Permohonan Rumah Mampu Milik (RMM) Terengganu



Bajet Terengganu 2017 - Permohonan Rumah Mampu Milik dibuka semula. Pasangan berkahwin yang berpendapatan bawah RM3,500 bolehlah mendaftarkan diri. Permohonan boleh dibuat secara online : http://eperumahan.terengganu.gov.my/

Syarat-syarat Kelayakan Permohonan Rumah Kos Rendah / Mampu Milik

- Warganegara MALAYSIA; keutamaan kepada rakyat Terengganu
- 21 tahun sehingga 50 tahun sahaja layak memohon
- Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang
- Pemohon dan pasangan belum memiliki rumah
- Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima anugerah / bantuan tanah kediaman daripada pihak kerajaan
- Pendapatan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM3500 sebulan
- Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
- Anggota beruniform bertugas di luar kawasan (luar Terengganu) layak dipertimbangkan
Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan sendiri
- Pemohon berumur 50 tahun ke atas boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga terdekat
- Kelulusan khas akan dipertimbangkan bagi penduduk yang terlibat dengan bencana alam / kebakaran atau pengambilan balik tanah oleh pihak kerajaan

Pinjaman Perumahan

Kiraan pinjaman perumahan bank, bergantung kepada gaji dan komitment. Setiap bank mempunyai percentage Debt Service Ratio (DSR) yang berbeza bergantung kepada GAJI BERSIH pembeli.

Bank mana yang berikan kadar yang rendah? 
Jawapannya : Bergantung kepada 'Credit Scoring' seseorang itu, cantik atau tidak corak pembayarannya dengan bank. Kalau ada rongak rongak dan bayar lambat, kemungkinan besar bank akan letak kadar yang tinggi kerana mereka melihat pembeli/ peminjam ini berisiko tinggi.

Pastikan anda mempunyai dokumen berikut sebelum memohon pinjaman perumahan.

1. Salinan kad pengenalan
2. Slip gaji untuk 3 bulan yang terkini
3. Penyata cukai pendapatan (borang J) yang terkini atau borang EA
3. Dokumen perjanjian jual beli/resit pembayaran deposit atau tempahan/ surat tawaran daripada pemaju
4. Salinan surat hakmilik tanah (jika ada)
5. Penyata bank 6 bulan terdahulu (wajib jika tiada slip gaji/borang J/EA)/buku akaun simpanan/resit simpanan tetap
6. EPF / KWSP statement
7. Document sokongan (Tabung GAJI, ASB, Unit Amanah, Fixed Depsosit)
Jika anda bekerja sendiri, anda juga perlu melampirkan:
1. Dokumen pendaftaran perniagaan,
2. Penyata bank untuk 3 bulan terakhir
3. Penyata kewangan terkini dan dokumen lain yang boleh menyokong sumber pendapatan anda.
4. Lain-lain dokumen sokongan tambahan.
Selepas bersetuju untuk menerima surat tawaran pinjaman, anda perlu melantik seorang peguam yang merupakan panel peguam institusi perbankan untuk menyiapkan dokumentasi pinjaman. Sebahagian daripada dokumen ini akan dikemukakan kepada jabatan Kerajaan berkenaan untuk pendaftaran dan kepada Pejabat Setem untuk pembatalan setem.
Gambar kredit Muhd Farid dan Shahizat Amir Ibrahim

Cara Buat Aduan KPDNKK



Seorang peniaga cafe di Kota Bharu, Kelantan didenda RM8,000 oleh mahkamah di bawah Akta Anti Pencatutan (menaikkan harga dengan tujuan mengambil untung berlebihan) dengan menjual air teh o ais yang berharga RM2.80 dengan harga RM4.00. Lepas ini jika ada peniaga yang menaikkan harga sesuka hati, pengguna jangan hanya membebel di Facebook sahaja. Gunakan kuasa sebagai pengguna dengan melaporkan kepada KPDNKK macam dalam iklan tv.

Ada pelbagai cara untuk buat aduan kepada KPDNKK:
- Isi borang eAduan : http://eaduan.kpdnkk.gov.my/
- Guna aplikasi myKPDNKK
- Telefon : 1 800 886 800
- walk in ke pejabat KPDNKK

Peranan dan Tanggungjawab Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)


Pegawai Tadbir Diplomatik ataupun singkatannya PTD adalah jawatan penting yang terdapat di dalam kumpulan pekerja pengurusan dan professional.Kumpulan ini terdiri daripada pegawai-pegawai barisan hadapan dalam pentadbiran negara yang berkelulusan ijazah seperti Pegawai Daerah, Pegawai Kedutaan dan lain-lain. Kumpulan ini akan dilatih oleh INTAN sebelum diserapkan di dalam sektor perkhidmatan awam.

Sebagai pegawai yang mengetuai barisan hadapan dalam pentadbiran negara, peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik amatlah berat. Penjawat jawatan ini terlibat secara langsung untuk merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Dasar-dasar tersebut bukan sahaja meliputi pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi.

Ianya merangkumi hal-hal ehwal dalam negeri yang berkaitan kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan sosial. Mereka juga terlibat secara langsung mengenai hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.



Petua Menghadapi Peperiksaan



Bagi yang menduduki exam SPM ataupun STPM, ini ada petua menghadapi peperiksaan yang dikongsikan oleh Tuan Shamsuddin Kadir, seorang pakar motivasi.

1. Minta maaf dengan ibu bapa
2. Doakan kesejahteraan guru
3. Baca Bismillah.
4. Ingat soalan itu cuba memperbodohkan kita. Jangan bagi peluang.
5. Masa hendak menyerahkan kertas jawapan. Baca Bismillah. Dan sebut "Aku bertawakal dengan Mu Ya Allah".
6. Jangan bincang lagi dengan kawan dan ibu bapa.
7. Jika ada bertanya tentang status jawapan kita. Sebut "Insyaa Allah boleh buat". Apabila bertawakal jangan lagi komen.
Wallahu A'lam.


RHB Bank Internet Banking Berwajah Baru



Internet Banking RHB Bank atau RHB Now berubah wajah hari ini. Selain Maybank dan CIMB Bank, saya suka RHB Bank sebab mesin ATM dan mesin depositnya tak ramai orang dan ada di kebanyakan pasaraya. Kelebihan untuk peniaga online, akaun RHB Bank ni boleh topup akaun Paypal. Masa mula-mula buka akaun di KL dahulu di bawah nama DCB Bank. 

Selepas itu gabungan UMBC membentuk Sime Bank. Kemudian bergabung membentuk konglomerat perbankan ketiga terbesar iaitu RHB Bank. Walaupun pengasasnya Tan Sri Rashid Hussin sudah meninggalkan bank ini dan turut disaman oleh bank yang diasasnya, nama RHB tetap dikekalkan kerana nilai 'branding' yang kuat. Tak ramai yang tahu RHB Bank ni 'anak kandung' KWSP. Salah satu cabang pelaburan KWSP di sektor kewangan.


Sogo buka cawangan Seluruh Malaysia



SOGO yang sudah bertapak di Kuala Lumpur sejak tahun 1994 (22 tahun) bercadang membuka lima cawangan baru di Seluruh Malaysia dalam tempoh empat tahun.
1. SOGO Paradigm Mall, Johor Bahru - 2017
2. SOGO Central i-City Mall, Shah Alam - 2018
3. SOGO Paragon @ KL Northgate, Selayang - 2019
4. SOGO Mayang Mall, Kuala Terengganu - 2019 / 2020
5. SOGO Prai Mall, Penang - 2019 / 2020

Sumber : Wilayah Media