Isnin, Mac 25, 2024

Buat aduan jika gambar anak jadi kandungan tanpa kebenaran



Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak diminta membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sekiranya rakaman gambar dan video anak-anak mereka dijadikan kandungan media sosial tanpa kebenaran.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata MCMC juga mempunyai kuasa untuk menurunkan kandungan media sosial melibatkan kanak-kanak yang dimuat naik tanpa kebenaran ibu bapa dan penjaga mereka, bagi memastikan tiada mana-mana pihak dieksploitasi demi kepentingan peribadi.

-ADVERTISEMENT-
Ads by

Beliau berkata, Kementerian Komunikasi tidak mempunya garis panduan khusus berhubung perkara tersebut, namun Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai panduan jelas mengenai penggunaan media sosial melibatkan guru dan murid yang dikeluarkan sejak 2017.

"Prinsipnya ialah gambar dan video kanak-kanak, sangat penting untuk kita dapatkan persetujuan ibu bapa, kerana mereka penjaga kepada budak-budak tersebut. Persetujuan itu perlu dan ia (kuasa menurunkan kandungan) terpakai untuk semua platform. Tindakan akan diambil jika dimuat naik tanpa kebenaran.

 "Jadi, sekiranya Kementerian Komunikasi atau MCMC terima aduan video TikTok atau media sosial lain, guna pakai gambar atau video kanak-kanak tanpa persetujuan ibu bapa, MCMC akan hubungi platform tersebut untuk turunkan kandungan itu kerana persetujuan itu sangat penting," katanya.

 

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts