Khamis, Julai 20, 2023

DUN Bukit Payung - Marang, Terengganu


DUN TERENGGANU - BUKIT PAYUNG

Salah satu DUN yang menarik untuk diamati ialah DUN Bukit Payung. Selepas tiga kali mengundi di DUN Seberang Takir, saya berpindah ke sini.

Sebelum 2008, DUN Bukit Payung merupakan kawasan BN. Namun pada PRU 2008, Bukit Payung telah jatuh ke tangan Calon PAS, Ustaz Mohd Nor Hamzah dengan majoriti 115 undi. Pada PRU 2013, PAS menang dengan majoriti 613 undi, sedikit meningkat dari PRU sebelumnya.

Setelah YB Ustaz Mohd Nor Hamzah dilantik sebagai Exco Kerajaan Terengganu, majoriti PAS di DUN Bukit Payung telah naik mendadak pada PRU 2018 iaitu sebanyak 4,488 undi.

Faktor lain mungkin kerana pertambahan pengundi Mukim Kedai Buluh yang menjadi kubu kuat PAS. Kedai Buluh berada di dalam daerah Kuala Terengganu namun tidak dimasukkan ke dalam Parlimen Kuala Terengganu kerana lebihan penduduk. Kedai Buluh telah dimasukkan ke dalam DUN Bukit Payung di bawah Parlimen Marang.

Sebahagian penduduk Bukit Payung mengundi di DUN Bukit Payung sementara sebahagian lagi mengundi di DUN Alur Limbat.

PAS dijangka tidak akan menghadapi masalah untuk mengekalkan kerusi DUN Bukit Payung dalam PRN kali ini dengan majoriti besar.


0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts