Sabtu, September 26, 2015

Ubat Demam Kidz PCM Untuk Bayi


Alhamdulillah, Uwais anak kedua kami sudah baik dari demam. Jika anak-anak anda demam, cubalah bagi ubat Kidz PCM ini, InsyaAllah sesuai untuk meredakan demam anak kecil.

Ubat Demam ini ada perisa strawberri dan oren. Berdasarkan pengalaman sendiri, ubat demam lain kadang2 budak tak suka dan banyak sangat pewarna.


Khamis, September 24, 2015

Sembelihan lembu aqiqah untuk Umar dan Uwais


Sembelihan lembu aqiqah untuk anakanda Muhammad Ahsan Umar dan Muhammad Ayden Uwais. Pada hari raya Aidil Adha tahun ini, kami mengambil keputusan untuk melakukan ibadah aqiqah buat kedua putera kesayangan kami di kampung ibu kepada isteri saya iaitu di Kampung Bukit Gemuroh di Hulu Terengganu. Semoga menjadi anak yang taat dan beriman.

Selasa, Ogos 18, 2015

Arteri Jantung Terbalik (TGA)


Sambil melayari internet, terlihat gambar jantung ini. Ramai yang bertanya masalah jantung Umar dahulu. Umar ketika lahir mempunyai masalah injap jantung utama terbalik (dipanggil Transposition of the great arteries (TGA) di dalam Bahasa Inggeris). Kes ini biasanya terjadi kepada bayi yang baru lahir di mana dua injap utama jantung berada dalam kedudukan yang terbalik (songsang).

Lihat gambar 1 adalah gambar jantung normal iaitu anak panah hijau gelap - injap aorta bersambung dari kiri jantung (anak panah kuning) ke bahagian tubuh sementara anak panah putih adalah injap pulmonary dari kanan jantung (anak panah biru gelap) bersambung ke paru-paru.

Gambar 2 pula gambar injap jantung terbalik di mana injap aorta berada pada kedudukan songsang dan ini menyebabkan oksigen tidak dapat dipam secukupnya ke jantung. Bayi TGA ini berwarna biru (gelap) selagi tidak dilakukan pembedahan.

Alhamdulillah, Umar sudah sihat dan normal sekarang. Terima kasih IJN di atas kejayaan pembedahan pada Dis 2013.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh menyalurkan di akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) MUHAMMAD AHSAN UMAR : 1111441100060894

Isnin, Jun 08, 2015

Tips Pantas Kuruskan Badan Dengan Cepat

Menurut kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga kini hampir 60% rakyat Malaysia ialah dari golongan yang obesiti atau berat badan berlebihan. Terdapat pelbagai cara dan petua yang dapat dipraktikkan untuk kuruskan badan dengan cepat. Berikut adalah cara-cara bagaimana untuk menguruskan badan dengan cepat :

1. Sarapan di awal pagi dengan meminum kopi atau jus buah-buahan. Sarapan di awal pagi dengan meminum kopi atau jus buah-buahan,

2. Mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi.

3. Memperbanyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.

4. Jangan amalkan memakan makanan ringan dan snek di waktu malam sebelum tidur.

5. Berhenti atau kurangkan meminum air manis dan berkarbornat.

6. Amalkan meminum teh hijau setiap kali selepas makan.

7. Banyakkan meminum air limau ais.

8. Ketika bangun tidur amalkan cara dengan bangun secara bangkit tubi

9. Lakukan lompat bintang sebanyak sekurang-kurangnya 20 kali setiap hari.

10. Berjalan atau mendaki tangga selepas makan.



Sabtu, Mac 28, 2015

Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17


Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

Kumpulan: Sokongan    
         
Kementerian / Jabatan : Pelbagai Kementerian/ Jabatan / Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang    
         
Jadual Gaji:    
         
Gaji Minimum     Gaji Maksimum     Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM928.00         RM3,375.00         RM95.00
   
Syarat Lantikan:    
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM928.00 ] dan
 -  Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
-  (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).

Syarat Peningkatan Secara Lantikan:    
- Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan di atas; atau
lulus Peperiksaan Khas; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:    
- Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.


Isnin, Mac 23, 2015

Pengambilan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) – 26 Mac 2015



Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri : Cepat, Tepat, Integriti, Produktif, Kreatif, Taat Setia kepada organisasi dan bersifat sedia membantu untuk jawatan kosong berikut:

- Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17
(Kementerian Luar Bandar & Wilayah)
29 kekosongan, 60 simpanan

Permohonan hendaklah dibuat secara online di Borang Online SPA : http://www.spa.gov.my



Khamis, Mac 19, 2015

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Kelantan (UMK) – 26 Mac 2015


Jawatan Kosong Universiti Malaysia Kelantan (UMK) – 26 Mac 2015

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum (independent), bekerja dalam satu pasukan (teamwork), dinamik, kreatif dan inovatif untuk membangun universiti. Individu yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut:

- Juruaudit
- Pegawai Keselamatan
- Pegawai Kewangan
- Pegawai Pertanian
- Pegawai Psikologi
- Pegawai Sains
- Pegawai Teknologi Makluma
- Pegawai Veterinar
- Penolong Pendaftar
- Pustakawan

Iklan Jawatan:
http://www.umk.edu.my/index.php/en/component/k2/item/251-iklan-jawatan-kosong-bukan-akademik-tetap-tarikh-tutup-26-mac-2015

Borang Permohonan:
http://jobs.umk.edu.my/

Tarikh Tutup : 26 Mac 2015




Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) – 24 Mac 2015


Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) – 24 Mac 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sebagai:

- Pembantu Akauntan W17
- Pembantu Operasi N11 – 4 Kekosongan

Iklan Jawatan:
http://lkim.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=6f2c92f7-f1ce-41a9-b612-c81b744e9842&groupId=10124

Tarikh Tutup : 24 Mac 2015


Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Selangor – 25 Mac 2015


Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Selangor – 25 Mac 2015

Permohonan dipelawa daripada warganebara Malaysia, keutamaan kepada anak-anak Negeri Selangor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong di Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) seperti berikut:

- Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred Ja29
- Penolong Jurutera (Awam) Gred Ja29
- Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Gred S27
- Penolong Pegawai Undang-undang Gred L29
- Pembantu Tadbir (Undang-undang) Gred L17

Iklan Jawatan dan Borang Permohonan:
http://www.mdks.gov.my/web/guest/e-jawatan

Tarikh Tutup : 25 Mac 2015

Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) – 24 Mac 2015


Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) – 24 Mac 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) seperti berikut:

- Penolong Akauntan Gred W27
- Pembantu Akauntan Gred W17
- Pembantu Tadbir (kewangan) Gred W17
- Pembantu Tadbir (perkeranian/operasi) Gred N17
- Pengawal Keselamatan Gred KP11

Iklan Jawatan:
http://www.mpm.edu.my/documents/10156/c540bc3f-193d-4604-9fe6-f4c456cdad24

Borang Permohonan:
http://www.mpm.edu.my/documents/10156/1a03eb49-75ce-4708-b711-9a5da34ec005

Tarikh Tutup : 24 Mac 2015




Selasa, Mac 17, 2015

Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) - 27 Mac 2015



Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) - 27 Mac 2015

Jawatan:
1. Jurutera J41
2. Pegawai Teknologi Maklumat F41
3. Penolong Pegawai Penilaian W27
4. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
5. Penolong Pegawai Tadbir N27
6. Juruteknik Ukur J17
7. Penolong Jurutera J29
8. Juruaudio Visual N17
9. Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi N17
10. Pegawai Khidmat Pelanggan N17
11. Pembantu Tadbir Kewangan W17
12. Pembantu Setiausaha Pejabat
13. Pembantu Operasi Gred N11
14. Tukang K2 R11

Iklan Jawatan:
http://www.risda.gov.my/images/pdf/Perjawatan/2015/Iklan_13032015.pdf

Tarikh tutup 27 Mac 2015

Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal www.jobsmalaysia.gov.my




Recent Posts