Jodoh Tidak Datang Bergolek-golek :)

Mengenali seseorang adalah detik terindah dalam kehidupan manusia. Baik lelaki mahupun wanita, perasaan sama tetap wujud. Sifat ingin mengenali seterusnya menjalin hubungan serius adalah lumrah bagi semua orang. Namun sebelum mengenali seseorang, kita perlu tahu masa yang sesuai untuk mengenalinya. Malam? Siang? Pagi atau petang? 
 
Kadangkala kita hanya memikirkan waktu senggang kita saja tanpa mengendahkan keadaan senggang si dia. Serba salah dibuatnya. Tidak dihubungi, hati memberontak ingin mendengar suaranya. Apabila dihubungi, takut mengganggu dirinya. Ada sesetengah lelaki lebih didorong rasa malu untuk memulakan sesuatu perhubungan hingga terpaksa melepaskan insan paling disenanginya gara-gara sukar mengungkapkan apa yang terpendam. 
 
Justeru, bagaimana mahu memulakan suatu persahabatan, menjalinnya penuh berhemah dan seterusnya mengikat hubungan yang lebih serius? Petua berikut mungkin berguna buat anda yang berkira-kira untuk memulakan suatu persahabatan yang suci: Cari masa yang sesuai Ada kalanya, secara tidak sengaja adalah 'saat paling indah dalam kehidupan manusia'. Ia juga mungkin masa paling sesuai. 
 
Ada ketikanya, anda takut untuk menelefon seseorang kerana bimbang dia mungkin sibuk tetapi tanpa diduga, dia juga menunggu anda. Jika masa untuk menghubungi itu tepat lalu perbualan akan menjadi semakin rancak dan menarik. Malah lebih banyak anda mengenali keperibadiannya. Tetapi harus diingat, pagi adalah waktu paling sibuk bagi kebanyakan mereka yang bekerja. 
 
Masa senggangnya mungkin ketika makan tengah hari. Namun, waktu paling baik adalah malam kerana semua beban kerja sudah tiada. Pandai-pandailah mengolah bicara jika pancing sudah mengena. Lebih berkeyakinan Tidak mencuba tidak tahu. Malah 'makanan' tidak akan masuk ke dalam mulut kalau kita tidak menyuapnya. Sama dengan usaha kerana tanpa usaha, kita mungkin akan terus ketinggalan dan akhirnya orang yang kita minat itu dipikat orang lain. 
 
Sebaiknya, tingkatkan keyakinan diri kerana hanya orang yang berani saja akan berjaya mencapainya. Dalam apa langkah sekalipun, keyakinan amat penting kerana ia adalah "pertahanan" terakhir dalam diri anda. Jangan buang masa Sebenarnya, lebih lambat anda memulakan langkah perkenalan, anda semakin rugi. Kesungguhan antara faktor serta daya penarik kerana si dia beranggapan anda benar-benar serius ingin menjalin hubungan baru dengan dirinya. 
 
Jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk memulakan sesuatu hubungan. Kelak, anda juga yang rugi! Perlu tahu apa yang anda lakukan Ini sangat penting kerana ada orang ingin mengenali seseorang hanya sekadar suka-suka. Ada orang pula ingin mencari jodoh dan mengimpikan ia berakhir di jenjang pelamin. Justeru, sebagai lelaki atau perempuan, anda perlu tahu apa yang anda lakukan. 
 
Apa kehendak anda dan bagaimana ia harus diakhiri. Segelintir yang ingin berkenalan sekadar ingin menambah koleksi bilangan teman wanita atau teman lelaki. Sebagai lelaki atau perempuan, fokus pada kehendak anda. Jangan hanya apabila dicabar rakan anda, lalu anda berusaha memikat hati si wanita dan apabila sudah dapat, anda ingin meninggalkannya. Ia nyata satu perbuatan yang tidak baik dan menghancurkan hati serta perasaan orang lain. Teruskan persahabatan.
 
Sekali anda melangkah ke alam persahabatan atau perkenalan, teruskan sehingga ada sesuatu yang menghalang. Ingat, jangan sesekali berpatah balik hanya kerana ada perkara yang remeh. Ini hanya membuang masa anda dan dirinya. Malah ia juga tidak baik kerana membabitkan soal hati. Apapun, cari masa yang paling sesuai untuk mengenali seseorang kerana bukan semua dapat menerima keadaan dengan sebegitu mudah. Jodoh tidak datang bergolek-golek, anda perlu berusaha mencarinya. Selamat berusaha dan semoga berjaya! =)

Pertandingan Akhir Tahun oleh Usahawan Internet, Raja Kamil



Di akhir tahun ni, banyak betul peraduan dan pertandingan yang dianjurkan oleh para blogger. Pertandingan akhir tahun yang saya ingin kongsikan dengan anda ialah pertandingan akhir tahun yang dianjurkan oleh Raja Kamil (RK):
Raja Kamil seorang usahawan internet sepenuh masa mengadakan cabutan bertuah lagi.

Hadiah kali ini lebih lumayan daripada sebelum ini.

Begitu juga dengan syaratnya, paling mudah, tak sampai seminit pun masa diperlukanuntuk peluang memenangi hadiah beliau.

Jika anda hendak memenangi sebuah MP3 Player berkapasiti

2GB, baca lanjut di cabutan http://rajakamil.biz/2009/11/20/pertandingan-akhir-tahun-update

P/S : Raja Kamil (RK) merupakan seorang usahawan internet yang amat saya kagumi dan menjadi sifoo saya -> Ayat membodek nak mp3... hehe :)

Tutorial 2 - Setting blog di Blogspot

Mula-mula anda login masuk akaun Blogspot anda di : http://www.blogger.com atau http://www.blogspot.com

Di Dashboard, ada 3 bahagian untuk menetapkan setting di Blogspot iaitu Settings Profile, Settings Blog dan juga Settings Layout (Template Blog) seperti gambar di atas.

SETTING PROFILE

Isi maklumat yang dikehendaki dan jangan lupa masukkan gambar anda di bahagian profile ini. Klik SAVE PROFILE apabila selesai.

SETTING BLOG

Klik bahagian "Settings" dan terdapat beberapa bahagian kecil seperti berikut:





Di bahagian Basic, masukkan nama blog, penerangan dan beberapa setting basic yang lain. Sementara di bahagian Publishing, anda boleh menukar alamat url blog (jika perlu). Di bahagian Formatting pula, anda boleh menukar format entri blog, format tarikh, masa dan bahasa. Di bahagian Comments, anda boleh menukar setting untuk komen di blog anda. Tekan SAVE SETTINGS apabila selesai. Tukar mana-mana setting yang anda rasa perlu sahaja.

SETTING LAYOUT


Seterusnya kita klik bahagian "Layout" pula (seperti gambar). Di bahagian inilah anda boleh menukar bentuk tulisan, warna, rekabentuk template dan juga menambah gadget iaitu pelbagai fungsi di bahagian blog.

Kita akan berbincang mengenai cara untuk menukar template dan memasukkan gadget di dalam tutorial seterusnya.


Jom sertai Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL - Hadiah lumayan menanti anda!


Assalamualaikum semua,

Bagaimana dengan keadaan kewangan anda di akhir2 tahun ni? Bagi yang telah mempunyai anak, mesti sibuk untuk menyediakan persiapan persekolahan anak-anak. Mesti banyak nak guna duit. Apa kata, bagi yang dah ada blog tu, jom pakat ramai2 sertai contest BERANI HIDUP UNTUK GAGAL. Manalah tahu, rezeki anda nanti berjaya dapat hadiah wang tunai yang ditawarkan.

Apa yang perlu dibuat?

Senang saja, pertama sekali anda mestilah ada blog. Buat satu entri di blog anda dengan tajuk BERANI HIDUP UNTUK GAGAL. Tulislah apa saja yang bermain di fikiran anda. Tiada syarat artikel tu panjang atau pendek. Di bawah artikel tu, anda hendaklah tulis "Saya mendapat tahu mengenai contest ini daripada MY ADHA : http://myadha.blogspot.com" Juga jangan lupa letak DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare sebagai sponsor contest ini.

Bila rakan-rakan anda menyertai melalui anda, rakan anda pula akan meletakkan nama anda sebagai referral. Istimewanya contest ini ialah di mana setiap orang yang menyertai di bawah anda, anda akan mendapat RM10. Kalau ada 10 orang, bermakna anda akan dapat RM100! tanpa keluar modal sesen pun!

Hadiah berupa wang tunai RM50 juga disediakan kepada penyertaan ke 10, 25, 50, 75, 100 dan seterusnya setiap gandaan 25 mengikut urutan link yang dihantar. Kemuncaknya, 5 peserta yang berada di ranking 1 - 5 di Google.com akan menerima wang tunai RM500. Peserta pada ranking 6 - 10 pula akan memenangi hadiah bernilai RM250 setiap seorang.

Bila entri BERANI HIDUP UNTUK GAGAL anda sudah ada di blog anda, masukkan url entri blog anda itu di ruangan komen : http://denaihati.blogspot.com/2009/12/contest-hidup-berani-untuk-gagal.html. Anda juga boleh melihat syarat-syarat contest di situ.

Apa tunggu lagi? Orang nak bagi duit tu takkan kita nak tengok je? Bila ada orang kempen skim cepat kaya, orang kita berebut-rebut nak masuk walaupun kena keluar modal yang banyak tapi bila ada contest yang percuma dengan hadiah lumayan macam ni, kita berpeluk tubuh je? Memang tolak tuah la tu :)

P/S : Anda boleh bertanya di ruangan komen jika masih belum faham cara-cara menyertai contest ini.


Apa itu blog?

Blog berasal dari singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris iaitu sebuah laman web yang kemasukannya (entri) ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik mengikut tarikh dan masa ia diterbitkan (publish).

Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya blog peribadi, politik, sosial atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian.

Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun ada sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog) dan muzik (blog MP3).

Terdapat dua penyedia hosting blog percuma yang paling popular di dunia iaitu Blogspot dan Wordpress.

Blogspot (Blogger)

Wordpress.com

Selain daripada itu, ada beberapa penyedia hosting blog percuma yang "kurang" dikenali ramai. Di antaranya ialah:

Blogdrive

xanga

tumblr

t-blog

Blog.com

Manakala, dua penyedia hosting blog percuma "buatan Malaysia" pula ialah:

iloveblog.com

blogmas.com

Tepuk dada tanya hati anda yang mana satu anda "berkenan"? Tetapi berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan blogger "percuma" di Malaysia menggunakan Blogspot kerana mungkin ia lebih mesra pengguna dan mudah digunakan.

Selamat berblog! :)









Selamat Datang ke Blog Adha :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Selamat datang diucapkan kepada rakan-rakan yang sudi datang ke blog kedua saya ini dan salam perkenalan kepada yang baru mengenali saya. Di atas cadangan rakan-rakan, akhirnya pada hari ini 12/12/2009, tarikh yang cukup istimewa, saya telah mengambil keputusan untuk membuka blog peribadi yang lebih bersifat santai di mana saya sendiri akan menulis artikel di dalam blog ini. 

Ini kerana sepertimana yang anda sedia maklum, blog saya sebelum ini iaitu MY ADHA™ adalah blog maklumat yang memaparkan artikel dan berita dari pelbagai sumber dan lebih berbentuk formal & serius. Di dalam blog yang baru ini, saya akan berkongsi pengetahuan, pengalaman dan pandangan saya tentang pelbagai topik dengan anda semua. Ini termasuklah topik isu semasa, sosial, politik, pendidikan, bisnes, ekonomi, komputer, internet dan juga cara untuk berblog (blogging).

Walaupun bukanlah seorang blogger yang terkenal atau "otai" kata budak-budak sekarang, saya akan cuba bimbing anda yang belum ada blog atau masih baru dalam dunia blogging bermula dari A sampai ke Z. Nantikan panduan-panduan yang akan saya berikan dalam blog ini nanti. Bagi yang sudah mempunyai blog, diharap kita dapat bertukar-tukar idea dan pendapat. 

Jika saudara dan saudari ada sebarang pandangan atau teguran yang membina, bolehlah diluahkan di ruang komen di bawah. Contohnya, apa topik yang patut saya beri perhatian di dalam blog ini nanti. Sebarang cadangan dan pandangan saudara saudari amatlah saya hargai. Jangan risau, blog MY ADHA™ akan diteruskan seperti biasa. 

Blog kedua ini adalah sebagai pelengkap kepada blog yang sediaada. Jangan lupa follow dan link blog baru saya ini dengan blog saudara saudari supaya kita boleh terus berhubung. Anda juga dijemput menjadi rakan saya di Facebook dan Twitter. Akhir kata, jaga diri anda baik-baik dan semoga Allah SWT merahmati kita semua. 

Jangan lupa datang ke sini lagi nanti. Saya menantikan kehadiran anda :)