‘Padu’ ganti klasifikasi pendapatan kepada belanja bersih
Mei 25, 2023Rakyat negara ini tidak lagi dilihat mengikut tiga kumpulan pendapatan iaitu B40, M40 dan T20 tetapi akan dinilai kepada pendapatan boleh belanja bersih isi rumah.
Perkara itu antara beberapa langkah penstrukturan ekonomi akan dibuat tidak lama lagi apabila Pangkalan Data Utama (Padu) beroperasi seawal-awalnya Januari tahun depan.
Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, segala maklumat perihal corak dan trend semasa perbelanjaan bersih isi rumah akan menentukan pendekatan kerajaan dalam isu subsidi.
0 Comments
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.