Apabila alarm kereta tidak boleh tutup

Jun 07, 2023

 


Pagi tadi kelam kabut sebab bateri kunci alarm kereta ini tak menyala. Buka kunci secara manual, alarm pulak berbunyi tak berhenti. Nasib baik lepas cuba beberapa kali kunci ini menyala semula tapi bateri lemah. Pukul 7.50 pagi baru anak-anak sampai ke sekolah.

Kalau tukar sendiri dan beli dekat Shopee murah saja di bawah RM8. Jika tukar bateri dekat kedai kunci atau kedai aksesori kereta, sebiji bateri kecil ini RM10-15.

Kena pastikan nombor kod bateri tu boleh masuk ke dalam kunci tersebut. Walaupun bateri 3V sama, tapi dia ada kod yang berbeza-beza. Contohnya CR 1616. Menurut penjual, bateri original seperti Panasonic boleh tahan selama 4-5 tahun.

Jika belaku seperti ini (alarm berbunyi), pilihan yang ada adalah dengan mencabut kabel bateri. Cepat-cepat pergi tukar bateri alarm kunci yang baharu.

Facebook Adha

You Might Also Like

0 Comments

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.