Ibu dakwa anak dibuli di asrama MRSM

 


Polis Kuantan sudah merakam keterangan lima individu berhubung dakwaan kes buli pelajar di sebuah sekolah berasrama di daerah berkenaan, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada guru yang bertugas sebagai warden sekolah berkenaan, 8 Ogos lalu.

Kita mengambil keterangan lima individu termasuk individu yang mendakwa dibuli, individu didakwa membuli, pentadbir sekolah serta warden asrama sekolah terbabit.

Setakat ini, belum ada sebarang tangkapan dibuat, namun siasatan berhubung kes itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaaan. Sebarang perkembangan dalam kes ini akan kita maklum.

Terdahulu, tular di media sosial hantaran seorang wanita yang mendakwa anaknya pelajar di sekolah terbabit menjadi mangsa buli sejak Jun lalu.

Menurut wanita itu, pakaian anaknya serta beberapa pelajar lain yang diletakkan di ampaian asrama sekolah diconteng dan digunting selain mereka diugut selepas perkara itu dimaklumkan kepada pihak sekolah.

Dia juga mendakwa, tiada tindakan diambil pengurusan sekolah berkenaan selepas aduan dikemukakan sebelum dia membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.