit Pelindung, Kuantan sementara pengguna di Besut, tembak antenna ke arah pemancar di Bukit Bakar, Machang.

Untuk menerima Siaran TV Digital perlu ada dekoder DVB-T2.


Pakej Lengkap Nota dan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Pakej Lengkap Nota dan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Rujukan Pantas Nota dan Soalan Exam Online Penolong Pegawai Tadbir N29. Dapatkan sekarang di : http://bit.ly/examn29

Pakej terbaik dari Infokerjaya ini telah banyak membantu ramai calon SPA sejak tahun 2010 lagi.

Anda tidak perlu risau kerana ada jaminan wang dipulangkan jika tidak berpuashati.

Tidak perlu susah payah google sana sini. Tempah sekarang sebelum terlambat di: http://bit.ly/examn29

Whatsapp 0139790000 jika ada masalah untuk membuat tempahan.