Tempoh Tukar Kad Debit Versi Baru Sebelum 1 Julai 2017


Selesai tukar kad debit CIMB Islamic Bank dan RHB Islamic Bank kepada kad versi baru yang ada logo MyDebit. Mulai Julai 2017, kad debit dan kad kredit akan bertukar ke sistem baru dan hanya kad versi baru menggunakan sistem PIN sepenuhnya boleh digunakan. Pembayaran menggunakan tandatangan tidak lagi dibenarkan.

Kad debit semua bank boleh ditukar mulai sekarang secara percuma di cawangan bank masing-masing. Belum sempat ke Maybank sebab orang ramai sangat.


Kenyir Water Park di Tasik Kenyir, Terengganu


Musim panas ni seronok dapat mandi di Kenyir Waterpark. Walaupun cuaca panas tapi persekitaran Tasik Kenyir sungguh nyaman sekali. Dibina di sebuah pulau, untuk ke sini perlu naik bot di Pengkalan Gawi. Jambatan ke pulau ini masih dalam pembinaan. 

Harga tiket RM25.00 untuk dewasa, sementara untuk kanak-kanak dan warga emas, harga tiket cuma RM15.00 sahaja. Harga tiket adalah termasuk tambang bot pergi dan balik. Taman tema ini dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga jam 5.30 petang KECUALI hari Selasa ditutup untuk diselenggara.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat laman web rasmi Kenyir Water Park : http://kenyirwaterpark.com/


Dapo Pata di Uptown Kontena, Tok Jembal, Terengganu


Dapo Pata - Uptown Kontena terletak di pesisir lagun Pantai Tok Jembal, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu. Merupakan tarikan terbaru di Terengganu.

Ada banyak kedai makan yang berkonsepkan kontena di tepi pantai. Dibuka setiap hari mulai jam 5.00 petang sehingga 2.00 pagi. Lokasi terbaharu untuk bersama rakan-rakan dan keluarga anda.


Dapo Pata - Uptown Kontena dilancarkan pada 12 Februari 2016, anda dijemput datang mencuba dan menikmati keindahan pantai pada waktu malam.


Foto : Amazing Terengganu



Kuala Terengganu The Healthy Walkable City



Majlis Bandaraya Kuala Terengganu atau MBKT memperkenalkan konsep "Healthy Walkable City" kepada Warga Kuala Terengganu. Ruang pejalan kaki berbumbung dan tempat duduk dibina bagi mendidik orang ramai lebih suka berjalan kaki dari menggunakan kenderaan. 

Buat permulaan, ruang pejalan kaki dibina dari Jalan Paya Keladi (dekat Hentian Bas MBKT) melalui Pasar Kedai Payang sehingga ke Pejabat Pos. Ia akan diperluaskan ke kawasan lain di masa hadapan bagi mendidik dan mewujudkan suasana bandaraya yang mesra pejalan kaki.

Foto : Mohd Azmi Jusoh



Tabung Darul Iman


Tabung Darul Iman adalah tabung yang diwujudkan untuk membantu meringan bebanan rakyat negeri Terengganu yang ditimpa musibah atau kurang bernasib baik dengan membiayai pelbagai bantuan yang bersesuaian.

Ia merupakan penggabungan daripada tiga tabung sedia ada iaitu Tabung Darul Iman, Tabung Bantuan Penyakit Kronik dan Dana Kebajikan Sosial Perubatan bertujuan bagi mengurus dan menyelaras bantuan dengan lebih sistematik dan efisien.

Terdapat bantuan kepada yang ditimpa musibah seperti ribut, taufan, kebakaran, puting beliung, serangan haiwan liar atau penyakit terhadap ternakan atau tanaman. Selain itu, kepada yang ditimpa penyakit kronik, bantuan pembedahan yang memerlukan 'implan' dan pembelian ubat-ubatan yang tiada dalam senarai Kementerian Kesihatan layak dipertimbangkan.

Borang permohonan boleh didapati dan dihantar ke Pejabat Sekretariat Tabung Darul Iman di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu (Berdekatan Bangunan CIMB). No. Tel: 09-623 3535 / 624 3535. Permohonan juga boleh dibuat secara online di : http://stdi.terengganu.gov.my/


Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan 2016



Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2016

Januari
21/01/2016
Khamis

Februari
25/02/2016
Khamis Tahun Baru Cina 8 - 9/2/2016

Mac
24/03/2016
Khamis

April
25/04/2016
Isnin

Mei
24/05/2016
Selasa
Pesta Keamatan / Menuai 30 - 31/5/2016

Jun
23/06/2016
Khamis
Hari Gawai 1 - 2/6/2016

Julai
25/07/2016
Isnin
Hari Raya Puasa 6 -  7/7/2016

Ogos
25/08/2016
Khamis

September
22/09/2016
Khamis
Hari Raya Haji 12/9/2016

Oktober
20/10/2016
Khamis
Hari Deepavali 29/10/2016

November
24/11/2016
Khamis

Disember
20/12/2016
Selasa
Hari Krismas 25/12/2016

Sumber : Akauntan Negara Malaysia  (ANM)

Benjolan di Leher Umar



Ujian kedua buat anakanda Umar. Hari ini berjumpa doktor pakar Jabatan Pembedahan Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ) Kuala Terengganu. Benjolan bujur (ditanda dengan bintang) di leher Umar kemungkinan 'Cyst'. Menunggu ujian Radiologi pada Mac 2016 dan temujanji IJN pada April 2016. 

Walaupun tidak berbahaya namun pembedahan kecil akan dijalankan jika mendapat lampu hijau dari pihak IJN memandangkan Umar ada sejarah pembedahan jantung. Jadi, risiko ubat bius ke atas Umar akan diambilkira.


Semoga tiada kesan serius kepada anakanda Umar, InsyaAllah.