Memaparkan catatan dengan label Kuala Terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuala Terengganu. Papar semua catatan

Menara MBKT dan Jambatan Angkat Komponen Penting KTCC


Pembinaan Menara MBKT (Majlis Bandaraya Kuala Terengganu) (kiri) dan Jambatan Angkat (Drawbridge) (kanan). Dua komponen penting di Kuala Terengganu City Centre (KTCC). Menara MBKT akan mempunyai menara berkembar iaitu Menara Yayasan (akan dibina selepas Menara MBKT siap). Jambatan Drawbridge yang menghubungkan Muara Selatan (KTCC) dan Muara Utara (Seberang Takir / Kuala Nerus) akan mempunyai Menara Tinjau dan Restoran di dua menara jambatan tersebut untuk tujuan pelancongan.

Foto : Hillman Iqbal
Group Pembangunan Negeri Terengganu

Pusat Transformasi Bandar (UTC) Terengganu


UTC Terengganu akan dibuka di Aras 1 - 4, Paya Bunga Square (PB Square) dan Aras 4, Plaza Paya Bunga (gambar). Ia akan dihubungkan dengan jejantas udara.

24 agensi kerajaan persekutuan dan negeri akan ditempatkan di UTC Terengganu antaranya, Kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis Diraja Malaysia, Tabung Haji, Indah Water, Yayasan Pembangunan Keluarga, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara dan Klinik 1 Malaysia.

UTC Terengganu akan beroperasi bermula pukul 8.30 pagi sehingga 10.00 malam. Dijangka akan dibuka pada Julai 2016.

Foto : Group Kuterer

Pulau Warisan, Kuala Terengganu


Gambar di atas adalah pemandangan sekitar Pulau Warisan, Kuala Terengganu pada waktu malam. Pulau Warisan adalah pulau kecil buatan manusia yang terletak bersebelahan dengan Kampung Cina (Chinatown).

Pada waktu malam, pokok lampu seperti di iCity akan bercahaya berwarna warni. Satu fenomena menarik untuk anda bergambar bersama keluarga.