Fenomena Aphelion pada 4 Julai 2022

Jun 30, 2022

 


Fenomena Aphelion dijangka bermula pada 4 Julai 2022 ini iaitu keadaan di mana kedudukan bumi berada dalam orbit yang paling jauh dari matahari.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, keadaan ini berlaku setiap tahun dan masanya ialah kira-kira dua minggu selepas Solstis Musim Panas (21 Jun).

Menurutnya, tahun ini ia dijangka berlaku pada 4 Julai ini dan jarak maksimum antara bumi dan matahari ialah 152,098,455 kilometer pada jam 3:15 petang waktu Malaysia.

"Bagaimanapun hujan yang berlaku dua tiga hari kebelakangan ini disebabkan Monsoon Break iaitu angin barat daya bertiup lemah dan bertumpu di kawasan barat Semenanjung.

"Keadaan ini menggalakkan pembentukan awan ribut petir intensif di kawasan berkenaan," katanya.

Muhammad Helmi berkata, fenomena ini tiada kesan kepada bumi dan negara.

"Sewaktu musim panas matahari berada jauh dari bumi, sebaliknya semasa musim sejuk matahari lebih hampir dengan bumi.

"Ia adalah fenomena semula jadi yang berlaku setiap tahun berikutan peredaran bumi mengelilingi matahari pada orbit yang berbentuk eliptikal," katanya.

Sumber dari Harian Metro

You Might Also Like

0 Comments

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.