• Melalui agensi – Anda perlu mengisi butiran maklumat perniagaan anda dalam borang yang disediakan oleh agen dan sertakan dokumen yang diperlukan di bawah:

Untuk syarikat yang berdaftar sebagai Sdn Bhd:

          • Kad pengenalan Pengarah – salinan kad pengenalan yang jelas, depan dan belakang serta palangkan "Untuk kegunaan TNGD SAHAJA";
          • Satu set SSM – Satu Sijil Perbadanan (dikenali sebagai Form 9 terdahulu), butiran syarikat di bawah Section 14 (sebelum ini Form 44) dan butiran Pengarah, Pengurus dan Setiausaha dibawah Section 58 (sebelum ini Form 49); dan
          • Penyata akaun bank syarikat – header dengan nombor akaun bank sahaja.

 

Bagi syarikat yang berdaftar sebagai Enterprise (Perkongsian atau Pemilik Tunggal):

          • Kad pengenalan pemilik perniagaan - salinan kad pengenalan yang jelas, depan dan belakang serta palangkan "Untuk kegunaan TNGD SAHAJA";
          • Borang pendaftaran SSM yang lengkap dengan tarikh, alamat dan maklumat perniagaan yang sah; dan
          • Penyata akaun bank syarikat – header dengan nombor akaun bank sahaja.

 

Bagi pemilik tunggal seperti Penjaja atau peniaga Pasar Malam:

          • Kad pengenalan pemilik perniagaan - salinan kad pengenalan yang jelas, depan dan belakang serta palangkan "Untuk kegunaan TNGD SAHAJA";
          • Lesen perniagaan yang sah dari pihak berkuasa, contoh: DBKL/MPS/MBPJ; dan
          • Penyata akaun bank pemilik – header dengan nombor akaun bank sahaja.

 

Bagi peniaga-peniaga individu (hanya Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas):

          • Kad pengenalan pemilik perniagaan - salinan kad pengenalan yang jelas, depan dan belakang serta palangkan "Untuk kegunaan TNGD SAHAJA";
          • Gambar/Tangkapan Skrin yang menunjukkan pengesahan akaun yang Berjaya; dan
          • Penyata akaun bank pemilik – header dengan nombor akaun bank sahaja.