Biodata Dr Say Shazril Shaharuddin



Biodata Dr Say Shazril Shaharuddin

Nama Penuh: Say Shazril Shaharuddin
Gelaran: Dr Say Shazril Shaharuddin
Umur: 27 Tahun
Lokasi Pekerjaan: Hospital Serdang (Medical Ward 7B)
Pekerjaan:
- Doktor Medical Officer (MO) Fresh Graduates
- Pengedar Herbalife
- Jurulatih Kesihatan
- Model
Pengkhususan: Sakit Puan
Status: Sudah Berkahwin
Nama Isteri: Dr Azura Abas
Tarikh Nikah: 30 Mac 2014
Nombor Telefon: 017-2225865
Instagram: https://instagram.com/say_shazril/
Facebook: https://www.facebook.com/say.shaharuddin/

17 November 2015 Keputusan UPSR 2015


Kepada ibu bapa yang anak yang telah menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 pada 8 hingga 10 September 2015 lalu, keputusan UPSR akan dikeluarkan pada 17 November 2015 (Selasa).

Semua calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi 17 November 2015. Calon juga boleh menyemak keputusan UPSR 2015 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10.00 pagi, 17 November ini dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, pada 23 November 2015.

Lokasi penggambaran filem Polis Evo di Terengganu



Ramai yang mungkin ingin tahu lokasi sebenar penggambaran filem Polis Evo yang dibuat di Terengganu:

1. Lokasi Cikgu Adli dibunuh - lorong sebelah The Store di belakang Kampung Cina, Kuala Terengganu
2. Kampung Inspektor Sani - Perkampungan nelayan di Kg Mangkuk, Setiu.
3. Adegan Mayang di atas bot - jeti Pulau Duyong di tepi Jambatan Sultan Mahmud, Sungai Terengganu
4. Lokasi pangkalan pengedar dadah tepi sungai - sungai berhampiran Jeti Merang, Setiu
5. Lokasi kejar mengejar van - Jalan Tasik Kenyir ke Gua Musang (Lebuhraya Timur - Barat Fasa 2)
6. Adegan di pulau - sekitar Pantai Bukit Keluang, Besut dan Pulau Perhentian.
7. Kawasan Pantai - Sekitar Pantai Merang, Setiu

Lokasi Penginapan Pelakon dan Krew : Agro Resort, Setiu.

Bukan lokasi sebenar di Terengganu:
1. Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) - bukan lokasi IPK Terengganu yang sebenar
2. Hospital - bukan Hospital Kuala Terengganu yang sebenar

Ulangtahun Ke-2 Umar Pesakit Jantung TGA



Umar. 2 tahun. Waktu dilahirkan jam 4.42 petang 6 November 2013, seluruh badannya biru (gelap). Dia agak lambat menangis. Dikejarkan ke Unit ICU Pediatrik tanpa diletakkan di atas badan ibunya. Ibunya tak sempat pun melihat wajah Umar. Baru saya tahu itu prosedur apabila bayi disyaki ada masalah.

Berbeza dengan adiknya Uwais yang diletakkan di atas badan ibu sejurus selepas lahir. Selepas itu bapa boleh azan bayi. Ketika troli katil ditolak ke wad, bayi diletak di celah kaki ibu. Itu tanda bayi itu sihat.

Saya hanya boleh azan Umar tiga jam kemudian selepas dia dibersihkan, disambung dengan oksigen dan pelbagai wayar di seluruh badan dan diletakkan di dalam bekas khas.




Selepas dua doktor pakar Hospital Kuala Terengganu memeriksa Umar, mereka cuba menghubungi HUSM Kubang Kerian namun mereka menolak dengan alasan doktor pakar sedang bercuti. Mujurlah pihak Institut Jantung Negara (IJN) memberi lampu hijau untuk menerima Umar. Hospital Kuala Terengganu tiada kemudahan untuk pembedahan jantung.

Selepas itu baru saya tahu yang Umar biru kerana ada masalah jantung namun doktor ketika itu belum menjelaskannya secara terperinci.

Menjelang tengah malamnya saya mendapat panggilan telefon di mana Umar mesti dihantar ke Kuala Lumpur pada malam itu juga. Saya bersama dua orang doktor dan dua jururawat menaiki ambulans ke IJN. Ibunya tidak dibenarkan ikut sama oleh doktor kerana masih lemah. 

Umar bergantung sepenuhnya dengan bantuan oksigen. Memandangkan perjalanan yang jauh, ambulans terpaksa berhenti di Hospital Kemaman untuk menukar tangki oksigen.


Sebaik tiba di IJN, seorang doktor pakar menerangkan secara terperinci masalah jantung yang dihadapi oleh Umar. Dua salur injap utama jantung Umar berada dalam kedudukan terbalik. Prosedur pertama untuk menstabilkan tekanan oksigen adalah dengan memasukkan belon khas ke jantung Umar.


Kes Umar diberi keutamaan oleh IJN kerana dia perlu dibedah segera. Dua minggu selepas itu pembedahan besar yang dipanggil Transposition of Great Arteries (TGA) Operation dijalankan ke atas Umar untuk menukar salur injap arteri jantung kiri ke kanan dan salur arteri kanan ke kiri. Pembedahan ini memakan masa lebih enam jam.


Selepas pembedahan, dada Umar tidak dijahit lagi bagi mengelakkan berlaku keadaan di luar jangka. Dadanya hanya dijahit 24 jam selepas itu. Alhamdulillah, selepas 48 jam waktu kritikal selepas pembedahan, Umar mulai sedar. Semangatnya untuk hidup memang kuat dengan rahmat Allah SWT dan berkat doa keluarga dan rakan-rakan.


Kini, selepas dua tahun, sepanjang pemeriksaan susulan di HSNZ dan IJN, doktor berpuashati dengan keadaan salur injap utama dan tekanan oksigen jantung Umar. Semoga Allah SWT sentiasa memberi kesihatan yang baik buat anakanda Umar. Ameen.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh menyalurkan di akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) MUHAMMAD AHSAN UMAR : 1111441100060894

Muara Sungai Terengganu


Pemandangan dari atas muara Sungai Terengganu. Muara Selatan (kiri) sebelah Pusat Bandar Kuala Terengganu dan Muara Utara (kanan) sebelah Seberang Takir adalah kawasan baru yang ditambak dan akan dibina Jambatan Kedua (Drawbridge). Mungkin mengambil masa untuk siap (saya jangka 5-10 tahun untuk siap sepenuhnya) kawasan ini akan dikenali sebagai Kuala Terengganu City Centre (KTCC).

Foto oleh Impact Media Lab
Kredit untuk Saudara Fuardo Ariff

Mood Republik Terengganu 2015 penuh sesak


Pada 30 Oktober 2015, saya ke Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Penangan Festival Pakaian dan Fesyen No. 1 di Malaysia, Mood Republik memang cukup hebat. Lebih 150,000 orang telah mengunjungi festival tahunan terbesar nombor 1 di Malaysia itu.

Temasya yang dianjurkan selama dua hari pada 30 dan 31 Oktober 2015 bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam menampilkan lebih 100 jenama dalam talian popular di Malaysia.
Di antara jenama tersebut adalah Aidijuma, Radiusite, Cala Qisya, Sugarscarf, Jubahsouq, Zawara, Dreemika, Blossom Box Store, Minaz, Rina Salleh Clothing, Imaan Boutique, Liyana Jasmay, LeunieyNatasha dan Allya Mysara.
Mood Republik banyak membantu usahawan menjalankan jualan dan mempromosikan produk mereka dengan menyediakan platform untuk mendapatkan sasaran pengunjung melebihi 80,000 orang dalam satu hari. Ia diasaskan dua rakan niaga yang juga sahabat karib Kimi Iskandar Ismail dan Yusri Ismail. 

Siri jelajah Mood Republik Tour diwujudkan bagi memenuhi permintaan peminat fesyen di luar lembah klang untuk turut sama merasai tsunami dan fenomena festival melalui penganjuran dua temasya utama iaitu KL Raya Fest dan KL Year End Sale Fest yang diadakan di lokasi berprestij iaitu Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Pada tahun 2015, siri jelajah diadakan di Pahang (30 dan 31 Mei 2015), Terengganu (30 dan 31 Oktober 2015) dan Johor (28 dan 29 November 2015). 


29 Oktober - Hari Ayahanda Mohd Zain pergi menemui Pencipta


29 Oktober 2015 genap tujuh tahun arwah ayahanda kembali ke rahmatullah. Beliau dilahirkan pada tahun 1924 di Lorong Haji Jamil, Kuala Terengganu (dekat Kampung Cina).

Mula bertugas di Penjara Terengganu (tapak hentian bas MBKT sekarang) sebelum bertukar ke Penjara Kelantan sehingga pencen. Banyak pengalaman semasa zaman penjajahan British dan Jepun.

Selepas pencen pada 1981, kami sekeluarga pulang ke Terengganu dan menetap di Gong Badak.

Seorang bapa yang penyayang dan jarang marah anak-anaknya. Walaupun tidak sempat melihat Umar dan Uwais, doa sentiasa mengiringi buat ayahanda di sana dari anak cucumu. Amin.

Jawatan Kosong di MBKT


Majlis Bandaraya Kuala Terengganu atau MBKT sedang membuka iklan pengambilan bagi jawatan kosong terbaru di pihak berkuasa tempatan tersebut. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu bertanggungjawab menjaga dan menyelenggara kawasan sekitar daerah Kuala Terengganu.

Di antara jawatan kosong terkini yang dibuka ialah Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29, Penolong Jurutera JA29, Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29, Penolong Pegawai Penilaian W27, Penolong Akauntan W27, Penolong Pegawai Tadbir N27, Penolong Pegawai Undang-Undang L29, Pembantu Kesihatan Awam U17, Pembantu Kemahiran H17, Pembantu Tadbir Kewangan W17, Penghantar Notis N11 dan Pembantu Operasi N11.

Jika saudara saudari berminat untuk memohon jawatan di MBKT, bolehlah membuat permohonan secara online di e-Recruitment MBKT : http://btm.mbkt.gov.my/kerjaya/. Syaratnya, pemohon mestilah rakyat negeri Terengganu Darul Iman. Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 November 2015.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai jawatan tersebut bolehlah ke Pejabat MBKT di Tingkat 4-8, Menara Permint, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu. Nombor telefon untuk dihubungi : 09-6271111.

Selamat memohon :)

Rumusan Pembentangan Bajet 2016

Intipati Pembentangan Bajet 2016

Bajet 2016 memperutukkan RM 167.2 Billion dan Bajet 2016 kali ini bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” bertunjangkan 5 keutamaan utama.

Kelajuan intenet luar bandar akan ditambah kelajuan 5 kali ganda daripada 5 Mbps kepada 20 Mbps.

Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang dengan anggaran kos pembinaan RM10b mula dibina 2016, siap pada 2020.

RM 200 juta menaiktarafkan jalan di kawasan FELDA. Manakala RM1.4b bagi membina serta naik taraf jalan luar bandar sepanjang 700km di seluruh negara.

Pengecualian duti setem sebanyak 20% ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah.

Projek Bus Rapid Transit KL-Klang pada kos melebihi RM1.5b dan Bus Rapid Transit Kota Kinabalu pada kos hampir RM1b akan dilaksanakan.

Kerajaan akan bina tambahan lagi 30 Sekolah Rendah, 27 Sekolah Menengah, 4 MRSM dan 5 SBP.

Bantuan Persekolahan RM100 akan diberikan kepada Pelajar Sekolah Rendah dan Menendah.

Bantuan Persekolahan RM100 akan dibayar pada Januari 2016 namun dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan kebawah.

Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar IPT sebanyak RM250 diteruskan pada Bajet 2016.

Bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) hanya boleh ditebus di Kedai Buku yang diiktiraf Sahaja dan tidak boleh ditebus dikedai yang tidak berdaftar.

Lebuhraya pertama iaitu Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan bebas daripada bayaran tol.

Program e-Rezeki dan e-Usahawan akan diperluaskan ke seluruh negara untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan.

Program Rumah Mampu Milik diperluaskan seperti PR1MA, Rumah Mesra Rakyat, Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Program Rumah Pertama dan Program Perumahan Rakyat.

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama bagi individu yang belum memiliki rumah. Melalui skim ini, kerajaan akan membantu individu yang belum pernah memiliki rumah untuk mendapatkan bantuan deposit perumahan.

Gaji kakitangan awam naik kepada 1 Gred

Gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1200 sebulan.

Kadar pencen minimum bagi golongan pesara kerajan dinaikkan kepada RM950 sebulan.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 diteruskan dan dinaikkan.

BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000.

BR1M Kategori baru diperkenalkan bagi penerima dalam senarai e-Kasih yg berpendapatan bulanan bawah RM1k akan terima BR1M sbyk RM1050.

BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000.

BR1M Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4k, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800.

BR1M Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2k sebulan, bantuan ditingkatkan drp RM350 kpd RM400.

BR1M Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan.

Berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kpd RM1,000 sebulan bagi Semenanjung.

Gaji minimum Sabah, Sarawak dan WP Labuan dinaikkan RM920 sebulan daripada RM800 bagi semua sektor kecuali perkhdmatn domestik/pembantu rumah.

Bayaran khas bonus RM500 bagi kakitangan awam akan dibayar pada Januari 2016.

Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas atau bonus sebanyak RM250 dan dibayar pada Januari 2016.

Allah Peliharakanlah Terengganu



Ini adalah pemandangan dari udara tulisan ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU yang terletak di Bukit Besar, Kuala Terengganu. Gambar ini ada disiarkan di dalam filem Polis Evo.

Tapi, untuk pengetahuan anda, papan tulisan bercahaya ini adalah sebelum 2015. Pada tahun 2015, papan tulisan ini telah ditukar kepada jenis LED yang berwarna-warni.

Semakan Keputusan Egtukar Pertukaran Guru Januari 2016


Bagi guru-guru yang telah mengemukakan permohonan pertukaran guru antara bahagian / negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi pertukaran sesi Januari 2016, semakan keputusan dijangka pada minggu pertama. Tarikh jangkaan adalah pada 2 November 2015.

Semakan keputusan penempatan sekolah bagi pertukaran guru yang telah lulus adalah dijangka pada minggu kedua iaitu 12 November 2015.

Semakan keputusan dan penempatan boleh di buat menerusi sistem pertukaran guru secara online bermula tarikh yang dinyatakan di : https://epgo.moe.gov.my

Pemohon yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan semakan semula dalam tempoh empat belas (14) hari selepas keputusan kelulusan pertukaran diumumkan ke Pejabat Pendidikan Daerah yang dipohon.