Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam, potong kecil
- 5 biji cili padi (ditumbuk halus)
- 1 helai daun kunyit
- 1 ketul kunyit hidup (ditumbuk halus)
- 1 batang serai yang ditumbuk
- 1 keping asam gelugor
- 1 kotak santan
- garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Bersihkan dan potong ayam mengikut saiz yang dikehendaki.
- Panaskan kuali dengan api yang perlahan. Masukkan ayam ke dalam kuali tanpa menggunakan minyak.
- Masukkan cili dan kunyit yang sudah ditumbuk halus ke dalam kuali dan gaul sebati bersama ayam selama beberapa minit.
- Masukkan air, santan dan serai. Masak di atas api perlahan sehingga ia mendidih.
- Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah. Tambah air jika kuah terlalu pekat.
- Selepas 15-20 minit, angkat dan hidangkan.