Sabtu, Februari 28, 2015

Pengambilan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) - 01 Mac 2015



Pengambilan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) - 01 Mac 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebagai:

1. Pegawai Pemulihan Perubatan U41 (Pertuturan) - 72 kekosongan
2. Pegawai Pemulihan Perubatan U41 (Pendengaran) - 23 kekosongan
3. Jurutera (Elektronik) J41 - 17 kekosongan
4. Jurutera (Elektrik) J41 - 15 kekosongan
5. Leftenan Muda Maritim XA13 - 40 kekosongan
6. Penolong Pegawai Undang-undang L29 - 11 kekosongan
7. Penolong Pegawai Syariah LS27 - 4 kekosongan

Permohonan hendaklah dibuat secara online di: http://www.spa.gov.my/Portal/

Tarikh tutup permohonan pada 01 Mac 2015
Lokasi: Seluruh Malaysia



Jumaat, Februari 27, 2015

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2015



Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).





1. KETERANGAN PROGRAM


1.1 Nama Program :

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

1.1.1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

1.1.2 Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.1.3 Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.1.4 PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.








2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS


2.1 Warganegara Malaysia.


2.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2015 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1995.


2.3 Sihat tubuh badan.


2.4 Aktif dalam kegiatan kokurikulum.


2.5 Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlangMakluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.



2.6 Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:


i. Bahasa Melayu; dan
ii. Sejarah.


2.7 Lulus Bahasa Inggeris.


2.8 Memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online).











3. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN:


3.1 Sekolah Kebangsaan (SK)



3.1.1 Bahasa Melayu 3.1.11 Pendidikan Muzik
3.1.2 Bahasa Inggeris 3.1.12 Pendidikan Pemulihan
3.1.3 Bahasa Arab 3.1.13 Pendidikan Khas
3.1.4 Bahasa Tamil 3.1.14 Pendidikan Awal Kanak-Kanak
3.1.5 Bahasa Cina 3.1.15 Sejarah
3.1.6 Bahasa Iban 3.1.16 Reka Bentuk dan Teknologi
3.1.7 Bahasa Kadazandusun 3.1.17 Matematik
3.1.8 Pendidikan Jasmani 3.1.18 Sains
3.1.9 Pendidikan Islam 3.1.19 Bimbingan dan Kaunseling
3.1.10 Pendidikan Seni Visual




3.2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)



3.2.1 Bahasa Melayu 3.2.9 Pendidikan Khas
3.2.2 Bahasa Inggeris 3.2.10 Pendidikan Awal Kanak-Kanak
3.2.3 Bahasa Cina 3.2.11 Sejarah
3.2.4 Pendidikan Jasmani 3.2.12 Reka Bentuk dan Teknologi
3.2.5 Pendidikan Islam 3.2.13 Matematik
3.2.6 Pendidikan Seni Visual 3.2.14 Sains
3.2.7 Pendidikan Muzik 3.2.15 Bimbingan dan Kaunseling
3.2.8 Pendidikan Pemulihan




3.3 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)



3.3.1 Bahasa Melayu 3.3.9 Pendidikan Khas
3.3.2 Bahasa Inggeris 3.3.10 Pendidikan Awal Kanak-Kanak
3.3.3 Bahasa Tamil 3.3.11 Sejarah
3.3.4 Pendidikan Jasmani 3.3.12 Reka Bentuk dan Teknologi
3.3.5 Pendidikan Islam 3.3.13 Matematik
3.3.6 Pendidikan Seni Visual 3.3.14 Sains
3.3.7 Pendidikan Muzik 3.3.15 Bimbingan dan Kaunseling
3.3.8 Pendidikan Pemulihan









CALON TIDAK LAYAK MEMOHON






1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.


2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.


3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.


4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.










CARA MEMOHON





1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 17 Februari 2015.

2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga

3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.

5. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.


6. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.





PERINGATAN
Pemohon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan selama tempoh pengajian.






TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 08 MAC 2015 (11:59 MALAM)






Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :







INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200
PERSIARAN APEC, CYBER 6,63000 CYBERJAYA

(u.p: Unit Pengambilan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
No. Telefon : 03-8312 6720/6758/6731/6733/6769/6723/6760


Sabtu, Februari 14, 2015

Jawatan Kosong Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) – 19 Februari 2015


Jawatan Kosong Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) – 19 Februari 2015

JAWATAN:
- Bendahari (W54)
- Pembantu Pembedahan Pergigian (U17)
- Jururawat Pergigian (U29)
- Pegawai Psikologi (S41)
- Pemandu Kenderaan H11 (H11)
- Pegawai Perubatan UD43/44/47/48/51/52/53/54
- Pegawai Pergigian U41/44/48/52/54
- Pembantu Operasi (N11)
- Penolong Jurutera (Awam) (JA29)

Permohonan hendaklah dibuat menerusi Sistem Pengambilan Kakitangan e-IRIS USIM . Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.

Maklumat Lanjut:
http://eiris.usim.edu.my:8080/eiris/index.jsp?page=viewJawatan&jnsJwtn=2



Jumaat, Februari 13, 2015

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang – 24 Februari 2015


Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang – 24 Februari 2015

Jawatan:
- Penolong Jurutera Gred JA29 – Taraf Jawatan Kontrak ( 1 kekosongan)
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 – Taraf Jawatan Kontrak (1 kekosongan)

Maklumat lanjut:
http://www.mainpp.gov.my/web25/images/jawatan_j29n17/Iklan%20%20JA29,%20N17.pdf

Borang Permohonan:
http://www.mainpp.gov.my/web25/images/jawatan_j29n17/BORANG%20MOHON%20JAWATAN%20%20MAINPP.pdf

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang boleh diperolehi secara PERCUMA. PERMOHONAN HENDAKLAH DISAMPAIKAN KEPADA;

Setiausaha,
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang,
Tingkat 8 & 9, Menara UMNO,
No.128, Jalan Macalister,
10400 PULAU PINANG.


Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) – 23 Februari 2015

 Permohonan adalah dibuka untuk semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk berkhidmat di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai:
- Ahli Muzik (Pengarah Muzik)

Maklumat Lanjut:
http://www.dbkl.gov.my/images/articles/hubungi_kami/perjawatan/IKLAN_PEMANDU_H11_BERTULIS.pdf

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam Subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR)/Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Satu Ujian Bertulis Terbuka akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut:-

TARIKH : 17 DISEMBER 2014 (RABU)
UJIAN BERTULIS MASA PENDAFTARAN : 8.30 PAGI – 10.00 PAGI
TEMPAT : INSTITUT LATIHAN
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (IDB) NO. 19, JALAN YAACOB LATIF (JALAN TENTERAM) BANDAR TUN RAZAK CHERAS, 
56000 KUALA LUMPUR.
No. Telefon : 03-26179613/9612/9609

 

Jawatan Kosong Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) – 17 Februari 2015


Jawatan Kosong Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) – 17 Februari 2015

Permohonan adalah dibuka untuk semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk berkhidmat di PERHEBAT sebagai:
- Pengajar (Elektrik) Gred 19p – (1 Kekosongan)
- Pengajar (Elektronik Industri) Gred 19p – (2 Kekosongan)
- Pengajar (Juruteknik Automotif) Gred 19p – (1 Kekosongan)
- Pengajar (Pengurusan Hotel) Gred 19p – (2 Kekosongan)
- Pegawai Kerani Gred 12 – (1 Kekosongan)
- Tukang Kadar (Pelancongan & Perhotelan) Gred 12 – (1 Kekosongan)
- Tukang Kadar (Jahitan Pakaian) Gred 12 – (1 Kekosongan)
- Pegawai Kerani (Pekerja Khidmat Sangkut) – (3 Kekosongan)

Maklumat Lanjut:
http://www.perhebat.net.my/index.php?option=com_content&view=article&id=574%3Aiklan-jawatan-kosong-di-perhebat&catid=43%3Apeluang-kerjaya&Itemid=88&lang=bm

Permohonan boleh dibuat melalui surat dengan menyertakan butir-butir peribadi, pengalaman, salinan sijil-sijil akademik yang disahkan serta gambar berukuran passport kepada:

Ketua Pengarah
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera
Kompleks PERHEBAR, Kem Sungai Buloh
Peri Surat 65, 47000 Sungai Buloh
Selangor
(U.P: Pengarah Sumber Manusia & Pentadbiran)
 



Selasa, Februari 10, 2015

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat – 15 Februari 2015





Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat – 15 Februari 2015

Permohonan dipelawa daripada warganegara Malaysia, keutamaan kepada anak-anak Negeri Selangor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup ilkan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong di Majlis Daerah Kuala Langat seperti berikut:

- Pembantu Operasi Gred N11
- Pemandu Kenderaan Gred H11
- Pembantu Awam Gred H11

Calon yang berminat mengisi jawatan kosong Majlis Daerah Kuala Langat perlu menghantar permohonan kepada:

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Kuala Langat,
Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah,
42700 Banting, Selangor

Iklan Jawatan Kosong:
http://www.mdkl.gov.my/documents/10124/da873945-411a-4d8e-ae95-22e7401c29e3

Borang Permohonan:
http://www.mdkl.gov.my/documents/10124/58c4fe53-4c1e-4afe-b630-fd4ab6cd03c4

Tarikh tutup permohonan adalah pada : 15 Februari 2015
 


Sabtu, Januari 17, 2015

Formula Tarik Rezeki - Bagaimana Ingin Murah Rezeki?



{BACA DENGAN GEMBIRA ^_^ **

MEMBACA itu WAJIB

>>>>RAHSIA PEMBERSIHAN KOLAM JIWA YANG PALING BERKESAN MENARIK REZEKI<<<<

EDISI 5 TERBAIK (BEST SELLER)
----------------

“Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, kebahagiaan hati, kekayaan harta dan jiwa, serta keberkatan hidup di DUNIA dan di AKHIRAT”

SANGAT SESUAI UNTUK MEREKA YANG MEMPUNYAI PENYAKIT DI BAWAH:

1) DENGKI
2) SAKIT HATI DENGAN ORANG
3) CEMBURU
4) MURUNG
5) SEDIH
6) MASALAH KOMUNIKASI
7) LALAI
8) LUPA
9) TAK CUKUP DUIT
10) MERASA DIRI HEBAT
11) RIAK
12) BERCELARU
13) TIDAK TENANG TIDUR
14) SUKA FIKIR MASALAH
15) TIDAK TAHU MEMBETULKAN NIAT
16) SUKA FIKIR BUKAN-BUKAN
Dan banyak lagi..

 Jika dibaca penuh penghayatan


LIHAT APA KATA PEMBACA EBOOK 70 FORMULA REZEKI INI
=====================================

"Baru2 akak dilanda satu masalah dlm diri akak.... masa tu mmg lost.. sehingga akak rasa mcm gelap aje dunia ni pada kemuncak masalah tu.. sehingga satu mlm... akak baca blk ebook nora hingga tertidur.. bangun pagi.. akak rasa lain sgt.. mcm ada satu semangat baru.. masalah tu jd kecik pulak.. start dari mlm tu.. mmg akak akan selalu baca.. bila akak fikir balik... baru akak perasan.. ebook nora kandungan dia "happy2..".. membakar semangat.. sbb tulah.. kalau akak bc seblm tidur.. bila bangun pagi mood jd happy n bersemangat...."    -CIKPUAN NOR ZAHIDAH ARIFFIN


BERMINAT MILIKI EBOOK INI? TEMPAH SEKARANG.
500% BERKESAN. SETIAP HARI PASTI TERSENYUM 24 JAM. ^_^

Jaminan wang dikembalikan 500% tanpa ragu.
<<< TEKAN SINI SEKARANG SEBELUM TAWARAN DITUTUP------>>>

<<< http://www.formularezeki.com/hop.php?ref=my >>>
<<< http://www.formularezeki.com/hop.php?ref=my >>>
<<< http://www.formularezeki.com/hop.php?ref=my >>>


Sabtu, Disember 27, 2014

Banjir di Pantai Timur, Satu Penjelasan



Allah sedang menguji hambanya. Mengikut ahli meterologi ;

1. Pantai Timur khususnya Kelantan boleh berdepan dgn banjir yang lebih besar jika kawasan penumpuan angin (palung) masih tidak bergerak ke arah Selatan Semenanjung. Sepatutnya ia sudah bergerak ke arah Johor. Ini menyebabkan wap air terus terkumpul dan kwsn ini menerima hujan yang lebih banyak. Mengapa palung tidak bergerak?. Tiada kajian khusus mengenainya tetapi biasanya ia berkaitan dgn kewujudan tekanan tinggi dan rendah secara global.

2. Keadaan banjir diburukan lagi dgn fenomena air pasang besar di Perairan Pantai Timur yang menyebabkan air sungai serta air banjir sukar utk mengalir keluar ke pantai. Air pasang besar berlaku kerana pengaruh daya graviti bulan.


3. Hujan lebat akan terus berlangsung bermula Ahad ini berikutan angin sejuk dari arah China yang akan bergerak ke sebelah sini.


4. Keadaan banjir yang luar biasa di Kelantan juga disebabkan angin kuat yang bertiup dari Barat Lautan Pasifik dan China yg berterusan sejak awal bulan lalu. Tahun ini berbeza, angin itu datang secara berterusan. Sebelum ini ia ada berhenti sekejap-sekejap.


5. Sebenarnya, Kelantan boleh mengalami banjir besar lebih awal lagi tetapi selamat kerana ditampan oleh ribut tropika yg menyeberangi Laut China Selatan ke Vietnam.


Air, hujan, awan, angin, bulan semuanya makhluk Allah yang sentiasa patuh atas perintah Maha Pencipta. Maha Suci Allah. Yakinlah, ada sesuatu di sebalik sesuatu.

Selasa, Ogos 27, 2013

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI PENERANGAN (PELAJARAN KESIHATAN) GRED S41




Semakan Panggilan Peperiksaan Pegawai Penerangan Gred S41 boleh dibuat di:
http://www.spa.gov.my/Portal/Semak_Online/Jadual_Peperiksaan

Peperiksaan akan diadakan pada 29 Ogos 2013 (Khamis).

Calon-calon peperiksaan tersebut boleh mendapatkan Panduan Peperiksaan Pegawai Penerangan di : http://www.pegawaipenerangan.com/hop.php?ref=my



Selasa, April 09, 2013

PEPERIKSAAN MEMASUKI PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK - PTD



Semakan Panggilan Peperiksaan Memasuki Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41 boleh dibuat di: http://www.spa.gov.my/Portal/Semak_Online/Jadual_Peperiksaan

Di atas permintaan ramai, jualan Panduan Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik - Tips PTD kini dibuka. Tuan / puan boleh mendapatkannya di : https://semakan.info/tim/ujian-psikometrik/myadha

Selamat Berjaya diucapkan.

TEAM TIPS PTD





CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN EXAM PTD

http://blogadha.blogspot.com/2012/05/contoh-soalan-peperiksaan-exam-ptd.html



Recent Posts