Tahun ini Raya Terkejut seperti 2022?

 



Pada tahun 2022, negara kita menyambut "Raya Terkejut". Ada yang mempertikaikannya kerana sebelum itu, pihak berkuasa agama telah menafikan kemungkinan raya awal.
Umat Islam di negara ini tidak perlu bimbang kerana penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri 1443H pada tahun 2022 adalah sah dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Malah Setiausaha Jawatankuasa Cerapan Hilal Syawal di Labuan pada 2022, Awangku Bolkhizan Ahmad Thani mengesahkan tiada isu kekhilafan timbul ketika proses tersebut.
Ketika itu, beliau ialah pegawai di Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) Cawangan Labuan yang merupakan individu mengakibatkan berlaku ‘raya terkejut’.
“Pada masa itu ada seramai 30 orang selaku saksi dan kami semua meluahkan perasaan syukur kerana buat pertama kali dapat lihat anak bulan Syawal muncul tiba-tiba,” katanya.
Beliau yang berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia.
Ia susulan laporan media mengenai tular dakwaan oleh beberapa pakar falak tempatan yang mengatakan Hari Raya Puasa tahun 2022 tidak sah kerana ada banyak isu.
Proses pencerapan hilal bulan Syawal melibatkan 29 lokasi dilakukan dengan ketat dan jangkaan awal bahawa anak bulan cukup sukar untuk dilihat.
Langkah itu juga ekoran keghairahan segelintir umat Islam di negara ini yang ‘berkempen’ konon Aidilfitri bakal disambut sehari awal dan sekali lagi mengulangi insiden tahun lalu.
“Kami mula nampak hilal pukul 6.38 petang, iaitu 10 minit selepas matahari terbenam dan tempoh itu berlaku selama tujuh minit dengan semua saksi turut puas hati,” jelas beliau.
Meskipun stesen cerapan di Labuan merupakan paling awal menghantar laporan terus kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, namun ia tidak ditularkan melalui media sosial.
Bagi penentuan tarikh baharu tiga bulan utama yang melibatkan ibadah besar iaitu bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah akan ditentukan melalui kedua-dua kaedah hitungan (hisab) dan cerapan hilal (rukyah).
Kriteria Imkanur-Rukyah merupakan satu kriteria yang digunakan sebagai asas yang menggambarkan ciri hilal yang dianggap boleh dilihat dengan mata kasar atau bantuan alat optik. Kriteria yang digunakan adalah melibatkan dua elemen iaitu tinggi hilal dan jarak lengkung antara hilal dengan matahari semasa waktu maghrib (matahari terbenam).
SYARAT MINIMA HILAL BOLEH KELIHATAN
Syarat minima hilal boleh kelihatan menurut kriteria ini mestilah di ketika matahari telah terbenam kedua-dua syarat mestilah dipenuhi iaitu tinggi hilal di atas ufuk tidak kurang dari 3° dan jarak lengkung antara matahari dan bulan tidak kurang dari 6.4° (6° 24’).
Pemahaman masyarakat terhadap data hilal adalah penting supaya dapat mendapat gambaran potensi hilal kelihatan atau sebaliknya terutama melibatkan tiga bulan utama semasa cerapan hilal dilakukan.
Pengetahuan ini boleh dijadikan panduan kepada orang awam untuk memahami samada hilal bagi sesuatu bulan itu berada pada tahap mustahil boleh dilihat atau sukar dilihat atau mudah kelihatan.
Gambaran tersebut dapat difahami dengan mengetahui beberapa ciri antaranya seperti berikut:
a) ketinggian hilal di atas ufuk;
b) jarak antara hilal dengan matahari;
c) umur hilal dari berlaku ijtimak sehingga hilal terbenam;
d) tempoh hilal berada di atas ufuk; dan
d) tempoh hilal berada di atas ufuk; dan
e) sejauh mana data hilal tersebut menghampiri kriteria imkanur-rukyah.
Hilal yang mempunyai ciri-ciri kritikal hampir memenuhi syarat minima Kriteria Imkanur-Rukyah sering mendapat perhatian pencerap kerana menjadi cabaran dan harapan kemungkinan hilal dapat dilihat sekaligus menjadi satu pencapaian rekod baharu dalam cerapan hilal untuk digunakan dalam penilaian saintifik bagi tujuan penambahbaikan Kriteria Imkanur-Rukyah jangka masa panjang di masa hadapan.
Tahun 2024 ini, kemungkinan raya terkejut atau raya awal tetap ada walaupun ada yang mengatakan kemungkinan itu tipis kerana sejarah telah menunjukkan kemungkinan anak bulan yang memenuhi kriteria boleh kelihatan di mana-mana lokasi di Malaysia.
Sumber rujukan dari arkib eSentral & Kosmo!


0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.