Cara untuk tebus balik Sijil Simpanan Premium (SSP)

Ogos 24, 2023

 


CARA UNTUK TEBUS BALIK @ BATALKAN SIJIL SIMPANAN PREMIUM (SSP)
Pergi ke mana-mana cawangan bank simpanan nasional yang terdekat dengan anda. Bawa bersama Kad Pengenalan (IC) anda untuk tujuan pengesahan
Maklumkan kepada wakil khidmat pelanggan bahawa anda ingin tebus balik simpanan SSP dan membatalkan SSP anda. 
Ambil nombor giliran, tak perlu isi borang. Tunggu sehingga nama anda dipanggil di kaunter yang berkaitan.
Kakitangan BSN akan minta kad pengenalan anda untuk pengesahan identiti sama dengaan sijil simpanan premium BSN yang anda miliki.
Anda boleh tebus kesemua atau sebahagian daripada SSP anda. Jika tiada masalah, anda akan dapat semula duit yang anda inginkan samaada secara tunai atau kredit ke akaun BSN.
Sebaik sahaja akaun SSP anda dibatalkan, anda tidak lagi layak untuk cabutan bulanan SSP.
Pastikan SSP anda telah mencapai tempoh matang iaitu 45 hari sahaja dari tarikh anda melakukan pembelian. SSP belum boleh ditebus balik jika masih dalam tempoh 45 dari tarikh beli.
Semoga bermanfaat.
Laman Web BSN : www.bsn.com.my


You Might Also Like

0 Comments

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.