Hukum ucap Rest In Peace

September 21, 2022

 


Umat Islam di negara ini perlu mengikut pandangan mufti dan ulama tempatan berkait ucapan 'rest in peace' (RIP) atau 'bersemadi dengan aman' bagi menzahirkan takziah kepada bukan Islam yang meninggal dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berkata pandangan mufti tempatan perlu menjadi rujukan.

"Kita pakai pandangan mufti kita," katanya ringkas kepada media selepas Majlis Perhimpunan Dwibulanan Agensi Hal Ehwal Agama.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan bahawa umat Islam tidak boleh berdoa memohon keampunan bagi bukan Islam dan dilarang mengucapkan 'Rest in Peace' atau 'RIP'.

Menurut kenyataan itu, Islam sangat menghormati kematian manusia di mana sunnah bagi Muslim ucap takziah dan ucapan-ucapan baik kepada bukan Islam, namun doa keamanan dan ketenangan buat bukan Islam yang meninggal dunia adalah dilarang, menurut nas.

Bagaimanapun, sarjana terkenal Turki, Mustafa Akyol berpendapat, orang Islam boleh mengucapkan 'RIP' bagi menzahirkan takziah kepada kepada bukan Islam yang meninggal dunia atas hujah belas kasihan Allah tidak tertakluk kepada orang Islam sahaja.

Akyol dilaporkan berkata, kenyataan mengenai larangan ucapan 'RIP' adalah pandangan biasa orang Islam hari ini mengenai hari akhirat, iaitu bukan Islam ditempatkan di neraka dan orang Islam tidak dibenar mendoakan roh mereka.

Jelasnya lagi, pandangan itu wujud kerana tradisi Islam arus perdana, yang dicipta ketika zaman konflik keagamaan dan keagungan tidak dapat menerima 'mesej toleransi dan universal al-Quran'.

Sumber : Berita Harian

You Might Also Like

0 Comments

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.