Kepada yang berminat untuk menjadi Guru bolehlah memohon sebagai Guru MARA aka Guru MRSM. Lepasan Ijazah tanpa pengkhususan pendidikan atau Diploma Pendidikan juga boleh memohon.
Nama Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 atau Guru MARA
Gaji : RM 2,188.00 – RM9,552.00
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Doktor Falsafah
Bidang dan subjek
– Bahasa Melayu
– Bimbingan & Kaunseling
– Biologi
– Fizik
– Kimia
– Media
– Pendidikan Senireka / Visual
– Sains Komputer
– Geografi
– Sejarah / Sivik
– Pengurusan Perniagaan
– Perakaunan
– Ekonomi
– Matematik
– Pendidikan Jasmani
– Pendidikan Islam
– Pendidikan Islam (Tahfiz)
– Kemahiran Hidup
– Komputer Multimedia & Animasi
– Rekabentuk Fesyen
Untuk melihat Iklan Pengambilan: https://www.scribd.com/document/352986935/Iklan-Jawatan-Guru-Mara-Pegawai-Perkhidmatan-Pendidikan-Siswazah-DG41
atau
Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui Sistem Permohonan Jawatan Dalam MARA: http://apps.mara.gov.my/vacancy2/
Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 19 Julai 2017
10,574 (4,204)
UMNO
Ahmad Bin Said
6,370
PAS
Hazri Bin Jusoh
VOTERS | 19,269 MALAY 97% CHINESE 2% OTHERS 0% |
TURNOUT | 17,137 (88.9%) SPOILT 193 (1.0%) |
8,169 (3,157)
UMNO
Datuk Ahmad Said
5,012
PAS
Hazli Jusoh
VOTERS | 15,568 MALAY 1% CHINESE 0% |
TURNOUT | 86% |
7,987 (3,496)
UMNO
Ahmad Said
4,491
PAS
Mohamad Sulong
VOTERS | 14,163 MALAY 1% CHINESE 0% |
TURNOUT | 89% |
Padang Kubu, Seri Bandi, Mukim Hulu Cukai, Kijal Darat, Pekan Kijal, Teluk Kalung, Bukit Kuang,
10,262 (6,864)
UMNO
Rozi Bin Mamat
3,398
PKR
Narawi Bin Embong
VOTERS | 15,742 MALAY 99% OTHERS 1% CHINESE 0% |
TURNOUT | 13,944 (88.6%) SPOILT 284 (1.8%) |
8,619 (5,893)
UMNO
Rozi Mamat
2,726
PKR
Engku Abu Bakar Engku Mohd
VOTERS | 13,275 MALAY 1% |
TURNOUT | 88% |
7,276 (4,240)
UMNO
Rozi Mamat
3,036
PKR
Kamaruzaman Abdullah
VOTERS | 11,568 MALAY 1% |
TURNOUT | 90% |
Mukim Hulu Terengganu, Kampung Kuala Jeneris, Telemung Barat, Sungai Buluh, Tengkawang, Kuala Telemung Utara, Kampung Nibung, Kampung Matang, Kampung Pauh, Kuala Dura, Kampung Dusun, Teresat Utara, Teresat Selatan,
9,342 (613)
PAS
Mohd Nor Bin Hamzah
8,729
UMNO
Zaidi Bin Muda
VOTERS | 20,063 MALAY 100% CHINESE 0% OTHERS 0% |
TURNOUT | 18,216 (90.8%) SPOILT 145 (0.7%) |
7,324 (115)
PAS
Mohd Nor Hamzah
7,209
UMNO
Zaidi Muda
VOTERS | 16,733 MALAY 1% |
TURNOUT | 88% |
6,773 (720)
UMNO
Datuk Dr Abdul Latif Awang
6,053
PAS
Hassan Mhd Salleh
VOTERS | 14,495 MALAY 1% |
TURNOUT | 90% |
Kampung Laut, Kampung Atas Tol, Paya Resak, Kedai Buluh, Surau Haji Daud, Kampung Undang, Bukit Payung, Pekan Bukit Payung,
Kerajaan telah melaksanakan semula Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya (KEJARA) serentak pada bulan Mac 2016 bertujuan untuk mengurangkan kadar nahas/ kemalangan jalan raya yang semakin meningkat.
Berikut adalah Senarai Lokasi Kamera AES Di Seluruh Malaysia:
Had Laju (Lebuhraya)
1. KM 375.9 Lebuhraya PLUS - Slim River (Arah Utara)
2. KM 7 Jalan Maharajalela - Teluk Intan (Arah ke Bagan Datoh)
3. KM 91 Jalan Ipoh - Butterworth (Arah ke Selatan)
4. KM 85.5 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)
5. KM 204.6 Lebuhraya PLUS - Taiping (Arah ke Utara)
6. KM 6.6 SKVE (Puchong ke Kajang)
7. KM 301.6 Lebuhraya PLUS - Kajang (Arah ke Utara)
8. Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya (Kajang menuju ke PICC)
9. Jalan Persiaran Timur, Putrajaya (PICC menuju ke Kajang)
10. KM D7.9, Sungai Besi, Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)
Lampu Isyarat
1. KM 26 Jalan Ipoh - Kuala Kangsar (Persimpangan Kg Kerdah)
2. Jalan Pasir Putih - Ipoh (Persimpangan Jalan Temenggung, Jalan King)
3. Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Sepadu)
4. Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Perhentian, Sentul)
Lokasi Kamera AES Baru Terkini
KM 151.4 Lebuhraya PLUS - Pagoh
KM 299.9 Lebuhraya PLUS - Kampar
KM 17 Gua Musang - Kuala Krai
KM96.3 Lebuhraya PLUS - Kuala Muda
KM256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2
KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2
KM 146.8 Lebuhraya PLUS - Pagoh
Tarikh Nuzul Al Quran 2017 Di Malaysia
Tarikh Cuti Umum Hari Nuzul Al Quran 2017 di Malaysia jatuh pada tarikh berikut menurut Kalendar Islam / Tarikh Penting 2017 Malaysia iaitu 17 Ramadhan 1438H bersamaan dengan Hari Isnin, 12 Jun 2017.
Peristiwa Nuzul Al Quran yang merupakan cuti umum kepada beberapa buah negeri di Malaysia. Berikut adalah negeri-negeri yang cuti umum pada Hari Nuzul Quran 2017 iaitu Kelantan, Kuala Lumpur, Labuan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Putrajaya, Selangor dan Terengganu.
Tiga negeri yang telah mengambil cuti pada Awal Ramadhan dan tidak mengambil cuti Nuzul Quran adalah Johor, Kedah dan Melaka. Negeri lain yang tidak terlibat dengan cuti Nuzul Quran adalah Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.
Ramai yang salah faham mengatakan ini daging kucing tapi sebenarnya ia adalah daging arnab panggang.
Dagingnya putih, macam isi ayam tapi rasanya lebih sedap berbanding ayam. Walaupun putih, teksturnya macam daging lembu. Bahagian pahanya bila dipotong nampak macam burung.
Arnab panggang ini dijual di Bazar Ramadan Kampung Guntong, Setiu, Terengganu oleh anak muda, Mohd Ebbie Shafiran.
Harga seekor arnab mentah adalah sekitar RM30 hingga RM38 sekilogram dan beliau menjual arnab yang telah siap dipanggang pada harga bermula dari RM45. Boleh juga membeli bahagian yang lebih kecil.
Untuk tempahan, boleh hubungi Mohd Ebbie Shafiran : 0139134407
Dagingnya putih, macam isi ayam tapi rasanya lebih sedap berbanding ayam. Walaupun putih, teksturnya macam daging lembu. Bahagian pahanya bila dipotong nampak macam burung.
Arnab panggang ini dijual di Bazar Ramadan Kampung Guntong, Setiu, Terengganu oleh anak muda, Mohd Ebbie Shafiran.
Harga seekor arnab mentah adalah sekitar RM30 hingga RM38 sekilogram dan beliau menjual arnab yang telah siap dipanggang pada harga bermula dari RM45. Boleh juga membeli bahagian yang lebih kecil.
Untuk tempahan, boleh hubungi Mohd Ebbie Shafiran : 0139134407
Penjawat awam (kakitangan kerajaan persekutuan) dan pesara kerajaan akan menerima bantuan khas kewangan bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri 2017.
Kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan khas Hari Raya 2017 seperti berikut :-
- Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri 2017 untuk Kakitangan Awam sebanyak RM500 dan RM250 untuk pesara kerajaan (penerima pencen)
- Tarikh Bayaran : sebelum 9 Jun 2017
- Anggaran peruntukan : RM1 bilion
Pada tahun 2016, penjawat awam juga telah menerima Bantuan Khas Kewangan Hari Raya sebanyak RM500 dan RM250 untuk pesara kerajaan (penerima pencen) sama seperti tahun ini. Bantuan ini adalah bukanlah bonus sebulan gaji seperti tuntutan CUEPACS namun ia adalah bantuan khas untuk persiapan hari raya.
Sekiranya masalah tiada signal astro masih berlaku, sila cuba langkah-langkah asas teknikal berikut dahulu ya.
1. Pastikan kad pintar di dalam dekoder.
2. Tekan butang 'home'.
3. Pilih 'settings', tekan butang OK.
4. Pilih 'STB diagnostic', tekan butang OK.
5. Sila pastikan di bahagian "Current Entry point Name" ialah : Universal, 01 M3 VL- 10982.
6. Jika entry point berlainan, sila ubah melalui settings > Installation Settings > Pin 0000 > Satellite Settings > LNB > entry point Universal, 01 M3 VL- 10982 > Scan dan kunci signal.Tetapan > Tetapan pemasangan . Pin 0000 > Tetapan Satelit > LNB > entry point 01 M3 VL- 10982 > Scan dan kunci signal
7. Jika entry point tepat, di bahagian tuner 1, sila dapatkan bacaan untuk Strength Reading (%) & Quality Reading (%)
8.Tutup plug dekoder astro, ketatkan kabel, hidupkan semula dekoder dan semak semula servis
1) Timun - Membantu Dalam Penurunan berat badan dan Penghadaman
Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt rendah lemak.
Mengunyah timun memberikan rahang anda senaman yang baik dan serat di dalamnya baik untuk penghadaman. Ambil timun sebagai makanan harian sebagai bantuan untuk sembelit kronik.
2. Tomato - membentuk otot tubuh sangat ideal sebagai makanan pendamping yang sihat. Untuk mendapatkan otot yang kuat dan sihat, tidak hanya buah ini saja tapi anda perlu berolahraga dengan teratur.
3. Capsicum - Benggala sama ada merah,kuning atau hijau semuanya adalah berKHASIAT.
Di samping itu capsicum ni sesuai dibuat snek semasa kita dalam pemprosesan tengah diet kan!! Tapi bukan makan terus macam tu...mesti la mempunyai beberapa Protein dan Vitamin seperti daging , ayam , ikan dan sedikit timun ke tomato ke kubis ke buat mcm sayur kfc tu pastu balut dengan lada.
Capsicum bertindak sebagai agen penyembuhan badan - Catalyst Herbs. Ia membantu masalah gastrousus seperti ulser perut, cirit birit dan dispepsia dan juga mengurangkan masalah kembung perut.
Capsicum mempunyai tahap vitamin A dan C yang tinggi dan bertindak sebagai antioksida yg sangat bagus. Antioksida membantu untuk menghalang kerosakan radikal bebas dlm sel-sel saraf dan saluran darah.
Capsicum membantu untuk menurunkan paras gula dalam darah dan menormalkan semula tekanan darah.
4. Sayur salad - Salad hijau memberi kesan yang baik pada penghadaman. Ini kerana sayuran ini kaya nutrien seperti vitamin A, asid folik, fiber, magnesium, potasium dan fosforus membuatkan perut terasa lebih kenyang sekali gus menurunkan berat badan.
Selain itu sayuran ini juga mengandungi beta karotin yang baik untuk sistem imunisasi dan mencegah kanser. Memakan sayur-sayuran setiap hari menjadikan badan lebih beralkali. Ini kerana jika kandungan asid terlalu tinggi dalam badan, penyakit akan mudah singgah dan memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Mulai 10 Mei 2017, Telenovella Muhteşem Yüzyıl (Magnificent Century) bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di Astro Prima 105 dan Maya HD 135. Drama bersiri telenovela berkualiti tinggi sejarah Uthmaniah Turki yang mendapat sambutan hangat bukan saja di Turki tapi juga di negara berbahasa Latin dan Eropah.
Kisah Sultan Suleiman yang ayahnya telah meninggal dunia ketika dia sedang berburu di hutan. Dalam perjalanannya untuk menaiki takhta menggantikan ayahnya, Sultan Suleiman bertemu seorang gadis bernama Alexandra yang akan diculik oleh bangsar Tartar sementara ibu, ayah dan adiknya telah tewas di tangan mereka.
Ia berdasarkan kehidupan Süleyman Magnificent, sultan yang paling lama memerintah Empayar Uthmaniyyah.
Selepas kematian ayahnya, Sultan Süleyman dipanggil untuk menjadi raja atas Empayar Uthmaniyyah yang semakin berkembang pada usia 26 tahun. Beliau memutuskan untuk menegakkan keadilan undang-undang dan membuat Empayar Uthmaniyyah yang lebih besar daripada sebelumnya.
Bermula percintaan dengan Hürrem, gundik Crimean dalam harem beliau. Asalnya dinamakan Aleksandra Lisovska dia telah dibawa ke istananya di Istanbul bersama-sama dengan hamba-hamba lain untuk harem beliau. Wanita berani itu membenci orang-orang yang ditangkap dan dijual beliau, menentang penculiknya dan ingin mengikuti keluarga si mati beliau dalam alam maut, sehingga dia jatuh cinta dengan Sultan.
Walau bagaimanapun, ia menimbulkan kemarahan Mahidevran Sultan, ibu kepada anak sulung Süleyman, dan Pargalı İbrahim Paşa, penasihat dan tangan kanan lelaki yang paling dekat Sultan.
Fokus siri ini adalah kerja dan tipu daya yang rapat dengan Sultan dan persaingan antara ahli-ahli istana. Percintaan antara İbrahim dan Hatice, kakak Süleyman ini, persaingan antara gundik dan pewaris dan manipulasi yang berlaku di belakang tabir yang menyebabkan kejatuhan Kerajaan Uthmanniyyah.
Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika:
- Ini adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa didengar mengenai mengandungkan anak lelaki.
- Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.
- Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.
- Perut anda “rendah”.
- Anda sangat berseri-seri ketika hamil.
- Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan.
- Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri.
- Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging.
- Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
- Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.
- Kulit anda menjadi kering.
- Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
- Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
- Anda lebih mudah diserang sakit kepala.
- Anda tidur mengiring ke kiri.
- Air kencing anda berwarna kuning cerah.
- Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.
- Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.
Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika:
- Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
- Perut anda bulat.
- Perut anda “tinggi”.
- Punggung kelihatan lebih besar
- Muka anda tidak berseri-seri.
- Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.
- Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.
- Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.
- Kulit anda lembut.
- Anda suka marah-marah.
- Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku.
- Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
- Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil.
- Anda tidur mengiring ke kanan.
- Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
- Air kencing anda berwarna kuning samar.
McDonald’s Malaysia memperkenalkan semula menu hidangan berasaskan ayam iaitu Ayam Goreng McD yang telah diperkenalkan sejak 1986.
Ayam Goreng McD sememangnya mempunyai citarasa yang istimewa, tepung yang rangup dan daging ayamnya juga empuk berjus membuatkan pelanggan tidak pernah jemu untuk menikmatinya sebagai hidangan harian tidak kira waktu makan tengahari atau pun malam.
McDonald’s memperkenalkan ‘Share Box’ yang membolehkan Ayam Goreng McD dibeli dalam kuantiti yang lebih banyak. Share Box ditawarkan kepada semua peminat Ayam Goreng McD di Malaysia dalam kuantiti 5 atau 9 ketul ayam, masing-masing berharga RM23.50 dan RM39.95. Terdapat dalam pilihan perisa asli (original) dan pedas (spicy).
Ayam Goreng McD™ dihantar segar ke restoran setiap hari dan boleh didapati selagi stok hariannya masih ada. Ini kerana sejak diperkenalkan semula, ayam goreng McD mendapat sambutan hangat luar biasa sehingga ia kehabisan stok. Ayam Goreng McD™ ‘Biasa’ yang kehabisan stok akan kembali semula di cawangan McD pada 20 April 2017 (Khamis).
Resepi Ayam Goreng Ala McD
Bahan-bahan:
1 ekor ayam, potong sesuai selera masing–masing.
7 ulas bawang putih (90 gram), dihaluskan
1 buah tomato segar/ 1 sudu tomato paste
8 ulas bawang merah, dihaluskan
3 sudu makan garam
3 sudu teh serbuk lada putih (white pepper)
1 sudu serbuk lada merah (merica)
1 sudu serbuk lada hijau (oregano)
minyak masak untuk menggoreng secukupnya
1 biji telur
100 ml susu cair
Bahan Tepung:
500gm tepung
2 sudu teh bawang putih
2 sudu teh bawang merah
4 sudu teh garam
3 sudu teh lada merah
Cara Mengadun :
Tumbuk halus semua serbuk lada (bawang putih, garam, dan serbuk lada), lumur ayam dengan serbuk lada halus, perapkan semalaman.
Celup ayam ke campuran susu cair dan telur, gulingkan dalam campuran tepung, bawang putih, garam, dan serbuk lada. Untuk hasil yang lebih tebal, celupkan lagi ke campuran telur + susu lalu gulingkan lagi ke campuran tepung. Lakukan 2 kali lagi (kalau mahu lebih tebal).
Cara Menggoreng:
Tips goreng ayam untuk mendapatkan ayam yang juicy di dalam dan garing di luar. Panaskan minyak biar betul-betul panas. Apabila api besar, masukkan ayam. Sudah masuk ayam terus kecilkan api. Agak2-agak sudah garing besarkan semula api sekejap. Lepas itu angkat dan toskan minyak.
Selamat Mencuba Ayam Goreng Ala McD :)
Sebelum anda mendaftar talian pascabayar atau postpaid di mana-mana telco, elok anda buat semakan terlebih dahulu samaada anda telah di ‘blacklist’ oleh mana-mana telco atau sebaliknya.
Cara untuk mengenalpasti semakan blacklist telco tersebut adalah Semakan Kredit Pembekal Perkhidmatan. Anda boleh membuat semakan disini : https://mcredit.u.com.my/microcredit/epsmf/apply/mf/microFinancingFlow?execution=e1s5
Anda boleh menyemak dengan memasukkan nombor kad pengenalan anda dan submit. Sekiranya anda dipaparkan ke bahagian pengisian borang, bermaksud anda tidak di blacklist oleh telco.
Sekiranya anda diblacklist oleh telco, paparan mungkin adalah seperti dibawah :
- Maaf, kami tidak dapat memproses permohonan anda kerana nama anda telah disenarai hitam oleh : CELCOM
Jadi, anda perlu terlebih dahulu menghubungi atau menyemak dengan telco yang dinyatakan untuk membersihkan nama anda.